Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Nasihat Untuk Ahli UMNO: Presiden UMNO mesti orang Johor.

Kepada ahli-ahli UMNO!

Saya berpendapat tibalah masanya ahli UMNO melantik presiden mereka yang baru. Seperti yang dimaklumi presiden yang ada sekarang adalah berasal dari Negeri Kedah Darul Aman. Presiden yang ada sekarang ini sudah tidak layak dan berkemampuan untuk memimpin parti UMNO.

Alasan yang paling kuat ialah di negeri Kedah sendiri kedudukan UMNO adalah terlalu lemah. Kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO pula telah kehilangan majoriti dua pertiga. Maka lojiknya ialah bagaimana soerang yang berasal dari Kedah boleh memimpin dan mengukuhkan UMNO di peringkat nasional sedangkan UMNO di negeri kelahirannya sendiri lemah dan tidak bermaya. Saya kira presiden yang ada sekarang perlu diturunkan pangkat kepada pengerusi Perhubungan UMNO Kedah sahaja. Ini bagi membolehkannya menumpukan usaha untuk mengukuhkan UMNO Kedah yang sudah terlalu lemah.

Saya juga berpendapat calon yang paling layak untuk memimpin UMNO peringkat nasional mestilah pemimpin UMNO yang berasal dari negeri Johor. Ini kerana kedudukan UMNO di negeri Johor adalah mantap dan kukuh.Seperti yang dimaklumi UMNO Johor memenangi kesemua kawasan yang ditandingi dalam pilihanraya yang lalu. Ini menunjukkan rakyat Johor memberikan dokongan yang kuat kepada UMNO. Kerajaan Johor yang diterajui oleh UMNO Johor juga mempunyai kedudukan yang mantap kerana memiliki majoriti lebih dua pertiga. Tidak seperti negeri Kedah.Negeri kelahiran Presiden UMNO yang ada sekarang. Tidak sampai dua pertiga rakyat Kedah yang memberikan sokongan kepada UMNO Kedah.

Tibalah masanya bagi UMNO Johor sekarang untuk berusaha menjadikan pemimpin UMNO Johor sebagai Presiden UMNO peringkat nasional. Mereka perlu berjumpa dengan presien UMNO sekarang dan menasihatinya supaya berundur secara terhormat. Mereka juga perlu jelaskan bahawa dia perlu sedar bahawa UMNO Kedah sudah terlalu lemah dan tidak bermaya. Jadi eloklah dia balik ke Kedah dan berusaha mengukuhkan UMNO Kedah.

Apa macam cantik tak nasihat aku...keh..keh..keh....

Ahmad.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 3 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com