Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perlembagaan nagara dan majoriti 2/3

Assalamualaikum,
Ini jawapan saya kpd satu reaksi seorg netter ttg Deraf Perlembagaan islam yg saya sentuh sebelum ini. Elok dikongsi bersama oleh netter lain.

wassalam wa jazakumuLlahu khayran

***********************************

From: ******@petronas.com.my
Subject: re: DERAF PERLEMBAGAAN NEGARA ISLAM
Date: Mon, 11 Dec 2000 09:38:14 +0800

Ustaz,

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap terima kasih kepada Ustaz keatas tulisan-tulisan Ustaz di ruang cyber kerana ianya sungguh "enlightening" dan objectif.

Tetapi saya ada satu kemusykilan tentang jawapan Ustaz yang bertajuk "DERAF PERLEMBAGAAN NEGARA ISLAM". Ustaz berpendapat bahawa hanya beberapa isi kandungan perlembagaan yang perlu diubah tetapi saya merasa ada sesuatu "fundementally wrong" dalam sistem negara kita. Ia ternampak di dalam artikel Ustaz itu di perenggan 5:

"......undang2 tertinggi negara, iaitu undang2 perlembagaan..."

Walaupun kalau perlembagaan dapat dipinda sebagaimana Ustaz syorkan tetapi ia tidak dijamin berkekalan. 2/3 majority Parliament boleh tukarkan ia balik ke taghut. Jadi "undang-undang islam" itu masih mengemiskan kehendak Parliament.

Status Negara ini perlu dipinda dari Negara Demokrasi Berpelembagaan kepada Negara Islam dimana Al-Quran & AsSunnah adalah undang-undang tertinggi negara dan ia tidak boleh dipinda. Undang-undang perlembagaan, akta-akta dll tidak boleh bercanggah dengan Al-Quran & AsSunnah dan ini tidak boleh dipinda walaupun mendapat 100% majority Parliament.

Untuk umat Islam sudah memadai dengan ayat Quran yang mengatakan bahawa kita tiada pilihan lain jikalau Allah dan Rasulnya sudah menetapkan sesuatu.

Untuk yang bukan Islam, mereka perlu memahami bahawa sesuatu "permenency" diperlukan untuk menjamin keselamatan semua. Tiada didalam Al-Quran dan AsSunnah yang menzalimi mereka dan tiada dikalangan orang Islam boleh mengada-adakan sesuatu untuk menzalimi mereka.

Jikalau Negara ini berjalan diatas Demokrasi dan semua orang Melayu bersatu di dalam sebuah parti Melayu dan ia boleh mendapat 2/3 majority parliament dengan sendirinya. Orang Melayu boleh "legally" menzalimi kaum Cina, India dan lain-lain minority melalui Perlembagaan. Inilah ketidak-adilan Demokrasi.

Memang saya tiada apa-apa kelulusan dalam Agama atau Undang-undang dan sebab itu saya tak berani cc ke member-member yang lain sebelum mendapat pendapat Ustaz.

Terima kasih kerana membaca dan Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya.

Wallahu'alam

Wassalam

........................................................

Assalamualaikum warahmatuLah,

JazakaLlahu khayran dan terima kasih atas penilaian positif drp sdr terhadap beberapa tulisan saya. Semua itu adalah anugerah Allah s.w.t. yg wajib kita gunakan utk keredhaan-Nya. Terlebih dahulu saya mohon maaf (seperti biasa…) kerana keadaan saya tidak mengizinkan saya bersegera menjawab kemuskilan sdr.

Apa yg saya faham drp e-mel sdr ini, sdr kurang bersetuju dgn pandangan saya (ketika menjawab soalan Fadli Kamal dan disiarkan oleh laman MR hampir 2 minggu lepas -netter yg tidak berpeluang membacanya boleh merujuk di bawah jawapan saya ini ) bahawa tidak semua kandungan perlembagaan negara sekarang perlu diubah utk menjadikan Malaysia ini sebuah negara Islam dan saya memberi contoh hanya beberapa perkara (tidak lebih 5%) drp isi perlembagaan dan beberapa akta yg bercanggah atau boleh bercanggah dgn hukum Islam sahaja yg perlu diubah.

Sebenarnya saya juga bimbang apabila saya berkata hanya 5 % isi perlembagaan perlu diubah supaya sesuai dgn syariah Islam, saya khuatir orang yg suka berdalih akan berkata, "…alah, kalau 5% saja apa nak risau…sikit saja. Kat dunia ni mana ada negara Islam yg complete…?", sedangkan sebenarnya 5% yg perlu diubah itu hanya dalam perlembagaan saja, belum termasuk akta2 lain terutamanya Kanun Kesiksaan, Akta Keterangan dan lain2. Itu pun (andaian 5%) berdasarkan pemerhatian sepintas lalu saya terhadap isi kandungan perlembagaan, kajian terperinci dari satu perkara ke satu perkara belum dibuat lagi. Ada kemungkinan lebih drp 5% yg perlu diubah bila kajian dibuat dgn serius. Hakikatnya, w/pun bunyinya kecil, 5% itu akan memberikan kesan mudarat yg amat mendalam terhadap keadilan dan pembelaan golongan lemah jika ia tidak diubah segera.

Berbalik kpd persoalan sdr, iaitu berkenaan 'fundamentally wrong' yg sdr katakan dalam sistem negara kita. Memang ia adalah satu kesilapan dasar yg kita warisi drp penjajah yg tidak beriman dgn Allah s.w.t. dan syariat-Nya. Penjajah memutuskan ketika menggubal perlembagaan bahawa negara kita ini perlukan suara wakil rakyat yg menjadi ahli parlimen (MP) sebanyak paling kurang majoriti 2/3 drp jumlah keseluruhan MP, barulah sesuatu perubahan dlm undang2 negara boleh dibuat, tanpa mengira s/ada undang2 itu telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. dlm al-Quran atau pun tidak disebutkan di dlmnya . Itu realiti yg terpaksa kita akui dan bumi nyata yg terpaksa kita pijak, w/pun kita tak bersetuju dgnnya. Suka atau tidak, kita terpaksa hadapi selagi kita hidup di negara ini, w/pun kita tak redha.

Kita tak mahu bercakap perkara yg terlalu ideal (spt istilah 'negara Islam') sedangkan kita tak mampu lakukan dan tak tahu apa yg perlu dilakukan, w/pun kita tahu perkara yg ideal itulah yg benar dan dituntut oleh akidah kita. Oleh kerana itu, saya bercakap sebagai seorg yg mengakui realiti yg ada dan berpijak di bumi nyata. Kita nak ubah dasar negara kita yg pincang, tapi kita tak boleh ubah dgn melayang-layang di atas angin. Kita mesti pijak medan/bumi nyata dulu, baru kita boleh buat perubahan, kerana kita nak ubah keadaan di bumi nyata itu, bukan di atas angin. Kita tak boleh ubah dgn hanya mengatakan itu salah, tapi kita mesti tunjuk jalan bagaimana perkara yg salah itu boleh dibetulkan. Kita juga mesti beritahu orang2 yg sedar bahawa dasar negara kita mesti diubah, setakat manakah dan banyak manakah perkara yg perlu diubah. Soalnya sekarang, apakah para pengundi yg menjadi agen perubahan itu telah memahami apa perubahan yg perlu dilakukan? Begitu juga, adakah para penceramah telah menerangkan kpd rakyat satu persatu isi dasar negara yg perlu diubah dan bagaimana ia boleh diubah? Kita mahu rakyat faham peranan undi mereka, bukan sekadar undi semangat, undi kesian/simpati, undi kaum atau undi 'peluang' (niat nak dpt habuan). Kita mahu mereka faham bahawa dgn undi mereka, bilangan MP yg faham akan bertambah di parlimen dan undi merekalah yg menentukan kita dpt majoriti 2/3 atau tidak. Dan mereka faham, kuasa 2/3 itulah yg menentukan perubahan boleh dibuat atau tidak buat masa ini (tanpa menafikan kuasa 'miracle' milik Allah s.w.t)

Inilah proses 'trouble shooting' yg saya cuba lakukan. Saya nampak beberapa perkara yg lebih utama utk diubah dahulu dlm perundangan kita dgn kuasa majoriti 2/3. Tapi bukan bermakna perubahan lain tidak perlu lagi. (kita juga bersyukur jika pihak yg memiliki majoriti 2/3 sekarang ini -UMNO/BN- mula faham dan melakukan perubahan terlebih dahulu sebelum kita berpeluang mengubahnya, tapi setelah lebih 40 tahun, nampaknya mereka tiada inisiatif utk mengubah apa yg Islam suruh ubah)

Saya bersetuju dgn sdr bahawa dasar memberi kuasa mutlak (independent/absolute power) kpd parti yg memiliki kuasa majoriti 2/3 utk membuat undang2 adalah satu dasar 'taghut' yg dipatuhi selain Allah s.w.t., sedangkan Allah s.w.t. berfirman maksudnya, " Tiadalah kuasa membuat undang2 melainkan hak Allah sahaja.." (al-An`am: 57, Yusuf: 40 dan 67)

Tetapi perlu saya nyatakan bahawa dasar itu menjadi 'taghut' semata-mata kerana ia bersifat 'mutlak', iaitu terus berkuasa meluluskan w/pun sekiranya undang2 yg diluluskannya bercanggah dgn undang2 Allah s.w.t. yg mencipta manusia dan kumpulan MP majoriti 2/3 itu sendiri. Jika sekiranya ia dikenakan sedikit kawalan (regulation/restriction), ia tidak akan menjadi 'taghut' lagi. Kawalan yg dimaksudkan ialah umpamanya menambah dalam perlembagaan negara 'satu perkara' yg mengecualikan kuasa majoriti 2/3 itu drp membuat undang2 yg bercanggah dgn undang2 yg telah sedia ada secara nas (al-Quran atau hadis sahih).

Siapa yg boleh menambah 'satu perkara' itu, kalau tidak dibina dahulu kuasa majoriti 2/3 yg lain yg memahami kewajipan meletakkannya sebg satu sempadan yg menghalang pencabulan hak Allah s.w.t. dlm perundangan? Jadi, mahu tidak mahu, majoriti 2/3 yg baru dan faham perlu diwujudkan dahulu sebagai agen perubahan dlm parlimen. Setakat ini peluang untuk mewujudkan kuasa baru ini secara besar-besaran hanya 5 tahun sekali untuk kita (sekiranya kuasa majoriti 2/3 sekarang langsung tidak melayani desakan kita sebg suara kelas kedua atau diistilahkan sebagai 'pembangkang').

Kita perlu faham bahawa bukan penggunaan kuasa majoriti 2/3 itu haram dlm semua keadaan. Ada lebih banyak keadaan yg mengharuskan penggunaan kuasa itu, iaitu segala keadaan yg tidak bercanggah dgn hukum Allah s.w.t. Jadi dlm parlimen itu perlu ada ulama yg suaranya dipatuhi. Apabila kuasa majoriti 2/3 cuba mendekati hak-hak Allah s.w.t., ulama ini boleh menegur dan tegurannya (sebagai orang yg mengetahui mana hak Allah s.w.t. yg tidak boleh diganggu dan mana hak yg manusia boleh putuskan sendiri) hendaklah dipatuhi.

Contohnya, majoriti 2/3 MP telah bersetuju utk meluluskan penglibatan kerajaan dlm industri arak (spt dlm bentuk saham), maka ulama tersebut berperanan menegur (sebaik-baiknya dgn kuasa utk membatalkan keputusan majoriti 2/3 itu) dgn alasan keputusan itu bercanggah dgn hukum Alah s.w.t. yg mengharamkan arak dan segala urusan yg berkaitan dgnnya, dan juga dgn alasan ada 'satu perkara' dlm perlembagaan yg menghalang kuasa majoriti 2/3 drp meluluskan peraturan yg bercanggah dgn syariat.

Sebaliknya, jika undang2 yg hendak diluluskan oleh majoriti 2/3 itu tidak bercanggah dgn hukum Allah s.w.t. spt soal penetapan harga barang kawalan, undang2 lalu lintas, soal hubungan diplomatik, pembelian senjata, peruntukan belanjawan dan bermacam perkara yg berkait dgn kemaslahatan rakyat dan negara, selagi tidak mencabul ketetapan hukum Allah s.w.t., MAKA kuasa majoriti 2/3 itu boleh digunakan dan wajib dipatuhi sebagai satu resolusi syura yg dinyatakan dlm al-Quran, "…dan urusan mereka berdasarkan keputusan syura di kalangan mereka…" (Surah al-Syura: 38)

Dari sini jelaslah bahawa dasar memberi kuasa majoriti 2/3 dlm membuat keputusan di parlimen atau dewan tidak bercanggah dgn Islam sekiranya kuasa itu dikenakan satu kawalan melalui 'satu perkara' yg kita maksudkan tadi atau kuasa teguran ulama yg sebenar.

Saya juga bersetuju dgn sdr bahawa kedudukan org bukan Melayu akan terancam jika ditakdirkan satu masa nanti orang Melayu mampu membentuk majoriti 2/3 mereka sahaja tanpa bantuan kaum lain, maka ada kemungkinan ketika itu org Melayu akan menggunakan kuasa majoriti 2/3nya utk menindas kaum lain. Begitu juga sebaliknya, jika kaum lain ditakdirkan satu masa nanti berkuasa majoriti 2/3 di parlimen, maka org Melayu pula menjadi mangsa ketika itu. Bermakna, tiada kaum yg selamat dgn dasar kuasa mutlak majoriti 2/3 ini. Jadi kuasa mutlak itu perlu dikawal oleh kawalan agama Islam yg menjamin rahmat utk semua org tanpa mengira kepercayaan, warna kulit, bangsa atau budaya. Sekiranya dasar kuasa majoriti 2/3 itu dikawal oleh 'satu perkara' dlm perlembagaan yg membataskannya drp meluluskan perkara yg bercanggah dgn syariat Islam, maka semua kaum akan selamat kerana bila majoriti 2/3 cuba meluluskan dasar yg menindas atau menzalimi kaum lain, maka ia terbatal kerana bercanggah dgn syariat Islam yg tidak membenarkan penindasan atau kezaliman atas apa alasan sekalipun, spt ayat yg bermaksud, "Janganlah kerana kebencian kamu terhadap satu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil, berlaku adillah, kerana ia lebih dekat kepada takwa.." (al-Ma-idah: 8). Ataupun, bila majoriti 2/3 itu cuba meluluskan satu dasar yg menzalimi kaum lain, maka ulama pun menegur dan menghalangnya kerana bercaggah dgn syariat Islam. Jadi utk menjamin keselamatan semua pihak, kuasa mutlak majoriti 2/3/ itu perlu dibendung dgn kawalan 'satu perkara' itu atau kuasa ulama yg boleh membatal resolusi yg bercanggah dgn hukum.

Sekian jawapan saya, dgn harapan 'proses' ini difahami oleh semua netter yg membacanya dan menyebarkan kpd org lain yg tak berpeluang membacanya. Sesiapa yg tidak sempat membaca jawapan saya ttg deraf perlembagaan Islam sebelum ini, boleh merujuknya di bawah. Rencana saya yg bertajuk 'Adakah Astora anti-hadis satu fitnah?" akan menyusul tak lama lagi…

Wassalam `ala man ittiba`a al-huda.

###############################

"fadli kamal jamali jamali"

selamat sejahtera,sesungguhnya saudara memang fasih dan bijak berbicara, hujah yang saudara berikan ada benarnya.namun yang penting setakat ini pandangan saya menyatakan keadilan dan pas sama juga seperti umno,tidak menyediakan draf perlembagaan negara Islam,jika benar pas dan keadilan mahukan negara Islam,buat draf dulu,hebahkan kepada Dap,jika tentu dap setuju ,jika tidak, usah bercakap mengenai negara Islam.Harap jelas isu ini.semoga perjuangan saudara dirahmati Yang Maha Esa Usah tunggu sampai hari kiamat baru hendak tunjukkan draf perlembagaan negara Islam Malaysia.

Assalamualaikum sdr,

Terima kasih atas kesudian sdr memberi komen. Fasih tak fasih, bijak tak bijak tu cuma penilaian pembaca masing2, mungkin sdr kata begitu, org lain kata tidak. Yg penting tulisan saya difahami oleh kawan dan lawan, dgn harapan, setelah membacanya, semuanya akan jadi setiakawan.

Nampaknya sdr meletakkan 'draf perlembagaan negara Islam' sebg syarat utama sesebuah parti itu boleh dikira parti Islam atau tidak. Atas asas itu, sdr menjustifikasikan Pas dan Keadilan sama saja spt Umno. Kalau begitu, di mana pendirian sdr? Sdr akan buat parti baru yg langkah pertamanya menyediakan draf perlembagaan Islam? Ataupun sdr bersama DAP? Tak apa juga jika atas dasar menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Kalau itu yg sdr pilih, saya tak boleh kata apa.

Tapi saya tidak lihat begitu dan tidak bersetuju dgn pandangan sdr. Sebenarnya sdr, nak jadikan Malaysia ini sebuah 'negara Islam' (atau tak pakai nama itu pun tak apa buat masa sekarang, jika nama itu menggerunkan sangat org bukan Islam yg tak faham dan disalah fahamkan), tak perlu dibuat perlembagaan baru. Perlembagaan Malaysia yg sedia ada itu pun boleh dikekalkan dgn pindaan2 tertentu. Bukan semua perkara dlm perlembagaan itu bercanggah dgn syariah Islam. Majoritinya tidak bercanggah, dan boleh dikekalkan. Cuma sebahagian sahaja yg perlu diubah atau dipinda kerana bercanggah dgn syariah, spt perkara 42 (berkenaan kuasa memberi pengampunan), perkara 75 (percanggahan undang2 negeri dgn undang2 persekutuan, - boleh menghalang pelaksanaan enakmen undang2 syariah yg digubal oleh kerajaan negeri), perkara 123 (berkenaan syarat kelayakan hakim terutama dlm kes yg melibatkan hukum Islam yg dinaskan dlm al-Quran dan sunnah), perkara 145 fasal 3 (kuasa peguam negara yg terlalu luas), perkara 183 (kekebalan drp prosiding undang2 melainkan dgn izin peguam negara).

Perkara2 yg saya sebutkan di atas adalah sebahagian drp isi kandungan perlembagaan negara yg bercanggah atau boleh bercanggah dgn syariah Islam, setakat pemerhatian saya secara sepintas lalu drp buku Perlembagaan Persekutuan (setakat 15 Mei, 2000) terbitan International Law Book Services, tahun 2000. Maksudnya, hanya lebih kurang 5 perkara sahaja yg perlu dipinda drp sejumlah 183 perkara yg terkandung dlm perlembagaan negara (bilangan adalah termasuk perkara yg telah dipinda atau dimansuhkan), kerana bercanggah atau boleh bercanggah dgn syariah. Tidak sampai 5% yg perlu diubah atau dipinda. Jadi tidak perlu diadakan draf perlembagaan baru. Pinda sahaja sedikit yg perlu dipinda itu.

Hal di atas adalah berkenaan percanggahan yg terdapat dlm undang2 tertinggi negara, iaitu undang2 perlembagaan. Namun ini tidak menafikan akan kewujudan percanggahan dlm undang2 atau akta2 lain drp undang2 perlembagaan, yg juga perlu dipinda, terutamanya dlm seksyen2 dlm Kanun Kesiksaan yg melibatkan jenayah2 yg dikategorikan sebg hudud dlm syariah Islam. Begitu juga dgn Akta Keterangan, terutamanya yg melibatkan syarat2 saksi dlm jenayah2 yg telah dinaskan hukumnya dlm Islam.

Sebenarnya persoalan sdr tidak memadai dijawab dlm jawapan saya yg ringkas ini. Kemungkinan sebuah buku diperlukan utk menerangkan secara terperinci mana yg wajib dipinda dan mana yg boleh dikekalkan. Masalah sekarang ialah org yg berkuasa terhadap perundangan negara ini spt majoriti ahli parlimen, peguam negara, hakim2, dan menteri2 eksekutif adalah org yg tidak memahami syariah Islam dan berfahaman sekular. Ahli parlimen adalah pihak yg pertama sekali bertanggungjawab terhadap perundangan negara kerana di tangan mereka tergubal atau termansuhnya sesuatu undang2. Soalnya siapakah yg memilih org2 yg tak faham Islam menjadi ahli parlimen kalau tidak rakyat yg mengundi??? Maka rakyat yg memilih juga terlibat sama antara dosa dan pahala.

Kesimpulannya, kita tidak perlukan sebuah perlembagaan baru untuk menggantikan perlembagaan yg sedia ada. Pertama sekali, kita cuma perlukan ahli2 parlimen dan wakil rakyat yg faham dan patuh undang2 Allah, yg mengambil kira dosa dan pahala, yg menyedari hakikat pangkat mereka hanyalah sebuah amanah drp Allah yg akan dipersoalkan di akhirat. Setelah ada majoriti 2/3 ahli parlimen boleh menyokong pindaan mana2 undang2 yg bercanggah dgn syariah, insyaAllah negara ini akan menjadi sebuah negara Islam yg diredhai Allah. Ketika itu org bukan Islam baru nampak apa sebenarnya negara Islam, tidak spt gambaran yg menakutkan yg ditayangkan kpd mereka sekarang ini oleh sebhgn org Islam sendiri.

Sekian, wassalam `ala man ittaba`a al-huda.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 21 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com