Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MEMBANGKITKAN EKONOMI TERENGGANU

Assalamualaikum whb dan salam bahagia.

Dari : R&D Ibu Pejabat URUS.

MENGIMARAHKAN EKONOMI TERENGGANU

Baru-baru ini satu delegasi Muafakat NGOs telah mengadakan tinjauan grassroot ke Terengganu selepas PAS berjaya menubuhkan kerajaan baru , terutamanya krisis muktahir isu royalti minyak yang disekat oleh kerajaan pusat.

Pimpinan PAS Terengganu kebanyakkannya mengambil inisitif ke luar negeri dan negara untuk menjelaskan hal sebenar royalti minyak ataupun ihsan minyak. Nampaknya royalti minyak ini menjadi isu politik penting ketika ini, melebihi dari suasana harian Terengganu dan khususnya Kuala Terengganu itu sendiri.

Pada siang hari waktu kerja, didapati Kuala Terengganu itu bagaikan berkabung sedih dengan penarikan royalti minyak itu. Suasana seumpama muram, aktiviti bisnes harian kelihatan begitu berbeza berbanding dengan bandar-bandar lain seperti Kota Bharu Kelantan mahupun Kuantan Pahang.

Sebenarnya Terengganu tidak harus duduk dalam keadaan sesal atas tindakan kerajaan pusat itu, memang sudah sunnahtullah setiap perjuangan itu akan berhadapan dengan musuh , yang sentiasa mencari jalan untuk mengecundangkan perjuangan yang bertentangan. Ada beberapa pandangan kepada sudut ekonomi yang patut difikirkan dan jika wajar boleh dijanakan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi Terengganu.

1. Terengganu secara semulajadinya diwakili oleh sejalur pantai yang paling panjang di Malaysia, menghampiri 400 km . Dari Kemaman hinggalah ke Kuala Terengganu dan bersambung lagi hingga ke Kuala Besut. Sungguh luas dan panjang jalan rezeki Allah ini. Dengan pimpinan Tuan Guru Hj. Abd. Hadi , rakyat boleh didorong untuk mengikut firman Allah yang bermaksud: " Jika penduduk sesuatu daerah ( negeri ) itu beriman dan bertaqwa kepada Allah , nescaya Allah bukakan pintu keberkatan dari seluruh langit dan bumi ".

Industri perikanan boleh menjana ekonomi yang lumayan, melalui perikanan persisir pantai mahupun perikanan laut dalam. Di fahamkan petronas telah membayar sejumlah besar royalti minyak lebih RM400 juta ke Terengganu sekitar April 2000, dan ini adalah modal yang besar. Rakyat Terenganu yang memilih kerajaan baru sudah tentu tidak inginkan kerajaan baru ini gagal. Mereka sanggup mengikat perut dan menahan perbelanjaan wang RM400 juta itu, asalkan benar-benar dibelanjakan untuk ekonomi dan pembangunan Terengganu.

Maka dengan itu, Terengganu bolehlah membeli kapal-kapal perikanan yang besar -besar dan canggih , untuk mengusahakan industri perikanan ini bersungguh-sungguh. Banyak juga negara luar yang mendapat pulangan ekonomi besar dari perikanan seperti Jepun dan Norway. Malah bekalan ikan di Malaysia sendiripun tidak mencukupi, dan di pasar borong KL harga ikan selalu melambung.

Persisir pantai mungkin hanya akan menghasilkan ikan-ikan kecil mahupun ikan bilis, tetapi jumlah yang besar untuk bekalan pasaran Malaysia , dan lebihan boleh juga di ekspot ke Singapura, itu sudah boleh memberi tambahan kewangan yang istiqomah kepada Terengganu. Dari Kemaman kapal-kapal ikan mula belayar, menebarkan jala, ditarik melalui pantai Dungun, Kerteh, Paka, Marang, Pulau Kapas dan berlabuh dan memunggah hasil di pengkalan Kuala Terengganu. Kemudian menyambung lagi menuju ke Kuala Besut dan memunggah tangkapan di sana. Mungkin juga boleh diadakan kerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan, dan tangkapan ikan itu boleh diluaskan lagi melalui Pulau Perhentian menuju ke persisiran pantai Kelantan hinggalah sempadan Thailand. Siapa tahu di situlah terletaknya rezeki Allah yang maha kaya.

2. Terengganu juga boleh mengistiharkan negeri sepanjang tahun perdagangan dan pelancongan. Dengan sedia adanya pulau-pulau yang cantik dan nyaman, ini adalah suatu tarikan pelancongan yang hebat. Tinggal lagi suasana shopping itu perlu diwujudkan, seperti suasana shopping di Rantau Panjang Kelantan dan Kota Baru Kelantan. Kerajaan Terengganu harus memudahkan dan memberi dorongan dan insentif agar berbagai-bagai perdagangan wujud dan meriah di Terengganu.

Kemaman boleh diusahakan agar menjadi pekan sempadan dengan Pahang yang meriah perniagaannya. Nanti orang-orang Kuantan dan Pahang akan membeli-belah barangan yang baik, murah dan belbagai-bagai di Kemaman. Sesungguhnya kedatangan pelancong dari KL dan pantai barat akan menambah kewangan Terengganu , apatah lagi pelancong luar negara.

Inilah tugas utama dan berterusan pimpinan PAS Terengganu untuk menjaga Iman dan syariat rakyatnya sentiasa dapat dikawal melalui program dakwah dan tarbiah.

Akhir kata, selamat maju jaya.

Wassalam.


        
Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com