Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PILIHARAYA LUNAS - SENARIO 1

LAPORAN TERKINI UNIT PSARAFHQ SEHARI BERSAMA PENGUNDI LUNAS.

PERTAMANYA KAMI DARI PSARAFHQ DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PEJUANG KEADILAN YANG SANGGUP BERSAMA SDR. SAIFUDDIN NASUTION DI LUNAS.

Hari ini 23hb.Nov.2000 unit PSARAFHQ telah membuat lawatan di Dun LUNAS serta bertugas membuat kajian rambang dan teliti dalam 19 peti undi di LUNAS serta membantu kerja pemasangan poster / bendera serta merayu undi dan memberikan penerangan kepada pengundi LUNAS .

Turut serta bersama kami adalah beberapa orang pengendali LAMAN PRO-REFORAMASI… dan telah menjadi kebiasaan kami…identiti kami rahsia kepada orang awam.

1. Kami sampai di Bilik Gerakan Taman Selaseh , Kulim … tugas utama kami mencari komputer dan talian talipon untuk menghantar maklumat serta men-updatekan laman web…. Terima kasih kepada KAKAK di bilik gerakan Taman Selaseh kerana meminjamkan modemnya kepada kami. Kemungkinan kami tidak dikenali disini….kami dipandang serong dan rasa was-was oleh beberapa orang yang dikatakan orang kuat bilik gerakan….. tapi itulah hakikatnya …. Siapalah kami disisi mereka yang berjawatan dalam parti serta menjadi pendokong kuat BARISAN ALTERNATIF.

2. Di Bilik Gerakan Taman Selaseh ini …. Kami terjumpa Kumpulan KeADILan KG.PANDAN Kuala Lumpur …. Kami memang telah lama melihat KUMPULAN KG.PANDAN ini … dari pilihanraya UMUM ke 10, Di Sanggang, Di Teluk Kemang … dengan dokongan seorang DOKTOR MUDA….anak muda dari KG.PANDAN ini serta beberapa golongan professional…. Tahu apakah tanggung-jawap dan peranan mereka dalam BARISAN ALTERNATIF dan bertugas tanpa ada rasa perbezaan darjat dan pendidikan…...kelihatan mereka ini begitu harmoni. Mereka tanpa perlu disuruh atau diarah akan melakukan kerja-kerja jentera pilihanraya…. Apa yang membuat kami terpegun dengan sikap mereka ini adalah :-

a) Mereka datang dengan membawa bahan sendiri seperti bendera / poster / banner dan lain-lain keperluan jentera pilihanraya.

b) Dengan mendapat maklumat ringkas mengenai operasi bilik gerakan …. Mereka telah mampu merealisasikan hasrat Calon BA di Lunas.

c) Yang menjadikan mereka ini unik adalah sikap mereka tentang kerja …. Dan satu tradisi politik telah diubah …. Seperti biasanya kita mengantung bendera dan poster serta tugas lain, dilakukan pada sebelah malam …. Tetapi mereka ini melakukan diawal pagi sehingga petang … (waktu siang ) dan cuba anda bayangkan penduduk di LUNAS terpegun hairan…. Apabila mereka bangun pagi … sekumpulan PEMUDA KeADILan tanpa segan silu serta berdisplin terus memasang keperluan parti mereka…. Disini satu anjakkan pradigma senario politik Malaysia telah berubah …. Dimana BARISAN ALTERNATIF tidak merasa malu dan takut melaksanakan tanggung-jawap dan hak pengundi dihadapan rakyat marhain.

d) Kami juga menjadi terpegun juga .. kerana sudah tentu dari Kuala Lumpur tentu tidak mampu mereka membawa kelengkapan yang secukupnya seperti contohnya tangga … tetapi cara berhubung dengan masyarakat setempat begitu baik … walaupun mereka belum pernah sampai di Taman Selaseh …. Kami melihat apa jua bantuan yang dipohon sama ada dari ORANG MELAYU KE, CINA KE, INDIA KE …. Penduduk Taman Selaseh begitu berkerjasama … sehingga kan PEMUDA KG.PANDAN ini dilayan seperti penduduk tempatan. Terima kasih kami bagi pihak Pemuda Kg.Pandan kepada Penduduk Taman Selaseh kerana kerjasama anda semua.

e) Diwaktu mereka ini bertugas kami melihat beberapa peninjau UMNO@BN serta MIC@BN begitu gelabah dan gundah-gulana…serta berulang alik setiap 15 minit di tempat kerja-kerja pemasangan poster dan bendera. Namun begitu kami melihat sambutan dari PENDUDUK TEMPATAN , PEGAWAI KERAJAAN, POLIS yang melalui kawasan mereka ini bertugas … satu pembaharuan dalam senario politik Malaysia ….. Petugas Jentera pilihanraya ini disambut hangat ….sehinggakan kakitangan Majlis Daerah Kulim , Jabatan Kesihatan, TNB, Telekom, Polis pun turut serta memberikan sokongan moral kepada Barisan Alternatif. Kami melihat penduduk tempatan tanpa segan silu memberi bantuan seperti makanan, minuman dan peralatan bertugas. Kami juga melihat pihak media pun membuat liputan semasa mereka bertugas ….ini yang rasa lain macam … mereka ni orang BN ka atau orang BA…???

3. Dalam tugasan kami… contohnya di Taman Selaseh … kami membuat temu-bual dan sembang kedai kopi .. untuk memastikan Senario sebenarnya di LUNAS.

a) 8 / 10 orang Melayu menyokong Barisan Alternatif.

b) 8 / 10 orang CINA menyokong Barisan Alternatif.

c) 7/ 10 orang INDIA menyokong Barisan Alternatif.

4. Dari beberapa temua-bual di lain peti undi…kami sertakan sedikit pandangan pengundi Lunas.

a) Melayu 1 - kami memang telah lama menolak BN …. Tapi kali ini ada kelainan kerana Saifuddin Calon BA….yang pastinya dia orang Melayu dan Anak Kedah pula.

b) Cina 1 - kami memang terasa tersingung dengan kenyataan PM kerana menyamakan Shuqui dan Orang CINA seperti komunis dan penubuhan sekolah WAWASAN.

c) India 1 - Kami di LUNAS memang telah lama dianak tirikan oleh YB BN … walaupun ia dari kaum INDIA tapi YB BN ini lebih mementingkan periuk nasinya sendiri.

d) Melayu 2 - kami di LUNAS mempunyai hubungan kemasyarakatan baik dengan lain-lain bangsa … seperti CINA dan INDIA disini … hubungan kami ibarat satu keluarga…tetapi UMNO@BN serta juak-juaknya berusaha memecah belah kami …. Dimana mereka cuba memisahkan hubungan kaum yang baik diantara kami ….. kami memang akan menolak BARISAN NASIONAL walaupun calonya ANWAR IBRAHIM atau WAN AZIZAH sendiri.

e) Cina 2 - kami kaum CINA disini memang tidak dapat untuk memberi undi kepada BN kali ini… kerana KAUM CINA di Malaysia ini dianak tirikan …. Seolah-olah kami ini bukan rakyat Malaysia ….kami ini di ibaratkan seperti pendatang haram dari Indonesia ataupun Bangladesh….. apakah kami ini bukan rakyat yang cintakan negara … sehingga hak kami dinafikan oleh UMNO@BN .

f) India 2 - Apakah kami ini hanya layak tinggal diestet-estet sehajakah …. Apa yang Sammy Vellu lakukan untuk kaum INDIA … apakah dengan merasuah kami dengan sebotol beer dan hadiah, undi kami boleh dibeli….kami kini tidak percaya lagi kepada MIC yang boleh menaikan taraf kaum India tapi melihat KeADILan parti pelbagai kaum mampu menjalankan peranan ini …. Memang kami faham MIC hanya untuk golongan ELITE INDIA sehaja … kami orang miskin dan susah memang dipinggirkan oleh MIC … kami yakin Sdr. Saifuddin mampu menjadi wakil kami di Dewan Negeri Kedah. Untuk makluman encik …. Muka-muka yang masuk TV dan Surat Khabar tu … hanya mereka yang telah dibayar dan pelakon sehaja … mana ada semua penduduk tempatan disini… tetapi memang ada sedikit muka orang sini sebagai pak turut sehaja….. mereka ini memang suka berbohong untuk menipu pengundi.

g) Melayu 3 - Pak Cik ingatlah … parti ANWAR IBRAHIM ni, boleh menang kali ini … dah 10 kali pilihanraya … LUNAS ni masih macam tu … adalah sikit pembangunan …. Tapi lihat berapa banyak rumah kedai dan pejabat masih kosong Bandar KULIM, lebih dari separuh … siapa nak berniaga disini ….??? Orang ramai lebih suka ke Butterworth … jadi peniaga disini pun sentiasa dalam kesempitan, walaupun cukup makan…. Tapi bagi Pak Cik … isu MURTAD penduduk LUNAS ini begitu kukuh menjadikan LUNAS milik BARISAN ALTERNATIF…kami orang ISLAM di LUNAS memang terasa sangat mengeni isu ini … apa Jabatan Agama Kedah buat ….. apa yang YB Ustaz Fadil Hanafi buat dalam isu ini.

h) Cina 3 - dia ingat orang CINA ini bodoh ka …. Suka-suka pujuk…. Suka-suka kutuk ….dia orang ingat UMNO@BN itu banyak baik ka dengan dengan orang Melayu …. Serupa jugak …. Kutuk sana kutuk sini …. Lagi teruk mau kasi bunuh orang Melayu sehaja …. Kami orang CINA di LUNAS dah biasa dengan orang MELAYU sini …. Kamipun cakap pakai bahasa KEDAH …. Macam kat Kelantan dan Terengganu orang CINA pun cakap bahasa sana….ini tunjukkan kami ini kuat dengan semangat kenegerian … tapi UMNO@BN dan BARISAN NASIONAL cemburu dan dengki dengan sikap kami ini ….. mereka ingat Malaysia ini bapak dia orang punya. Saya ingatlah MCA@BN ka… GERAKAN@BN … pun dah jadi macam UMNO@BN …. Mahu bunuh bangsa sendiri.

i) India 3 - lagi lama itu UMNO@BN dengan Mahathir@Mahfiraun perintah ini Malaysia ah…!!! Lagi susah rakyat la….!!! Dia orang ingat mahu kasi kaya kroni sehaja …. Kami dalam estet ini mahu makan pun susah …. Berapa harga Getah sekarang…??? Dia orang ingat bawa wang juta-juta waktu pilihanraya ni boleh beli undi kita ka…!!! Itu wang juta-juta mana pegi….!!! Dia orang bukan bagi kita …. Tapi bagi dia punya barua sehaja …. Lagi-lagi mau tipu orang LUNAS sehaja.

5. Beberapa penyelidikan kami disini, dilihat bilik gerakan BARISAN ALTERNATIF lebih bersemangat dan mempunyai ramai petugas dari anak tempatan dan luar kawasan….dan senario berbeza dengan pihak BARISAN NASIONAL…..kelihatan sayu dan lembab …mungkin gaji tak cukup atau upah mereka ini telah disonglap oleh ketua mereka.

PSARAFHQ (23/11/2000) bersambung SENARIO 2.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 24 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com