Peristiwa hitam tetapi amat bermakna buat
reformis-reformis pada 5 November bagaikan baru
semalam berlalu. Kejadian keganasan yang menggila oleh
anjing-anjing kurap MADEY mencatatkan sejarah sekali
lagi apabila 122 rakyat ditangkap dan ramai yang
tercedera teruk. Setelah ditahan reman selama 5 hari,
tarikh 10 November menjadi satu tarikh pembebasan
wira-wira reformasi yang begitu ditunggu-tunggu bukan
sahaja oleh kaum keluarga yang terlibat malah
penyokong-penyokong reformasi yang lain.
Masa yang terluang di sepanjang perjalanan malam itu,
saya asyik teringatkan keadaan reformis-reformis yang
huru hara dihambat oleh anjing-anjing kurap itu tempoh
hari, bagaimana mereka tetap bertahan tidak melawan
walaupun dizalimi. Air mata berlinangan tidak dapat
ditahan-tahan. Mana mungkin dilalui hidup ini dengan
tenang sedangkan rakan-rakan seperjuangan terperosok
di dalam sana. Hari pembebasan mereka 10 November amat
saya nanti-nantikan. Entah kenapa hati ini begitu hiba
mengenangkan nasib mereka walaupun di antara kami
tidak pun mempunyai sebarang ikatan persaudaraan.
Mungkin inilah takdir tuhan yang menganugerahkan satu
ikatan persaudaraan yang tidak mungkin dapat dikecapi
dan difahami oleh orang lain. Satu ikatan persaudaraan
yang terjalin atas kesedaran dan pegangan yang sama,
begitu ikhlas dan suci serta tanpa niat atau
kepentingan yang tertentu. Terlalu sukar untuk
digambarkan dengan kata-kata! Kesakitan dan keperitan
mereka bagai ditanggung bersama. Atas sebab itu
kehidupan sehari-hari saya selepas peristiwa 5
November terasa begitu memilukan........sehingga suami
menegur.......'Seorang pejuang tidak akan mudah
mengeluarkan air mata'katanya. Namun hakikatnya saya
memang seorang insan yang lemah!
Saya tiba di perkarangan Mahkamah Majestrit Klang jam
11.00 pagi 10 November. Kami diarahkan untuk ke Dewan
Pandamaran pula kerana TPR (Tahanan Politik Reformasi
-menggantikan OKT bagi membezakan tahanan politik
dengan tahanan yang lain)telah dibawa ke sana pula.
Nampaknya puak-puak anjing kurap itu sengaja mahu
menyusahkan alhi keluarga yang datang pada pagi itu.
Tempat pertukaran itu tidak dimaklumkan lebih awal.
Setibanya di sana, anjing-anjing kurap telah menutup
jalan masuk ke kawasan itu memaksa kami untuk berjalan
kaki ke Dewan tersebut. Khabarnya Majestrit masih lagi
di mahkamah.......hairan juga.
Tiba di perkarangan dewan itu, lebih kurang jam 11.30
pagi, kelihatan beberapa kelompok penyokong telah
menunggu. Si anjing-anjing kurap tidak ketinggalan
dengan trak-trak mereka berkawal di hadapan. TPR telah
tiba lebih awal dan berada di dalam dewan. Mengikut
kata penyokong-penyokong yang telah tiba lebih awal,
mereka berpeluang menatap wajah TPR-TPR yang tiba
dengan trak-trak. Ketibaan kumpulan demi kumpulan TPR
itu dilihat begitu bersemangat sekali di mana apabila
mereka melihat ada penyokong-penyokong yang telah
tiba, mereka terlebih dahulu bertakbir dan melaungkan
REFORMASI.
Antara pemimpin-pemimpin yang hadir adalah Sdr. Ezam,
YB Azmin Ali, beberapa barisan pemimpin Pemuda, Dr.
Dzulkifli, Sdr. Rustam Sani, YB Teng dan lain-lain
lagi. Pihak SUARAM turut hadir membantu proses
mengumpulkan penjamin-penjamin dan memberi penerangan
yang berkaitan.
Tidak lama kemudian, Sdr. Ghani Haroon, exco Pemuda
keADILan, bertindak sebagai pengerusi majlis tidak
rasmi mengumumkan akan keputusan anjing-anjing kurap
untuk membebaskan kesemua tahanan dengan jaminan mulut
(jaminan cumbu...lawak beberapa penyokong) melainkan
Sdr. Monasoffian. Pengumuman ini disambut dengan
takbir yang bergemuruh sekali. Sdr. Monasoffian akan
dibicarakan jam 3.00 petang itu dengan tuduhan 'memaki
hamun' dan menghalang anjing-anjing kurap dari
menjalankan tugas mereka pada 5 November lalu.
Kemudian penjamin-penjamin dikumpulkan dan masuk ke
dalam dewan seramai 8 orang di dalam satu masa
mengikut giliran. TPR-TPR yang keluar dari dewan
disambut dengan meriah sekali. Mereka semua begitu
ceria dan masih bersemangat. Sesetengahnya keluar
dengan tanda -tanda kecederaan yang masih jelas di
tubuh badan mereka tetapi wajah riang tetap tergambar
dan senyum tidak putus-putus diukirkan. Suasana begitu
mengharukan sekali. Isteri-isteri yang menunggu
suami-suami yang tersayang terus memeluk mereka sambil
menahan kesedihan. Tidak ketinggalan anak-anak,
bapa-bapa,ibu-ibu dan sahabat handai.....semuanya cuba
sebaik mungkin untuk tidak mengalirkan air mata. Namun
ketabahan dan semangat yang ditunjukkan oleh para wira
kita ternyata telah menambahkan lagi pilu di hati.
Saya sendiri walaupun tiada sesiapa yang khusus
dinantikan namun tidak dapat menahan sebak di hati.
Mujurlah ada kaca mata hitam yang dapat menyembunyikan
air mata yang bergenangan di kelopak mata.
Berbagai-bagai cara dibuat bagi menyambut kepulangan
wira-wira kita itu. Kalungan bunga dikalungkan dileher
antaranya Sdr.Pushpa dan beberapa reformis yang lain.
Kad-kad ucapan dari DSAI diberi kepada setiap seorang
dari mereka. Ada yang dijulang bagaikan seorang hero
antaranya Sdr. Johari, tuan tanah tapak asal
perhimpunan 100,000 rakyat di Jalan Kebun. Begitu juga
dengan YB Hj. Abdul Aziz Hj Abbas ADUN Kg.Raja Besut,
Terengganu yang disambut oleh satu rombongan khas dari
Terengganu. Puan Nora turut disambut dengan hangat
sekali. Wajahnya kelihatan pucat akibat tidak lalu
menjamah makanan di dalam tahanan. Kami tidak
melepaskan peluang untuk mendengar sendiri kisah
malang yang menimpanya semasa di dalam tahanan.
Durjana sungguh anjing kurap betina yang seekor itu!
Kesemua mereka kemudiannya dijamu dengan nasi bungkus
yang telah disediakan. Si anjing-anjing kurap tak guna
itu hanya mampu melilihkan air liur melihatkan
sambutan hangat dari kami yang tidak mungkin mereka
kecapi seumur hidup.
Petugas-petugas NGO begitu sibuk mencatatkan nama
setiap TPR yang keluar dari dewan beserta
penjamin-penjamin mereka. Bersebelahan dengan
petugas-petugas sebarisan anjing-anjing kurap yang
berdiri tercegat bagaikan kempunan tulang memerhatikan
gerak laku kami. Kantung mereka nampaknya penuh berisi
dan cota juga tak lepas-lepas dari gengggaman. Namun
beberapa reformis wanita yang bermulut laser tidak
melepaskan peluang menyindir secara terbuka
anjing-anjing kurap itu yang berdiri tidak sampai 3
kaki dari mereka. Melihatkan keberanian kakak-kakak
itu saya pun tumpang semangkuk.........terasa puas
dapat menghamburkan beberapa patah perkataan yang
panas! Ternyata anjing-anjing kurap suruhan MADEY itu
hanya mampu diam membatu. Mungkin kerana tidak
menyangka akan dihujani oleh ayat-ayat beracun dari
kami dan tiada arahan awal untuk membalas dari Bapak
Anjing Kurap! Yang penting kami berasa puas biarpun
sekelumit cuma. Sambil itu mata kami sentiasa meliar
membaca tag nama di dada setiap anjing-anjing kurap
betina. Namun pencarian anjing kurap betina bernama
Dayang itu tidak kesampaian. Khabarnya pasukan risik
bawah tanah kita sedang berusaha bersungguh-sungguh
mengumpulkan maklumat yang berkaitan!
Yang melucukan sekali adalah gelagat kumpulan
anjing-anjing kurap itu yang menadahkan tangan
seolah-olah membaca doa sebelum naik ke trak mereka
untuk beredar. Kami yang berkesempatan melihat
peristiwa pelik binti ajaib dari jauh itu secara
spontan telah men'amin'kan doa mereka dengan kuat
sekali disusuli dengan kata-kata keramat Mr.
Booo.........BOOOOOOOOOOOO! Gamaknya sebelum manaiki
trak mereka teringat peristiwa tahun 1990(kalau tak
silap) di mana sekumpulan anjing-anjing kurap senior
mereka yang menaiki trak telah maut di dalam satu
kemalangan yang amat mengerikan sekali.
Khabarnya kumpulan yang maut itu adalah kumpulan yang
terlibat di dalam peristiwa Kampung Memali!
Allauhakbar!
Jam 3.00 petang perbicaraan ke atas Sdr. Monasoffian
berjalan mengikut pertuduhan. Beliau kemudiannya
dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $700.00 oleh
Sdr. Rustam Sani.
Saya pulang pada malam itu dengan perasaan yang amat
tenang memikirkan kesemua rakan-rakan seperjuangan
telah bebas menghirup udara luar. Geli hati juga
mengenangkan telatah sebahagian TPR yang merupakan
hardcore-hardcore reformis yang telah begitu sibuk
hendak menjayakan program 'Penghantaran Memorandun
Ke Kedutaan Indonasia' esoknya, 11 Nov, yang akan diketuai
oleh Sdr. Ezam. Salah seorang dari mereka juga sudah
sibuk membuat pesanan Harakah-harakah untuk diedarkan
di kawasannya walaupun tanda lebam di mata amat jelas
kelihatan. Ternyata MADEY dan anjing-anjing kurapnya
tidak berjaya menakutkan apatah lagi memadamkan api
perjuangan yang membakar di dalam jiwa mereka. Malah
semangat juang yang ditunjukkan oleh mereka lebih kuat
dan menggerunkan sekali!
Kesemua TPR bagaimanapun perlu melaporkan diri di
Balai Anjing Kurap Pelabuhan Klang pada 29 November
ini.Penjamin-penjamin juga perlu menyediakan wang
jaminan sebanyak $3000.00 pada tarikh tersebut sebagai
persediaan sekiranya ada pertuduhan dibuat ke atas
TPR-TPR itu. 29 November ini juga adalah satu tarikh
di mana pilihanraya kecil Lunas dijangkakan akan
berlangsung. Adakah ini satu kebetulan
atau.........???????
LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!
Kak Id 2000