Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


RESPON MISSRIBUT TERHADAP TULISAN DAN KRITIKAN SAYA

RESPON 1

Saudara AnakGanu,

Miss Ribut berharap saudara akan dapat berfikir tanpa emosi dan dengan ketenangan.

Di dunia ini ada 6,000,000,0000 (6 bilion) orang manusia. Tiada seorang pun patut menjadi hero kepada kita. Bukan saintis fizik, bukan bekas banduan, bukan juga ahli politik.

Bekas banduan Malaysia yang saudara sokong itu cuma seorang daripada 6 bilion umat manusia di dunia ini. Dia umpama setitis air di lautan. Pada Miss Ribut, setitis air bukanlah benda besar. Setitis air menjadi hebat kalau kita lihat dia di dalam tempurung, tetapi air itu jika dititiskan ke sungai 6 bilion manusia, dia akan dihanyutkan.

Saudara patut menjadi hero kepada diri saudara sendiri dengan memastikan saudara cemerlang dalam bidang-bidang yang saudara ceburi. Dan menjadi seorang yang berfikiran matang.

Seorang yang menjadi hero pada dirinya sendiri tidak seharusnya marah-marah. Dia mesti tahu mengawal perasaannya, lebih-lebih lagi kepada satu ulasan kecil Miss Ribut yang sepatutnya tidak harus diberi perhatian.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri.

MISS RIBUT

RESPON 2

Itu kolum Miss Ribut. Ikut Miss Ributlah nak tulis apa-apa yang Miss Ribut suka. Janganlah marah-marah tak tentu pasal. Malaysia ini kan negara bebas. He he he.

MISS RIBUT


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 14 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com