Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mahasisawa tetap bersama PAS

Assalamualaikum warahmatullah,

Saudara Editor,

Kami Mahasiswa Malaysia yang berada di United Kingdom melahirkan rasa bangga yang tidak terkira dengan semangat dan aspirasi perjuangan yang ditunjukkan oleh pimpinan Pemuda PAS dalam merealisasikan harapan dan cita-cita rakyat dan umat Islam. Begitu mudah untuk kita melahirkan harapan dan kata-kata untuk menjadi pejuang Islam tapi bukan senang untuk melahirkannya dalam bentuk tindakan. Jesteru itu, kami berpendirian bahawa pengorbanan YB Haji Mahfuz Omar, Sdr Salahuddin Haji Ayub dan Pak Ajmal adalah lambang pengorbanan yang tiada nilainya dewasa ini.

Pengorbanan mereka yang tidak takut dan gentar pada ugutan dan ancaman parti pemerintah membuktikan bahawa tarbiyyah PAS telah melahirkan mujahid-mujahid yang rela berputih tulang di medan perjuangan. Inilah golongan yang rela mengadaikan jiwa dan raga, anak dan isteri untuk perjuangan Islam. Pejuang yang tidak takut pada tomahan, hinaan dan cacian daripada golongan yang dengkikan kebangkitan Islam.Isyarat kian jelas kini ditunjukkan kepada Barisan Nasioanl bahawa mereka tidak boleh mendabik dada, rakyat makin matang dalam pertimbangan dan tindakan bacul mereka kali ini akan dibalas oleh rakyat. Jika kali ini mahkamah yang dipunyai oleh kroni-kroni mereka menjatuhkan hukuman kepada pimpinan kami, maka kami akan menghukum petualang-petualang bangsa yang berserongkol dengan BN di Mahkamah Rakyat, yang mana Rakyatlah Hakimnya nanti. Ingatlah BN bahawa kami akan menghukum kamu dengan apa jua kezaliman yang telah kamu lakukan.

Api perjuangan yang telah dibakar oleh pimpinan Pemuda PAS akan terus marak. Kita telah buktikan betapa kitalah golongan yang mengikuti ajaran Islam dan menentang musuh-musuh Islam. Kita tentang habis-habisan Yahudi Laknatullah dan kroni-kroni mereka di Malaysia ini. Obor ini akan terus menyala , dan kami golongan Mahasiswa Malaysia di United Kingdom mendoakan agar pimpinan Pemuda Pas akan terus istiqamah dalam perjuangan. Doa kami bersama kalian, dan kami akan pulang untuk menyumbang tenaga bakti demi kemenagan Islam.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Mahasiswa Malaysia United Kingdom


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com