Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Laporan Penamaan Calon di Lunas : 7.30 - 10.45 pagi

Maklumat 7.30 am.

Pejuang Reformasi dan Penegak Keadilan kini berada di Taman Selasih,

Pada pagi ini Ybhg Ustaz Dr.Badarul Amin akan mengetuai solat hajat di Masjid Taman Selasih berhampiran dengan bilik gerakan KeADILann.

Perarakan mengiringi Sdr.Saifuddin Nasution ke tempat penamaan calon akan bermula dari bilik gerakan Taman Selasih.

Senario terkini amat meriah dengan dokongan penduduk tempatan serta rakan-rakan dari luar negeri Kedah.... Barisan Alternatif kelihatan mantap dan bersemangat di pagi yang mulia ini.....untuk mengegarkan kawasan penamaan calon.

Dengan kehadiran lebih dari 2 ribu kenderaan penyokong BA yang mengunakan lebuhraya utara selatan malam tadi....adalah tidak mustahil pada pagi ini....bandar KULIM akan ditawan oleh Barisan Alternati....!!!

Insya Allah pada pagi ini para PEMIMPIN BARISAN ALTERNATIF akan hadir bersama-sama untuk mengiringi calon BA ketempat penamaan calon.

unit psarafhq


Maklumat 9.00 am.

Kini unit psarafhq berada dihadapan TNB...selepas berarak sejauh 4 km dari Taman Selasih...dengan kehadiran sepanjang 4 km dari Taman Selasih dipenuhi oleh ribuan penyokong Barisan Alternatif.

Kini dihadapan TNB Kulim...benar-benar menjadi suasana PERHIMPUNAN 100,000 rakyat...kelihatan YB AZMIN ALI, SDR.EZAM dan EXCO PEMUDANYA....WAKIL PAS, DAP, PRM.....belum kelihatan pemimpin tertinggi PARTI....penglihatan agak terhalang kini.

Walau bagaimanapun BANDAR KULIM kini menjadi tawanan BARISAN ALTERNATIF...dari segenap penjuru rakyat marhain datang menyokong calon BA....senario luar jangkaan berlaku di KULIM kini.


Maklumat 9.20 am.

Kini Sdr.Saifuddin Nasution telah sampai di perkarangan TNB...kita masih menunggu LAIN PEMIMPIN BARISAN ALTERNATIF....seluruh pejuang Islam kini dengan begitu bersemangat berselawat nabi.

Mengikut maklumat dari unit khas kami....!!! penyokong UMNO@BN...MIC/MCA/GERAKAN berkumpul dipadang berhadapan Pejabat Daerah Kulim....mengikut perkiraan unit psarafhq...jika rakyat marhain terus hadir di KULIM....Insya Allah seluruh kawasan di Pejabat Daerah Kulim akan berjaya ditawan dan menengelamkan seluruh penyokong UMNO@BN......?????

Kini suasana semakin hangat dan mengegarkan....kita amat berharap semua pendokong Alternatif dapat bersabar dan menjaga tatasusila sebagai orang Islam dan pendokong keadilan, insya allah.

psarafhq....berita semakin pantas...suasana semakin hangat


Maklumat 10.45 am.

SDR.SAIFUDDIN KINI BERADA DIDALAM PEJABAT DAERAH KULIM MENYERAHKAN BORANG PENCALON.

1. KELIHATAN PENYOKONG UMNO@BN DIKAWAL RAPI OLEH PIHAK POLIS...SENARIO YANG BERBEZA DENGAN PENYOKONG BARISAN ALTERNATIF.

2. MENGIKUT KAJIAN RAMBANG KAMI....LEBIH 100,000 PENYOKONG BARISAN ALTERNATIF BERADA DI PEJABAT DAERAH KULIM. HASRAT MENGUMPUL 100,000 RAKYAT DI KULIM TELAH BERJAYA.

3. PENYOKONG BARISAN ALTERNATIF TELAH BERJAYA MENGELILINGI SELURUH KAWASAN PEJABAT DAERAH KULIM....SEHINGGAKAN PENYOKONG UMNO@BN TENGGELAM DALAM RATUSAN RIBU PENYOKONG BARISAN ALTERNATIF.

4. SEKALI LAGI PIHAK POLIS MEMAINKAN PERANAN MEREKA SEBAGAI HAMBA ABDI KEPADA UMNO@BN....BUKANYA MENJAGA SELURUH KAWASAN PENAMAAN CALON...TETAPI MENJADI JAGA KEPADA UMNO@BN.

5. BEBERAPA PROVOKASI DARI PIHAK UMNO@BN BERJAYA DI PATAHKAN OLEH PENYOKONG BARISAN ALTERNATIF.....KINI SUASANA GELABAH DAN KELAM-KABUT PENYOKONG UMNO@BN MULA TERSERLAH APABILA SEKELILING MEREKA DI PENUHI OLEH PENYOKONG BARISAN ALTERNATIF.

PSARAFHQ....AKAN MEMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA

Laporan oleh :
Rakyat Dijajah oleh UMNO/BN
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 21 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com