Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Rakyat digesa bangkit tegak kebenaran

KUALA TERENGGANU : Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas Tun Mohd. Salleh Abas berkata, Malaysia berada di persimpangan jalan sama ada ia mahu diperintah mengikut undang-undang atau sebaliknya.Ini kerana kedaulatan undang-undang sudah tidak dipelihara lagi seperti dibuktikan melalui kes royalti minyak Terengganu. Katanya, hanya ada dua jalan sahaja di hadapan rakyat sama ada balik ke pangkal jalan dengan mematuhi undang-undang atau teruskan tindakan yang dibuat.Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman berhubung dengan isu royalti l8 Oktober lalu.Tegasnya, Kerajaan Pusat dengan jelas telah melanggar prinsip undang-undang, Perlembagaan, undang-undang antarabangsa, prinsip demokrasi dan federalisme.

Mendakwa

“Bagi saya, undang-undang adalah sumber tertinggi dalam sesebuah pemerintahan. “Mahu tidak mahu ianya mesti dipatuhi dan diikuti,” jelasnya. “Analoginya cukup mudah. Rakyat boleh berfikir atas dasar kedaulatan undang-undang. Ianya merupakan sesuatu yang tidak boleh ditolak,” jelasnya. Bagaimanapun, sekarang pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Beliau mahukan rakyat sendiri menilai mengikut undang-undang ataupun terus menerus menolak undang-undang. Kerajaan Pusat sebelum ini mendakwa kononnya lima peratus royalti yang sepatutnya dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Terengganu tidak pernah wujud dan tidak ada dalam undang-undang.

“Ini merupakan penafian hak yang jelas kepada rakyat dan Kerajaan Terengganu. Hak ini tidak boleh dan mesti dilaksanakan mengikut apa yang telah termaktub dan dipersetujui,” tegasnya. Untuk memastikan kejayaan dan keadilan berpanjangan, rakyat diseru supaya menolak Kerajaan Pusat yang ada sekarang ini. Tindakan Kerajaan Pusat yang keterlaluan terhadap Negeri Terengganu sememangnya bercanggah dengan prinsip keadilan.

Membohongi

“Kerajaan Pusat juga tidak mengikut apa yang telah termaktub dalam undang-undang,” jelasnya. Katanya, mereka dengan sengaja cuba membohongi undang-undang demi mencapai hasrat dan cita-cita mereka. “Kita tidak boleh berdiam diri. Kita ditindas dan diperlekehkan dengan begitu rupa. Kita perlu bangkit untuk menegakkan yang hak dan kebenaran yang hakiki,” katanya.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 22 November 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com