Elok kita ramai-ramai pakat boikot KFC. Satu, ke'halal'annya diragui.
Kedua, berdasarkan fatwa terbaru Yusof Qaradawi berhubung tindakan ganas
Yahudi Israel terhadap rakyat Islam Palestin, setiap sen kita yang masuk
kantung syarikat Amerika adalah juga menyumbang kepada kekuatan
Amerika/Israel which in turn will be used to supress/kill our brothers and
sisters in Palestine. Seboleh-bolehnya carilah pilihan/sumber lain. Kalau
teringin jugak nak makan KFC, makanlah 'Kamal Fried Chicken'.
p/s. Disertakan fatwa Yusof Qaradawi.
[[Fatwa Yusof Qaradawi - Boikot US Israel.doc]]
Persoalanya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau
haram sesuatu
makanan itu diperbuat contohnya daging babi..sememangnya haram.
Persoalanya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat. Saya ambil
satu contoh, semasa saya menghadiri
satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC.
Begini ceritanya;-
Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma iaitu berupakan ayam
goreng KFC
kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk
diangkut dari
Kelana Jaya ke Subang/ KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau
menyiasat cara
penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada
boleh atau tidak
mengikut syarak.
Pusat pemprosesan Ayam KFC terletak di Jln Kelang Lama (kalau tidak silap
saya) dan ia
dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk
sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh
kedengaran siren dibunyikan menanda
pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam.
Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat peyembelihan / hostel -
muda-muda terus
memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam
digantung
dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya
dijatuhkan dalam air suam.
Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC
tidak boleh
dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:-
a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang
menunaikan solat subuh;
b. Ayam yang disembelih tidak mati / dibiarkan bebas tetapi terus
dijatuhkan dalam air panas/ letrik
c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang
terbalik) kepak terikat.
Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana
ianya telah
disahkan oleh JAKIM maka dosa tu depa yang tanggung. Saya sejak dengar
tempoh hari tidak
makan KFC insyallah dan wallahualam.
Thanks
Siti Arab