Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Asas komunikasi Islam hubungan dengan Allah dan manusia

KUALA TERENGGANU: Asas komunikasi yang ditekankan dalam agama Islam termasuk hubungan insan dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, kemudahan Awam dan Komunikasi, Encik Yahaya Ali berkata, ianya harus diberi keutamaan agar manusia tidak tersesat dan disesatkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Pameran Komunikasi Alaf Baru 2000 bertempat di Galeri Pameran Sementara, Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong di sini baru-baru ini. Katanya, Umat Islam harus membina kekuatannya dengan menggunakan pelbagai teknologi canggih di alaf baru, abad

YAHAYA bersama Haji Husain Awang melawat Pameran Komunikasi Alaf Baru 2000 di Muzium Negeri Kuala Terengganu.

ke 21. “Kesempatan ini harus diambil untuk mengembalikan zaman kegemilangan yang pernah di lalui oleh umat Islam sebelum ini,” ujarnya.

Menurut beliau, al-Quran menceritakan bagaimana komunikasi bermula dari zaman Nabi Sulaiman a.s. apabila burung Belatuk digunakan sebagai pengutus surat kepada Puteri Balqis. “Di dunia Barat pasukan berkuda digunakan untuk mengirim surat atau sebarang khabar berita,” jelasnya. Bagaimanapun Umat Islam masih jauh ketinggalan dalam arus kepesatan dan kemodenan komunikasi yang canggih masa kini.

Selain itu katanya, umat Islam harus akur kepada teknologi yang dipasarkan di mana para genius alaf mula mencipta pelbagai alat komunikasi. Kefahaman dan keberkesanan teknologi maklumat terkini harus di ambil iktibar dan dipelajari untuk diterapkan dalam suatu sistem atau kaedah komunikasi yang boleh di munafaatkan oleh umat Islam.

Beliau berkata, sejarah me­nunjukkan bahawa sistem komunikasi larian dari Mara­thon ke Athens yang jauhnya 42 kilometer pada tahun 490 sebelum Masihi kepada tahap komunikasi telegraf elektrik oleh Samuel Morse dengan penciptaan ‘Kod Morse’ sekitar tahun 1840an.“Ini menampakkan bahawa ianya berkembang sesuai dengan arus permodenan abad ke 19,” ujarnya. Sejarah juga menunjukkan bahawa Louis Braille telah mencipta abjad khas ‘Braille’ pada tahun 1834 untuk kegunaan orang-orang yang cacat penglihatan sehingga munculnya nama Alexander Graham Bell dengan ciptaan sistem telefon, satu pembikinan genius yang digunapakai sehingga kini dalam dunia telekomunikasi.

“Di negara kita, penggunaan alat telekomunikasi diperkenalkan sejak tahun 1874 oleh penjajah British di Perak. Perkembangan terus merebak ke Sabah pada tahun 1900 dan 1917 di Sarawak,” jelasnya lagi. Katanya, Jabatan Telegraf dan Pos, Persekutuan Tanah Melayu diberi satu peruntukan untuk menjalankan operasinya pada tahun 1877. Di Semenanjung Malaysia, Jabatan Telegraf dan Pos mengelola sistem komunikasi di mana fungsinya merangkumi perkhidmatan pos dan telekomunikasi.

Jabatan Telekomunikasi pula katanya, di tubuhkan pada tahun 1946 di Semenanjung dan di sabah dan Sarawak pada tahun 1968 bertujuan meningkatkan operasi perkhidmatan, jelas menunjukkan bahawa komunikasi dalam dan luar negara umat Islam sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman dan ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 27 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com