Assalamualaikum,
Sementara menunggu masuk waktu maghrib saya terbaca komen ini dalam FGR. Diforwardkan artikel dari FGR tersebut.
Layakkah Khir Toyo imamkan solat di sebuah masjid di Dun Lunas.
Pada 25 Nov, Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dalam rangka berkempen untuk pilihanraya kecil DUN Lunas telah mengimamkan solat jemaah asar di Masjid Taman Selasih di kawasan pilihanraya tersebut. Sememangnya ini diingini dari seorang pemimpin tetapi apabila Khir Toyo, MB Selangor itu mengimamkan solat di masjid maka timbul persoalan samada beliau layak atau pun tidak layak memandangkan bahawa baru-baru ini beliau telah mengeluarkan arahan menyekat dakwah Islam dimasjid-masjid dan surau-surau di Selangor.
Bukankah baru-baru ini MB Selangor itu telah mengeluarkan arahan melarang Tok Guru Nik Abdul Aziz, seorang ulamak dari memberi ceramah-ceramah agama di semua masjid/surau di Selangor? Bukankah tindakan Khir Toyo menyekat dakwah Islam ini suatu tindakan anti Islam. Oleh itu layakkah Khir Toyo yang melarang ilmu agama Allah dari disebarkan melalui ceramah-ceramah dimasjid/surau itu mengimamkan solat berjemaah di masjid Taman Selasih tersebut.
Saya difahamkan arahan melarang Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak berenti setakat itu. Ianya merupakan langkah-langkah awal pihak kerajaan BN Selangor dibawah kepimpinan Khir Toyo untuk menyekat segala ceramah agama dari diadakan di masjid dan surau di Selangor, terutamanya di bulan Ramadhan. Adakah manusia jenis ini layak mengimamkan solat fardhu di masjid? Malah sudah ada orang mempersoalkan akidah si anak Toyo ini. Ada yang berpendapat beliau sudah tergelicir akidah. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui dan adalah hak Allah SWT menentukan samada Khir Toyo itu sudah tergelicir akidah beliau walau pun berasaskan dalil-dalil Al Quran dan Sunnah beliau kelihatan sudah tergelincir akidahnya. Hanya orang bukan Islam sahaja yang akan menentang dakwah Islam.
Berbalik kita kepada persoalan-persoalan pokok berhubung kelayakan mengimamkan solat fardhu. Adakah anak kepada si Toyo ini memenuhi syarat-syarat untuk mengimamkan solat di masjid? Antara semua jemaah yang hadhir adakah dia yang layak sekali?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang di riwayatkan oleh Ahmad/Muslim bahawa yang menjadi imam solat itu adalah yang terbaik bacaannya; kalau mereka sama baik bacaannya, maka yang terpandai dalam Sunnah; kalau sama kepandaian dalam Sunnah maka yang mana dilihat yang lebih tua, dan Rasullulah SAW juga bersabda tuan rumah lebih layak menjadi imam.
Adakah Khir Toyo lebih baik bacaan beliau dan lebih terpandai dalam Sunnah dari Imam masjid Taman Selasih? Perlu diingat kalau tak betul bacaan Al Fatihah maka solat tidak sah.
Macam mana kita hendak kata bahawa Khir Toyo lebih terpandai dalam Sunnah sedangkan beliau menyekat dakwah Islam.
Apakah niat Khir Toyo mengimamkan solat itu semata-mata kerana Allah SWT? Mungkinkah ada niat selain itu seperti nak menunjuk-nunjuk, atau riya, atau ada niat berpolitik (kempen pilihanraya DUN Lunas), iaitu kesemuanya ini adalah niat-niat dan perasaan-perasaan yang mencacat mau pun membatalkan amal ibadat seseorang.
Samada munafik atau tidak si anak Toyo ini Allah SWT sahaja yang menentukannya. Bayangkanlah Khir Toyo mengimamkan solat di masjid Taman Selasih pada 25 November sedangkan dia telah bertindak baru-baru ini menghalang disebarkan ilmu Allah di masjid dan surau di Selangor. Kepada Khir anak Toyo tolong jangan mempermainkan agama. Jangan bermuka dua. Manalah tahu kalau-kalau Khir Toyo nanti ditimpakan bala oleh Allah SWT.
Forward dari FGR