Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Jawapan kepada isue KFC

jawapan kepada isue KFC

Assalamualaikum wbt...........

Saya merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan oleh saudari Siti Arab e-mail yang bertaburan di internet tentang ayam KFC.

Sukacita saya mengambil peluang ini menerangkan bahawa maklumat yang disebarkan itu tidaklah benar. Saya telah menghubungi ustaz Daud Che Ngah pada 16hb November 2000, jam 10.45 pagi untuk mendapatkan pengesahan kerana saya dapati maklumat dalam informasi tersebut bercampur dengan perkara yang tidak benar. Ustaz Daud menyatakan bahawa kenyataan itu telah dibuat oleh beliau kira-kira 15 tahun lalu. Pada masa itu Sijil Halal dari JAKIM belum lagi diadakan. JAKIM hanya mengeluarkan logo halal mulai tahun 1994. Pada tahun 1994-1997 semua restoran dibawah KFC Holdings (Malaysia) Bhd [KFCH] telah mendapat pengesahan halal daripada JAKIM.

Adalah benar, 15 tahun dahulu ayam bagi KFCH diproses dan disembelih di Jalan Kelang Lama. Pada masa itu, pengesahan halal hanya dipastikan oleh individu tertentu sahaja tetapi mulai tahun 1998 proses penyembelihan ayam dilakukan di kilang yang lebih selesa, bersih dan lengkap di Port Klang Utara yang dikenali sebagai Ayamas Food Corporation Bhd (AFCB).

Pada tahun 1993, penasihat khas yang menjaga hal ehwal halal-haram bagi semua produk KFCH iaitu seorang pegawai yang mempunyai kelulusan khas dalam bidang agama telah dilantik. Pada tahun 1997, Jawatankuasa Penasihat Syariah (Majlis Penasihat Syariah) yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal telah ditubuhkan. Mereka ini telah diberi peranan untuk menegur, memberi nasihat dan memperakukan produk-produk KFCH adalah halal.

Mereka tidak dibayar gaji oleh KFCH tetapi berkhidmat sebagai penentu segala pelaksanaan produk KFCH selaras dengan kehendak syarak.

Pada masa ini, semua sembelihan telah dilakukan dengan cara yang ditetapkan oleh syarak. Semua penyembelih mendapat/ mempunyai tauliah dari JAIS. Pekerja-pekerja ditempat pemerosesan itu juga sebahagian besarnya adalah orang Islam. Disamping itu, Jabatan Haiwan mempunyai kerusi khas dan bertugas disitu sepanjang masa proses penyembelihan dilakukan. Ayam-ayam tidak sekali-kali dibiarkan masuk ke dalam air panas sebelum ia benar-benar mati. Semua proses daripada pemilihan ayam, sembelihan dan masuk ke dalam tempat air panas ditentukan dengan teliti dan dibuat percubaan yang rapi oleh pihak JAKIM, JAIS dan pengilang sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk mempastikan jaminan halal itu benar dan proses yang berlaku disini adalah telus dan ia boleh diperiksa oleh mana-mana pihak yang meraguinya.

Proses penyembelihan dan produk-produk dari AFCB adalah yang terbaik dalam pasaran Malaysi hari ini samada memenuhi hukum syarak atau disegi kebersihan dan mutu. Saya berharap dengan penjelasan ini semua pihak akan yakin bahawa KFC memenuhi segala keperluan syarak bagi mejadikannya Halalan Taiyiba. Sebarang kekeliruan bolehlah berhubung terus ditalian 03-206 3388 samb. 511/510

Terima kasih

b.p: Haji Mohamad bin Haji Shafie
Penasihat Hal Ehwal Awam
KFC Holdings (Malaysia) Bhd


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 27 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com