SETIU, 27 Nov - Memang tidak ada sesiapa pun yang hendak membaca coretan saya ini. Akan tetapi saya nak tulis juga. Supaya nanti rasa 'senoneng' di kepala saya ini berkurangan dan setidak-tidaknya dapat mengeratkan hubungan antara rakan-rakan siber semua.
Kedurjanaan dan kejahatan Dr Mahathir serta kerajaannya semakin menjadi-jadi dan sukar dimaafkan oleh rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Beliau tidak segan-segan bahkan tidak pernah merasa insaf di hatinya di atas segala kekejaman dan kezaliman di luar peri kemanusiaan yang telah dilakukan selama ini terhadap rakyat yang lemah. Rakyat yang sepatutnya menerima pembelaan dari Dr Mahathir yang telah memilihnya sebagai pemimpin negara. Rupa-rupanya bukan simpati dan bantuan yang rakyat perolehi, sebaliknya kekerasan yang singgah di atas jasad bahkan hati nurani rakyat. Contohnya adalah peristiwa kekerasan polis terhadap peserta perhimpunan 100 ribu rakyat baru-baru ini.
Maka sandiwara demi sandiwara dilakukan oleh Dr M dan kuncu-kuncunya untuk menyembunyikan kepincangan kerajaannya dari pengetahuan rakyat. Lalu BH dan TV3 pun menyiarkan berita berserta gambar-gambar yang menunjukkan perhimpunan itu tidak mendapat sambutan dan rakyat sudah kembali menyokong kerajaannya.
Rakyat ketawakan dan ada yang senyum sinis melihat telatah Dr M yang sudah kehilangan punca bagaimana lagi hendak menarik sokongan dan perhatian rakyat kepada BN. Hinggakan yang berlaku di Lunas baru-baru ini iaitu peristiwa perasmian sebuah sekolah menengah yang belum sempurna siapnya dan belum dibuka telah dilakukan dengan gilang gemilang yang dihadiri oleh pemuka BN dan orang-orang upahan. Rakyat menjadi keliru lagi. Rakyat ketawa melihat telatah BN yang mengada-ngada itu. Tujuannya adalah untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa BN bagus kerana membawa pembangunan di situ. Memang benar. Itu adalah pembangunan. Maka penduduk Lunas kena bersyukur kepada Allah.
Maka sempena Ramadhan ini, dengan berkat dan kemulian ibadat puasa yang anda jalani, marilah sama-sama dengan lafaz 'Bismillah' kita mengundi calon Barisan Alternatif supaya sifat bermuka-muka dan mengada-ngada Dr M dan kerajaan BN selama ini boleh kita hentikan. Kejayaan BA di Lunas adalah suatu yang pasti diraih supaya mesej rakyat untuk memberitahu Dr M dan kerabatnya bahawa rakyat sudah tidak mahu kepada kerajaannya lagi sampai kepada mereka ini dalam bentuk 'dalil hal'. Kesucian ramadhan ini hendaklah tidak dicemari dengan sikap lama kita yang menyokong BN. Cukuplah kesilapan yang sudah kita lakukan sebelum ini kerana sekarang kita sudah sedar dan ingin membuat perubahan dan reformasi terhadap perundangan negara.
Us_Yasin