Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perbandingan di antara Kedah dan Kelantan

Soalan

Merujuk kepada isu ekonomi. Jika kita membuat kajian, ramai golongan profesional dan bijak pandai merupakan anak Kelantan. Daripada seorang kawan, saya mendapat tahu bahawa terdapat sebuah MUZIUM yang menyenaraikan sebilangan besar bijak pandai dan hartawan yang berasal dari Kelantan. Tentunya rakyat Kelantan berbangga dengan kejayaan mereka, sehingga sanggup memaparkan nama-nama mereka di MUZIUM. Persoalannya, mereka tidak pula menetap di Kota Bahru, Pasir Mas atau Bachok. Mereka lebih senang menetap di Kuala Lumpur, Kajang atau Sunway, sekadar memberi contoh.

Dari pengalaman peribadi, kebanyakan profesional Kelantan memberi alasan tidak ada peluang pekerjaan yang besar di negeri mereka. Timbul satu tanggapan “Mengapa sebuah kerajaan negeri yang Islamik seperti Kelantan, seperti tidak diberkati Tuhan dalam kemakmuran ekonomi?”

Saya seperti melampau, tapi itu adalah pengalaman peribadi. Dalam hal ini sekali lagi imej Islam dicemari, kerana seperti menolak pembangunan ekonomi. PAS begitu lantang mengatakan bahawa merekalah pejuang Islam, namun ketandusan idea dalam pembangunan ekonomi termasuklah sains dan teknologi. Islam sekadar satu laungan tidak cukup untuk mendakwa diri sebagai pejuang Islam.

Kadar kemiskinan di Kelantan masih menduduki ranking yang tertinggi. Ini jelas satu kegagalan PAS yang sukar ditangkis walaupun mampu mencipta 1001 alasan.

Setakat ini PAS hanya mampu berbalas dendam dengan menunjukkan keluarga miskin di Kubang Pasu atau Kepala Batas dalam HARAKAH. Perlu ditegaskan bahawa ini bukanlah cara pejuang Islam.

by Wanita UMNO

Jawapan

Assalamualaikum,

Mula-mula sekali saya ucap terima kasih kerana beritahu orang-orang Kelantan ramai yang bijak pandai. Sebenarnya orang Kelantan juga cerdik pandai. Tak perlu buat kajian, memang sudah jadi pengetahuan umum. Contohnya:- walaupun orang Kedah jadi Menteri Kewangan, kena lantik orang Kelantan untuk jadi penasihat. Sebagai orang Kelantan saya tak bangga, tapi bersyukur kepada Allah SWT. Oleh kerana orang Kelantan bijak pandailah, maka kami tak duduk diam menunggu subsidi untuk rezeki kami. Bukan tak ada peluang di Kelantan, tapi peluang lebih baik di tempat lain. Dah tak ada orang lain yang bijak pandai nak isi kekosongan, kami pergi isi.

Saya percaya anda memang betul wanita UMNO. Sebabnya maklumat anda tak betul. Saya bagi contoh tentang pencari kerja. Cuma banding antara Kelantan dengan Kedah. Ini maklumat dari kerajaan (bukan UMNO).

Pencari kerja aktif:

Kedah: 1998, 1,932 org; 1999, 3,285 org; naik 70%
Kelantan: 1998, 1,481 org; 1999,1,386 org; turun 6.4%.

Pencari kerja baru:

Kedah: 1998, 568 org; 1999, 900 org; naik 58.5%
Kelantan: 1998, 439 org; 1999,310 org; turun 29.4%.

Jawatan Kosong:

Kedah: 1998, 168 kekosongan; 1999, 71 kekosongan; turun 57.7%
Kelantan: 1998, 161 kekosongan; 1999,113kekosongan; turun 29.8%.

Perangkaan di atas menunjukkan kegawatan ekonomi dalam tempoh tersebut dapat diatasi lebih baik di Kelantan. Betul tak? Jadi kerajaan yang lebih islamik nampaknya memang lebih diberkati.

Anda juga silap mengatakan 'Kadar kemiskinan di Kelantan masih menduduki ranking yang tertinggi.' Kalau anda mencari fakta-faktanya, jelas kenyataan ini tidak benar.

Saya bukan bijak pandai dalam bidang ekonomi. Saya seorang saintis. Saya tak percaya kalau orang Kelantan dikatakan tak ada duit. Maaf saya belum sampai ke Kedah. Jadi saya bandingkan dengan Terengganu. Nampaknya selama BN menjaga Terengganu, dengan duit ROYALTI yang banyak, berbanding dengan PAS menjaga Kelantan dengan duit GERAN WAJIB yang selalu lambat dibayar oleh...., Rakyat Kelantan jauh lebih makmur.

Buktinya? Tentu susah nak tanya orang banyak mana duit dia. Tapi anda boleh lihat dalam tempuh 10 tahun PAS di Kelantan dengan sisa 10 tahun terakhir BN di Terengganu ada banyak bezanya. Saya bagi satu contoh saja. Pendaftaran kenderaan baru di Kelantan dalam tempuh tersebut jauh lebih tinggi berbanding Terengganu. Ertinya orang Kelantan ada duit nak bayar muka, dan YAKIN dalam masa 5 hingga 7 tahun selepas itu dia ada duit nak bayar ansuran. Saya dan adik-adik saya daftar kereta kami di Kuantan (negeri isteri saya) kerana tak mahu Dato Pa dan Ku Li mendapat malu.

Maaf la Mek. Lepas baca ni boleh sembahyang sunat minta petunjuk. Semoga Allah memberi kemakmuran kepada kita semua. Itu pun kalau kita dapat sekat masalah murtad, rasuah dsbnya.

Saintis, PhD.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 26 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com