Syaban 15 1421
Datuk Menteri Besar
Mohamed Khir Toyo
Pejabat Menteri Besar
Komplek SUK Shah Alam
Selangor
Assalamualaikum warahmatullahiwabaarakatuh,
Dengan salam selawat kepada Rasulullah Nabi junjungan kita, terlebih dahulu saya nasihat kamu buatlah perkara-perkara yang selamat.
Saya dengan ini ingin merakamkan marah yang amat sekali kepada peribadi Mohamed Khir Toyo kerana memburukkan nama kami orang kalete di Butterworth
Kamu sudah menjatuh maruah kami. Sudahlah memburukkan nama baik Tuan Guru kami dah tak cukup ke ? Politik punya hal kamu heret nama baik kami orang Kelete dikhalayak ramai.
Orang lain macam polis ke, pencegah maksiat ke, orang Cina ke, Orang India ke, pun tidak pernah mengheret nama baik orang Kelete macam Mohamed Khir buat. Kalau ia sahih pun bukan hak orang macam kamu untuk mengatakan apa yang kamu katakan di Butterworth.
Kamu PENAKUT kerana cakap perkara itu di Butterworth dan bukan di tempat kami.
Tapi kamu jangau risau.
Kami tidak akan buat apa-apa kepada kamu. Ini janji.
Cumanya Insya-Allah kami akan tuntut dan dakwa kami di Mahkamah akhirat kerana membuat tuduhan, fitnah dll.
Oleh kerana saya sudah tua daripada anda dan kamu muda usia lagi saya akan pergi dulu dan melapor kepada Allah sebelum anda jumpa Allah.
itu sahaja, tak guna cakap lagi.
Sekian.
Ahmad Mustafa Kenali,
1, Jalan Persekutuan,
Pasir Puteh.