Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Utusan Meloya telah tersasau

Saya memang tak minat nak baca Utusan Meloya, semasa menunggu giliran untuk bergunting rambut pun saya malas nak sentuh Utusan, tapi sebagai Webmaster saya terpaksa untuk mengikuti perkembangan semasa terutama fitnah pihak kerajaan dan putar belit Mahathir.

Nak tak nak mesti semak berita-berita utama, jalan paling mudah saya hanya mengikuti utusan-online di internet (tak payah pegang surat khabar menjijikkan ini..)

Satu berita yang pelik bin ajaib dalam usaha Utusan Meloya ini nak kembalikan keyakinan rakyat... Sila baca petikan forum di bawah

.....................................................................................

Usah salahkan pembangkang sahaja ganggu sidang Parlimen

Saudara Pengarang,

BARANGKALI persidangan parlimen ke-10, penggal kedua, mesyuarat ketiga ini yang paling mendapat perhatian media dan menjadi bualan umum yang begitu hangat. Termasuklah kisah gelagat ahli-ahli Parlimen kita sehingga ada yang menggelar Parlimen kita sebagai sarkas.

Kisah Ahli Parlimen Pokok Sena yang mengganggu pembentangan Belanjawan 2001 dan cabar mencabar antara ahli Parlimen amat menarik perhatian ramai.

Selepas kisah mereka tersiar di akhbar, maka ramailah yang memberikan komen dan alasan mereka.

Namun kebanyakan mereka yang memberikan ulasan, mengulas hanya berdasarkan laporan akhbar sehingga ada ulasan yang rasanya tidak tepat dengan suasana sebenar yang berlaku.

Saya beruntung kerana boleh dikatakan hampir setiap hari mengikuti perbahasan sidang di Parlimen. Mengikuti perbahasan secara langsung membolehkan saya menilai berita yang tersiar di akhbar dengan apa yang berlaku di Parlimen.

Semasa Ahli Parlimen Pokok Sena mengganggu perbahasan, ramai yang terkejut kerana inilah kali pertama seorang Ahli Parlimen menganggu pembentangan belanjawan.

Bagaimanapun, dalam persidangan sebelum ini pernah Ahli Parlimen Jelutong membantah Perdana Menteri membentangkan belanjawan dengan alasan bahawa beliau tidak mempunyai hak untuk memben-tangkannya.

Yang ditimbulkan oleh akhbar dan diulas oleh orang ramai ialah mengenai ketidaksopanan para pembangkang yang dikatakan turut mengeluarkan kata-kata kesat.

Saya tidak mahu memberi ulasan terhadap perkara ini. Cuma sebagai seorang pemerhati saya juga melihat gelagat ramai penyokong kerajaan yang tidak sepatutnya ada pada Ahli Parlimen. Mereka juga turut menjerit serta memarahi pembangkang.

Sesiapa yang berada di sana tentunya melihat sendiri gelagat ahli Parlimen Kinabatangan, Larut, Rompin dan banyak lagi.

Kes cabar-mencabar bertumbuk di antara Ahli Parlimen Tampin dan Pokok Sena juga meletakkan beban kesalahan di atas pembangkang itu. Namun jelas tercatat di dalam hansard Parlimen bahawa Ahli Parlimen Tampin yang memulakan cabaran dan seterusnya disahut oleh Pokok Sena.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi sebagai seorang yang turut mengikuti persidangan, saya juga patut menyampaikan kepada umum apa yang berlaku di Parlimen.

Perdana Menteri pernah memberikan teguran terhadap kehadiran di Parlimen. Nampaknya di pihak penyokong kerajaan, kedatangan ahlinya masih lagi menyedihkan terutamanya barisan menteri dan timbalan menteri.

- TAHIR BEN ASYUR,
Kuala Lumpur.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 5 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com