Oleh : Peaceable Hill
Positive hanya kalau benar Polis ikhlas. Saya difahamkan dari member Bkt Aman bahawa Polis di beri perintah kali ini tunjuk mesra, bersalam dengan pendemo. Empat muslihat jahat tersembunyi.
1. Nak menyangkal bukti-bukti gambar keganasan polis pada Nov 5 Perhimpunan 100,000 rakyat dan juga menyangkal rakaman video program khas ABC mengenai kes Anwar. YV malam ini akan menayangkan kemesraan Polis bersalam dengan pendemo BA di kompleks kerajaan J Duta.
2. "Divide and rule". Kalau iniatif Keadilan - belasah sampai berdarah, patah dan sebagainya. Kalau initiatif PAS - bermesra.
3. Pihak polis juga diberi arahan jangan belasah kerana ianya akan bermakna peluang BN nak rampas balik Terengganu yang sudah terkubur akan menjadi lebih terperusuk kedalam lobang kubor.
4. Tambah pula ramai kakitangan kerajaan di kompleks Kerajaan dilaporkan telah bawa camera nak snap keganasan polis. Ada yang bawa lens jarak jauh supaya dapat snap dengan jelas dan jelas kelihatan muka-muka pengganas beruniform itu untuk cam dalam mahkamah atau digunakan suatu masa nanti bila kepimpinan BA arahkan berjihad sampai mati.
Petikan dari FGR