Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pak Abu dan Mat Khir

Saya berharap benar agar tulisan saya ini dapat dibaca oleh pak abu, bekas BM selangor.

Apa khabar pak abu? Sejak kerusi MB pak abu tinggalkan, tak banyak cerita pak abu yang dapat kita dengar. Itu belum mati lagi. Pak abu sudah mula dilupakan. Itulah lumrah alam pak abu. Lumrah alam amno. Alam yang pak abu taksubi sekarang.

Untuk kali ke dua nya, saya ingin menyeru agar pak abu kembali ke pangkal jalan. Jalan yang lurus. Jalan yang diredai oleh Allah. Sekurang-kurangnya sebelum pak abu meninggalkan dunia ini, pak abu cuba kembali kepada kebenaran.

Pak abu, tinggalkanlah alam kotor amno. Mengapa saya kata kotor akan saya jelaskan sebentar lagi. Tetapi pokoknya marilah bersama-sama rakyat selangor, kita menyertai BARISAN ALTERNATIF. Sama ada PAS atau Keadilan tidak menjadi isu. Seluruh warga selangor akan berbangga dengan penyertaan pak abu ini. Malahan warga BA sedia memaafkan pak abu. Memang kita digalakan untuk saling bermaafan di aidul fitri ini. Tetapi kemaafan itu tidak percuma pak abu. Kemaafan itu perlu disertakan dengan kesedaran, keinsafan dan hati yang ikhlas.

Persetankan dengan setan mamak gondol itu. Adakah pak abu takut digelar sebagai pengkhianat dengan menyertai BA. Mari kita halusi maksud khianat.

Khianat kepada rakyat. Pak abu bukan pengkhianat rakyat dengan menyertai BA. Pengkhianat rakyat ialah mat khir. Apabila mamak tongkang kata angguk, angguklah dia. Disuruh geleng, gelenglah dia. Disuruh sain dokumen, sainlah dia. Disuruh tadah bontot, ditadahkannya bontot dia. Mat khir rela bontotnya diliwat mamak tongkang. Mat khir rela negeri selangor diliwat mamak tongkang. Malahan seluruh rakyat selangor diliwat mamak tongkang. Putra jaya tergadai. Itulah harga bontot mat khir. Di mana maruah negeri selangor? Di mana perasaan pak abu melihat pengkhianatan demi pengkhianatan berlaku ke atas negeri selangor. Dapatkah pak abu menebus putra jaya? Itulah mat khir, si pengkhianat rakyat.

Khianat kepada negara. Lihatlah sekeliling. Siapa yang selama ini mengkhianati negara malaysia. Siapa yang meminda perlembagaan sesuka hati. Siapa yang menafikan keluhuran perlembagaan.

Khianat kepada parti. Amno sudah tidak relevan. Menguburkan amno yang sudah mati bukan bererti mengkhianatinya. Setiap yang mati mesti dikuburkan. Amno adalah parti yang sudah lari dari perjuangan asalnya. Amno menodai ahli-ahlinya sesuka hati. Tangisan presiden adalah tangisan buaya. Tangisan menutup nafsu serakah yang lapar. Meninggalkan amno yang sudah tidak boleh diperbetulkan adalah jihad.

Khianat kepada agama. Siapa yang mengkhianati agama islam di Malaysia. Pak abu salahseorang daripadanya. Sebab itu saya menyeru supaya pak abu bertaubat. Jangan diikut ego mahafiraun tua yang sudah nyanyuk. Jangan diingat rakyat boleh lupa tragedi ‘the ship’. Bertaubatlah pak abu, sebelum terlambat.

Kepada rakyat selangor dan seluruh rakyat malaysia, marilah sama-sama kita mendoakan agar pak abu kita insaf. Insaf dari segala kesalahannya menjadi kuli mahafiraun tua. Marilah kita beramain-ramai menyertai BA. Jadikan selangor antara negeri yang dapat ditawan oleh BA dalam pilihanraya 2004, insyaAllah. Amin!

Akmal_aura


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 15 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com