Memandangkan 83 tuntutan Jawatankuasa Rayuan
Pilihan Raya Persatuan Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang
dikemukakan sebelum pilihanraya umum tahun lalu selain
mendapat perhatian umum hingga menimbulkan kontroversi di
kalangan rakyat negara ini, di sini disiarkan terjemahan rasmi
daripada teks bahasa cina untuk manfaat pembaca - Pengarang Utusan
Meloya
Mukaddimah:
Pilihanraya yang akan
datang akan memilih kerajaan dan wakil rakyat yang akan
memimpin negara ini ke alaf baru. Empat puluh dua tahun
selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah berkembang maju
dalam semua sektor hasil daripada usaha dan sumbangan rakyat
semua kaum, dengan sepenuhnya menunjukkan dinamika sebuah negara
yang berbilang kaum.
Walau bagaimana pun beberapa
dasar kerajaan yang tertentu, terutamanya yang
berkaitan dengan
kesamaan bangsa, demokrasi, hak asasi
manusia, autonomi kehakiman dan sebagainya
perlu
diperbaiki.
Krisis ekonomi pada dua tahun
yang lepas dan wabak virus Nipah merupakan dua bencana terbaharu
yang telah menyebabkan persatuan-persatuan Cina menimbang semula
sama hadapan negara kita secara serius.
Kerajaan seharusnya
mengadakan satu rancangan pembangunan yang sepadu untuk
industri kecil dan sederhana dan Perkampungan Baru Cina
yang telah ditubuhkan lebih daripada lima puluh tahun
dahulu. Apabila kerajaan sedang giat menjalankan pelbagai
projek mega, kita masih menghadapi kekurangan dna,
bilik darjah dan guru di sekolah-sekolah. Kami juga perlu
menaruh perhatian pada sektor-sektor yang mundur
yang terdapat di kalangan Orang-Orang Asli, pekerja estet,
penduduk bandar dan petani miskin.
Di samping itu,
kami amat mengambil berat tentang isu amalan rasuah,
penyimpangan kerajaan dalam pentadbiran awam,
kebertanggungjawaban dan kelutsinaran kerajaan yang telah
menimbulkan banyak perbincangan di kalangan orang awam. Demi
cinta kami terhadap negara, serta perhatian kami
terhadap masa hadapan bangsa kita, kami meminta semua calon dan
parti politik yang akan mengambil bahagian dalam pilihan
raya yang akan datang menyokong dan melaksanakan
rayuan kami. Kami juga menggesa semua pengundi negara kita
berusaha merealisasikan rayuan ini.
1. Menggalakkan
Perpaduan Negara
Perpaduan negara mestilah berasaskan
kepentingan semua rakyat negara kita dan bukan berdasarkan
perkauman. Hanya dengan berasaskan keadilan dan non-diskriminasi,
dapat mewujudkan satu lingkungan yang sesuai untuk mencapai
perpaduan dan keharmonian di antara kaum.
- Gubalkan Akta Perhubungan
Kaum untuk mencegah diskriminasi perkauman, rasialisme dan
rasisme;
- Tindakan Afirmatif (Affirmative
Action) harus bertujuan untuk memberi perlindungan
dan peningkatan kepada golongan masyarakat
yang lemah, tanpa mengira kepercayaan agama, latar
belakang sosial dan kaum.
- Mengambil langkah untuk
memansuhkan perbezaan antara ¡®bumiputra¡¯bukan bumiputera¡¯
dalam semua bidang.
2. Mempertingkatkan Demokrasi
Demokrasi bukan sahaja bermakna
amalan pengundian setiap lima tahun ¨C kerajaan harus
dipilih oleh rakyat pada semua peringkat, supaya
mencapai demokrasi parlimentari yang
sebenarnya dan memastikan keadilan pilihan raya.
- Garisan sempadan pilihanraya
mestilah berasaskan prinsip ¡®satu orang satu undi¡¯
. Perbezaan bilangan pengundi antara
kawasan-kawasan pilihan raya yang berlainan
sepatutnya tidak melebihi 15%, SEPERTI MANA YANG DIAMALKAN
PADA PERINGKAT AWAL SELEPAS KEMERDEKAAN NEGARA ini
supaya mengelakkan jurang besar yang sedang wujud di
antara bilangan pengundi di kawasan pilihanraya yang
berlainan dalam sistem pengundian kini.
- Memulihkan pilihan kerajaan
tempatan
- Senator haruslah dipilih oleh
rakyat
3. Mempertahankan Hak Asasi Manusia
dan Menegakkan Keadilan
Memperteguhkan hak asasi
manusia, keadilan, keamanan dan kebebasan negara kita,
agar
melindungi hak-hak politik, sosial, kebudayaan dan ekonomi
seluruh rakyat Malaysia:
- Ratifikasikan dan
menandatangani semua konvensyen bangsa-Bangsa Bersatu
dan
kovenan-kovenan antarabangsa
- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang
baru ditubuhkan perlu diperluaskan struktur anggotanya dan
pastikan bahawa badan tersebut berepresentatif dan
bebas
- Pastikan kebebasan Peguam Negara
dan badan kehakiman
- Mansuhkan Akta Kesatuan
Keselamatan Dalam Negeri selaras dengan perkembangan
zaman
- Gubalkan Akta Kebebasan
Informasi
- Meminda Akta Kesatuan
Sekerja, Akta hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak,
Akta
Polis dan Akta Universiti dan Kolej supaya selaras
dengan piawaian hak asasi manusia.
- Mempertahankan kebebasan bercakap,
perhimpunan dan persatuan.
4. Membasmi Amalan
Rasuah
Amalan rasuah merupakan salah satu halangan
besar dalam pembangunan negara, Ia bukan saja merampas kepentingan
rakyat jelata, malah menjejaskan fungsi pentadbiran kerajaan dan
merosakkan kebrtanggunjawaban kerajaan. Amalan rasuah,
mesti dihapuskan pada semua
peringkat perkhidmatan awam dan
kerajaan:
- Susun semula Agensi Pencegah
Rasuah supaya ianya menjadi satu badan bebas
dan
bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen.
- Gubalkan satu akta di
mana semua kakitangan tinggi kerajaan dan wakil
rakyat yang
dipilih wajib mengisytiharkan asset
mereka secara terbuka kepada orang awam.
5. Laksanakan Dasar Ekonomi yang
Adil
Kerajaan harus mengkaji semula dasar
ekonomi negara secara menyeluruh untuk mengatasi
kelemahan yang
terdedah semasa krisis kewangan berlaku baru-baru ini. Semua
kaum mesti diberi peluang yang sama untuk bersain. Amalan
rasuah, kronisme dan nepotisme harus dielakkan dalam
perihalpemberian saham atau kontrak. Dalam tiga puluh tahun yang
lampau, sewaktu kerajaan menitikberatkan
pembangunan industri dan komersial bagi kaum bumiputra,
perkembangan dan modenisasi bagi indtusri kecil
dan sederahana telah diabaikan. Kerajaan juga telah
mengabaikan masalah yang dihadapi oleh penternak
babi, kerajaan tidak mengambil tindakan dengan segera untuk
menolong mangsa-mangsa wabak dan keluarga mereka.
- Menggalakkan modenisasi dan
pembangunan industri kecil dan sederhana dalam
negeri
ini.
- Merumuskan dan melaksanakan dasar
pertanian yang kekal.
- membahagikan tanah secara adil
kepada petani-petani yang memerlukannya tanpa
mengira
kaum.
- Hapuskan sistem kuota yang
berasaskan ¡®kaum¡¯ dan gantikannya dengan
sistem
pengagihan yang berasaskan ¡®kebolehan¡¯ (means tested
sliing scale)
- Pastikan bawah dana KWSP serta
dana-dana awam yang lain kepunyaan pekerja negara
kita
diberikan tempat perwakilan yang memuaskan
kepada organisasi pekerja untuk menjamin
pengurusan
dana yang betul.
6. Kaji Semula Dasar
Penswastaan
Tujuan mengswastakan kemudahan awam
ialah untuk meningkatkan kecekapan dan
mengurangkan beban ekonomi negara. Walaupun
sesetengah kemudahan awam yang diswastakan memberi
banyak kemudahan kepada rakyat dan juga menggalakkan
pertumbuhan ekonomi negara, namun disebabkan
ketidaklutsinaran operasinya, ianya telah menimbulkan monopoli
dalam bidang perniagaan, memberatkan beban rakyat dan
menyebabkan kronisme serta menghalang pertumbuhan
ekonomi negara:
- Semua projek
penswastaan harus berasaskan kepentingan orang
awam
- Projek-projek penswastaan
harus dittander secara terbuka
- Dirikan Suruhanjaya Urusan
Awam untuk menyelia dan menilai projek-projek yang
diswastakan untuk melindungi kepentingan rakyat.
- Batalkan rancangan
pengkorporatan perkhidmatan kesihatan supaya
membolehkan rakyat
negara kita, terutamanya mereka yang
berpendapatan rendah, menikmati perkhidmatan
kesihatan awak
yang murah dan cekap.
- Gubalkan akta anti monopoli untuk
mengelakkan amalan monopoli dalam bidang
penswastaan.
- Kaji semula perkhidmatan
pembetungan supaya mengurangkan beban para pengguna.
- Hentikan pengenaan tol dan
penswastaan pada jalan raya di dalam bandar raya dan
jalan
raya yang sedia ada yang telah dipertingkatkan
menjadi lebuh raya.
7. Laksanakan Dasar Pendidikan yang
Progresif dan Liberal
Demi menghadapi cabaran abad
baru, kita perlu mengkaji semula keseluruhan sistem
pendidikan negara kita dengan menumpukan perhatian pada
pengembangan potensi manusia, memenuhi keperluan sumber
manusia dan memupuk daya kreativiti, daya inisiatif serta
teknik pembelajaran para pelajar kita. Komuniti Cina
memandang berat terhadap Akta Pendidikan 1966 yang
tidak berlaku adil terhadap pendidikan bahasa ibunda bagi
kaum cina, India dan kaum-kaum minoriti lainnya di negara
kita. Disebabkan kekurangan dana, bilik darjah, dan guru,
perkembangan sekolah-sekolah rendah Tamil dan Cina telah
terlambat:
- Membina Akta Pendidikan 1996
untuk mencerminkan dasar pendidikan
kebangsaan
sebagaimana yang dinyatakan di dalam Ordinan
Pendidikan 1957 yang memastikan
penggunaan, pengajaran dan
perkembangan bahasa ibunda semua komuniti etnik
di
negara kita.
- Tambahkan bilangan sekolah rendah
Tamil dan Cina di kawasan yang padat dengan penduduk
kaum
India dan Cina, agar hak untuk menerima pendidikan
bahasa ibunda bagi pelajar-pelajar kaum tersebut
tidak dirampas.
- Selesaikan masalah
kekurangan guru yang lama berterusan di sekolah-sekolah
rendah
Tamil dan Cina.
- Batalkan rancangan Sekolah wawasan
dan hentikan perlantikan guru-guru yang tidak berkelayakan
bahasa Cina untuk memegang jawatan-jawatan tinggi di
sekolah rendah cina
untuk memastikan sifat dan cara
pendidikan di sekolah rendah Cina tidak diubah.
- Pastikan bahawa
pengagihan peruntukan pendidikan, latihan guru,
perancangan kurikulum, bahan pengajaran, kemudahan dan
perkakasan yang asas adalah adil dan mencukupi bagi
sekolah-sekolah semua aliran bahasa, termasuk cadangan
sekolah-sekolah bistari.
- Realisasikan
pendidikan bahasa ibunda dengan menggabungkannya ke
dalam rancangan
pendidikan negara kita dan
sediakan latihan untuk guru-guru, perancangan kurikulum
dan bahan-bahan pengajaran baginya.
- Sediakan kelas bahasa ibunda
pelajar (Pupils¡¯ Own Language - POL) dalam kurikulum formal
sekolah seandainya terdapat sekurang-kurangnya lima (5)
pelajar dari mana-mana kumpulan etnik di mana-mana
sekolah.
- Tambahkan peruntukan untuk
perbelanjaan pendidikan
- Kaji semula dan naikkan gaji
guru
- Kenaikan sistem pinjaman dan
bantuan kewangan pelajar dengan pengagihannya
mengikut
kemampuan keluarga pelajar (means-tested
sliding scale) tanpa mengira kaum.
- Iktirafkan Sijil Peperiksaan
Bersama Sekolah Menengah Persendirian cina.
- Izinkan penubuhan
Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina baru dan
berikan subsidi untuk perkembangannya.
- Tambahkan bilangan sekolah rendah,
menengah, kolej dan universiti selaras dengan pertumbuhan
penduduk negara kita.
- Iktirafkan ijazah yang
dianugerahkan oleh institusi yang bertaraf antarabangsa,
termasuk Universiti dan yang lampau
serta universiti-universiti yang bukan aliran bahasa
Inggeris di negara-negara seperti China, Taiwan dan
sebagainya.
- Hapuskan sistem kuota untuk
kemasukan universiti.
8. Galakkan Perkembangan Pelbagai
Kebudayaan
Negara kita ialah negara yang berbilang kaum.
Akan tetapi, Dasar kebudayaan Kebangsaan yang sedia ada
adalah didasarkan pada budaya tunggal, ianya merupakan
halangan bagi perkembangan kebudayaan masyarakat majmuk. Demi
memperbetulkan kesalahan ini, perumusan kebudayaan nasional
haruslah diasaskan pada pluralistik masyarakat kita:
- Kenaikan dasar kebudayaan
dan seni yang lebih liberal dan pluralistik.
- Sediakan bantuan kewangan dan
biasiswa seni dan galakkan aktiviti kebudayaan
berbilang
kaum negara kita.
- Wajibkan kerajaan pada semua
peringkat untuk menggalakkan budaya pluralistik.
- Pemberian ganjaran atau hadiah
kesusasteraan dan seni negara haruslah terbuka
kepada
semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bahasa.
- Kebudayaan semua kaum dan agama
haruslah dilayani secara saksama oleh media dan
badan-badan
kebudayaan rasmi.
- Galakkan pertukaran kebudayaan
antarabangsa.
- Mendidik dan menggalakkan rakyat
negara kita saling menghormati agama-agama yang berlainan di
dalam negara ini serta perkuatkan perhubungan dan pertukaran
fikiran antara
badan-badan agama berlainan.
- Berikan layanan yang adil bagi
badan-badan agama yang berlainan dalam hal
penyebaran,
perkembangan, mendapat kemudahan rasmi kerajaan
serta dilayani dengan saksama oleh media
rasmi.
9. Lindungi Alam Sekitar
Semua
projek pembangunan yang meninggalkan kesan buruk ke atas
alam sekitar seperti kawasan tanah tinggi, hutan dan kawasan
berpaya atau yang akan merosakkan peninggalan, sejarah serta
kawasan perkuburan, mesti dikawal dengan ketat. Piawaian dan
undang-undang perlindungan alam sekitar perlu dikuatkuasakan
secara serius:
- Pastikan projek empangan
tidak merosakkan ekologi persekitaran.
- Kenakan langkah pemeliharaan air
dan tenaga yang ketat.
- Kuatkuasakan Akta Perhutanan dan
Alam Sekitar yang sedia ada untuk menghalang
aktiviti
pembalakan yang sembarangan.
- Kenakan cukai ke atas
penggunaan tenaga serta pengeluaran gas karbon atau gas
buangan
lain yang berbahaya.
- Indahkan kawasan-kawasan
perkuburan dan pastikan kawasan tersebut tidak dipindah
untuk
tujuan pembangunan.
- Tawarkan insentif bagi
industri yang menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui
dan tenaga solar.
10. Modenisasikan dan bangunkan
Perkampungan Baru
Perkampungan baru mempunyai sejarah lebih
daripada lima puluh tahun. Seramai 1.5 juta kaum cina
yang berselerak di 452 buah Perkampungan baru masih dikecualikan
daripada arus pembangunan ekonomi negara. Infrastruktur di
Perkampungan Baru tersebut perlu diperbaiki. Ramai penghuni
masih belum mendapat hak milik tanah atau mendapat pembaharuan hak
milik tanah.
- Pastikan bahawa semua
penduduk Perkampungan Baru diberi hak milik tanah dengan
segera.
- Selesaikan rancangan pembangunan
Perkampungan Baru dengan secepat mungkin.
- Sediakan peruntukan
pembangunan untuk Perkampungan Baru mengikut
perkadaran bilangan
penduduk.
- Memperuntukkan tanah yang
mencukupi untuk petani-petani Perkampungan Baru dan
luar
bandar.
11. Realisasikan Dasar
Perumahan Untuk Semua
Kerajaan harus
merealisasikan wawasan perumahan untuk semua rakyat
dengan lebih giat. Tindakan ini diperlukan untuk menyelesaikan
masalah perumahan yang ketara bagi kumpulan yang berpendapatan
sederhana dan rendah.
- Pastikan bahawa kerajaan
negeri memperuntukkan tanah yang lebih banyak secara
percuma
untuk pembinaan perumahan awam kos
sederhana dan rendah.
- Pastikan pengagihan
perumahan kos rendah adalah adil untuk mengelakkan
daripada
memberikannya kepada mereka yang tidak layak.
- Laksanakan sistem ¡°sewa dahulu
beli kemudian¡± agar membolehkan mereka yang tidak
mampu
memiliki rumah sendiri.
12. Lindungi Hak Asasi
Wanita
Hak asasi wanita mesti diutamakan di sektor swasta
dan awam:
- Beri sokongan kepada ¡®Agenda
Wanita 1999¡¯ yang diutarakan oleh organisasi bukan kerajaan
wanita negara kita.
- Pertingkatkan fungsi
autoriti kerajaan yang berurusan dengan hal-hal wanita.
- Hapuskan segala jenis
diskriminasi terhadap wanita dalam masyarakat negara
kita.
- Kenakan hukuman yang berat
kepada mereka yang melakukan keganasan terhadap
kanak-kanak dan wanita.
- Menggesa sektor awam
dan swasta supaya menyediakan kemudahan penjagaan
kanak-kanak
bagi pekerja-pekerja wanita.
13. MEDIA YANG
ADIL
Media harus dioperasi secara adil dan bebas
tanpa campur tangan kerajaan:
- Tubuhkan badan penyiaran yang
bebas dan adil.
- Hapuskan peraturan
mengenakan pembaruan tahunan permit menerbit
(KDN)
- Galakan penubuhan media penyiaran
swasta.
- Tambahkan peruntukan masa
untuk penyiaran berita dalam bahasa Mandarin.
14. Memulihkan Kelayakan Rakyat
Terhadap Pasukan Polis
Pada akhir-akhir ini, cara
pengendalian pihak polis dalam penyiksaan adalah amat
membimbangkan dan hal ini mungkin menggugatkan keyakinan
orang awam terhadap pasukan polis.
- Tubuhkan satu
suruhanjaya penyiasatan statutori yang bebas untuk
menyiasat kes
penyalahgunaan kuasa an kekerasan polis.
Laporan siasatan suruhanjaya tersebut mesti
diumumkan
kepada orang awam manakala mereka yang didapati
bersalah patut dihukum.
- Mempertingkatkan kualiti
pasukan polis menerusi pelarasan gaji dan prosedur
pengambilan polis baru yang lebih ketat dan sempurna
supaya membentuk satu pasukan polis yang adil,
berperikemanusiaan dan lebih bertanggungjawab.
15.Memperbaiki
Kebajikan
Setiap manusia berhak untuk hidup dan
mari secara bermaruah dan juga berhak menerima perlindungan
sosial daripada pengangguran, sakit, umur tua, kematian atau
lain-lain kejadian di luar kawalan mereka:
- Berikan perhatian khas
kepada mereka yang kurang bertuah, kurang upaya, warga tua,
kanak-kanak dan wanita.
- Sediakan kemudahan rekreasi
untuk belia supaya memimpin mereka kepada satu cara
hidup
yang sihat.
- Tambahkan peruntukan dana bagi
sektor kesihatan dan perubatan, terutamanya dalam
hal
pencegahan penyakit.
- Tingkatkan pengetahuan rakyat
terhadap kehidupan sihat dan penjagaan kesihatan yang
asas.
16. Hormat Hak
Pekerja
Pekerja berhak mendapatkan
syarat-syarat kerja yang saksama dan lingkungan kerja yang
demokratik, berperikemanusiaan sera selamat, selaras dengan
piawaian buruh antarabangsa:
- Iktirafkan hak pekerja elektronik
untuk mendirikan kesatuan pekerja
- Gubalkan akta untuk memastikan
semua pekerja termasuk pekerja estet mendapat gaji
yang
munasabah.
17. Menyara Orang Asli
Sahkan
tanah rezab Orang Asli agar mereka dapat mengawal sumber dan
tanah mereka sendiri dan dapat memilih cara hidup mereka
sendiri.
................................................................................
Rayuan
ini dianjurkan oleh 11 pertubuhan nasional cina Malaysia
(Jiao Zong) Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumno Sekolah cina
Malaysia
Nanyang Universiti Alumni Associations of
Malaysia
Taiwan Graduate alumni Associations of
Malaysia
Dewan Perhimpunan cina Selangor
Federation of
Guangdong Associations of Malaysia
Federation of Guangzi
Associations of Malaysia
Federation of Fuzhou Associations of
Malaysia
Federation of Sanjiang Associations of
Malaysia
Huazi Research Centre
Setakat 16 Ogos 1999,
rayuan ini telah diendoskan oleh 1,848 pertubuhan Cina di
Malaysia.
Pada tahun 2000 dua lagi persatuan cina telah
menyertai Jawatankuasa Suqiu selain daripada
11 persatuan di
atas, dua persatuan ialah:
- Dewan Perhimpunan cina Negeri
Sembilan
- Federation of Hokkien Associations
of Malaysia
Sebelum Pilihanraya 1999, rayuan ini
telah diendoskan oleh 2,095 buah persatuan cina di
Malaysia.
.........................................................
Petikan Utusan Meloya 20/12/2000