Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tangani isu Su Qui semudah ....ABC

Kita bukan tak biasa mendengar isu-isu macam ni timbul sebelum ni. Tapi pada masa tu... para pemimpin masih ade otak dan tahu cara nak mengatasi masalah ini dengan mudah dan tak perlulah digembar-gemburkan macam ni. depa buat pekak badak atau lembu kenyang....

Senarionye kalau kita tengok kembali, isu ni bangkit sebelum pilihanraya umum tahun lepas lagi, dan beberapa akhbar merapu dah cuba mengenengahkan perkara ni di dada akhbar. Namun selepas dilepaskan beberapa hari..orang Melayu tak berminat.. kerana mereka tahu ini hanyalah tektik untuk menarik pengundi Melayu dengan sentimen hak Melayu dicabar.

Lama-lama penulis dan pengarang pun boring... tak menjadi...dan pilihanraya pun berlalu.. banyak jugak kerusi BN hancur.. terutamanya UMNO..

Bila LUNAS menjelma... tiba-tiba ade orang nyanyuk melatah kembali..dia kata bangsa ni tak kenang budi..kite beri ni dia tak syukur, tak nak sokong BN.. pendek kata..pedas jugaklah telinga member kite tu.. lalu mereka pun ajarlah sikit mulut celupar tu.. mula2 dia tak pergi ceramah BN.. lepas tu dia tak pangkah BN.. menang Keadilan..tahniah YB Saifudin..

Yang nyanyuk ni pulak, kecewa besar..Tok Sammy pulak tak nak balik KL.. pasal nak berbakti di LUNAS..sampai menangis-nangis tak nak balik.. selepas kena pujuk rayu.. combi-combi manis kat situ kabarnye.. baru balik.

Mereka yang nyanyuk ni lupa sebenarnya...gambar depa saje yang dok pamer...batang hidung depa..yang semakin memanjang tak kunjung tiba..tak hadir lansung.. baik si Maha kaya,si penyamun.. melainkan adelah yang tak berapa nyanyuk..seperti tok JE.. lepas ni.. saya kata dia pun turut nyanyuk..

Selepas tu..datuk panglima usang pulak mengamuk bagitau..si nyanyuklah punca segala-galanye.. dengan muka 1300 selamba..dia kata mungkin betul..sebab dia.. tapi tengoklah.. ni lah sebenarnye sebab kenapa isu Si Qui ni dihidupkan semula..pasal nak tutup malu si tua ni lah..

Mereka nak heboh kat masyarakat Si Maha shit selalu betul..cakap dia betul.. China jahat.. cuba nak usik hak Melayu... lepas tu buat strategi heboh.. sana sini..masuk TV, keluar akhbar...melaung sana, sini, sinung.. buat perhimpunan halal..(FRU tidur ke..?)Ini pertanyaan untuk ketua polis negara..Masa hero Taik kucing GPMS buat perhimpunan yg merbahayakan keselamatan negara..mana pergi FRU, Gas pemedih mata, mana tangkapan?...itulah proganda Cepat dan Betul depa.. nak suruh kite hormat!!!! tu sahabat kite buat lebih kurang tulah jugak ..bantah kehadiran puak pengganas nombor satu dunia.. dipenjara sebulan..tabik Sdr. Mahfuz..

Sebenarnye..isu Su Qiu ni boleh ditanggani semudah ABC...kalau kita cekap dan tulus ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab dan peraturan negara.

Peraturan dan undang-undang yang ada jelas,...depa jugak yg nak pertahan... ISA,OSA dan macam-macam.. mana-mana kenyataan yang boleh ditakrifkan sebagai hasutan atau boleh menggugat keselamatan negara, maka gunalah undang-undang yang ade ni...tak kira siapa saje..ya polis...ya menteri dalam negeri... hang tangkaplah orang yg mula2 membawa isu... tangkap si maha penghasut..tangkap Suhaimi..siapa lagi ...tangkap penerbit TV3 atau penyunting media/akhbar ..tutup mulut mereka ni.. inilah penghasut keselamatan negara... saya jamin dalam masa tak sampai setengah hari senyap.....semudah ABC...

Macam hang gam cerita/berita pasal Hero Rakyat... dia sakit, tak laporpun dalam TV3, atau dalam lain2 media pengapu.. porah...

Rakyat sudah tahu segalanya.. semuanya pembohong dari kepala sampai ke kaki...

Tengoklah nanti... " titik kejayaan semakin hampir "

Abe Man

Dulu at panah@hotmail.com


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 22 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com