Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Tengok betapalah bongkak dan sombongnya seorang PM dewasa ini

Semalam tertengoklah (selalunya, bila gambar dia atau timbalannya serta kuncu kuncu yang sewktu dengannya, cepat cepat tekan remote control, biarpun rancangan channel lain tengah tayang cerita tamil, lebih baik lagi. Tak tahulah betapa menyampah dan meluat yang tak terhingga sangat, tak pernah kami alami terhadap manusia yang lain) pensil kayu dalam berita NTV7 akan gelagat PM bercakap dalam satu majlis yang mana beliau melalut suruh orang keluar dari negara ini dan rasakan betapa merempat dan hinanya diri.Pasal cerita bab penyelewengan dan kerakusan pemerintahannya, terus cakap halau. Siap dengan mimik muka sinis untuk menunjukkan betapa pengecutnya sekelian penghuni alam terutamanya rakyat Malaysia kepada beliau. Wah Wah dia ingat bapak dia punya Malaysia ini!!!. Senang senang nak halau orang. Tak sedar diri tu tengah dalam proses untuk dihalau sehina hinanya, siap sekali dengan anak pinak dan labu labunya. Kesian pun ada, langsung tak ada keinsafan akan nasib yang bakal menimpanya. Lagipun kalau dah cakap

kita tak laku, apalah sangat diharapkan dengan kenyataan sebegitu.Lagi tergelak berdekah dekah adalah. Agaknya dulu, kalaulah Almarhum Tunku berperangai serabai begini macam dia, dah lama dia jadi orang Malaysia yang pertama berstatus merempat kat negara orang,tidak tidakpun ke Chittagong kut.Masa dia kritik orang dulu, bukan main lagi rangginya, apa yang tak dikatanya Tunku tu. Baik dalam mahupun luar negara, kritik habis tapi Tunku tahu erti sebenarnya demokrasi berparlimen serta menghormati perlembagaan dan Tunku tak halaupun beliau.

Kadang kadang pensil kayu terfikir juga, apakah kita semua sekarang ini dipimpin olih seorang manusia tua yang dah nyanyuk ataupun pikun yang dalam Quran dah sebut tak ada ubatnya atau!!!!! kita sedang diperintah olih satu makhluk perosak yakni "Dajjal"yang berbadankan manusia bernama M.

Ini juga perlu direnungi olih kita semua, disamping ihktiar dari segi fizikal dan tindakan, hendaklah ada segolongan yang benar benar ahli dikalangan kita untuk melihat dari sudut "rohani bepandukan ugama" tentang siapakah sebenarnya makhluk yang bongkak dan sombong ini. Dari segi lojik dan lazimnya, hatta Nabi yang dimuliakan Allah serta pemuka pemuka masyarakat yang lain pun ada perasaan segan silu untuk melakukan sesuka hati atau bercakap sesuatu yang tak sewajarnya terhadap pengikut atau rakyatnya yang berani menegur dan ada ketikanya bersedia untuk menerima saranan, pendapat dan sebagainya. Tapi tiba keseorang makhluk ini, seolah olah satu negara kecut. Dari para Raja raja, Menteri menteri dah tentulah, Ahli Parlimen, Kehakiman, Polis, Tentera serta kebanyakan orang awam semua kecut merut. Kenapa jadi begini. Kalau setakat manusia yang bergelar pencuri atau pembunuh pun, tak semua orang berasa kecut dan bacul seperti yang kita saksikan sekarang ini.

Cubalah renungkan dengan hati yang tulus, insya'allah kita akan menemui satu jalan yang berkesan bagi mengnyah manusia ini serta kuncu kuncunya yang dah tak sedarkan diri yang mereka itu ada kuasa sekarang ini atas pilihan rakyat serta kuncu kuncunya .Bila tak betul, tak bolih ditegur.

Diharapkan Ulama, tuan tuan guru serta cendiakawan Islam dan yang bukan islam dapat mengembeling tenaga serta fikiran untuk mengatasi kemelut makhluk yang satu ini yang telah banyak memberi mudharat dari manfa'at terhadap negara yang tercinta ini.

Pensil kayu


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com