Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sandiwara terakhir diktator tua

oleh: irzaimi

Setelah merasakan yang pengaruhnya semakin terhakis, yang terus didengarnya hanyalah suara suara yang menyalahkan dia atas apa yang telah berlaku, sama ada yang terbaru diLunas atau ketika pilihanraya umum lalu, setelah merasakan dia hilang sokongan dari semua kaum disemua peringkat maka demi ‘terushidup’ dia mengunakan pendekatan agak lembut bila mengajak Pas dan Keadilan berbincang terutamanya mengenai hak-hak melayu. Satu sandiwara baru seorang diktator yang semakin merasakan cengkamannya sedah tidak berkuku. Ukankan selama ini dia yang mengutuk melayu kononnya terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan, bukankah selama ini dia yang bercakap kononnya melayu perlu hidup berdikari seperti kaum kaum lain. Kita pasti tidak lupa bila dia katakana kononnya melayu tidak kenang budi ketia menghadiri majlis ulang tahun MCA sebelum pilihanraya umum, kononnya kaum cina lagi baik ditolong. Kononnya kaum cina kenang budi.

Gelisah seorang diktator

Bila dia dilihat bercakap kononnya yang dia tidak boleh terima hanyalah soal hak-hak keistimewaan melayu dipersoalkan oleh Suqui, soal lain seperti hak asasi manusia kerajaan sedia pertimbangkan maka kita dapat bayangkan bahawa dia sedang berlembut, dia sedang bersandiwara, dia cuba meraih sokongan dari kaum melayu dan cina kembali, semua kita yang celik huruf dan baya apa yang dinamakan rayuan pilihanraya Suqui tahu, yang Suqui minta adalah hentikan menolong melayu yang sudah kaya raya seperti Halim Saad, Tajudin Ramli yang sikit sikit kerajaan tolong, Dalam masa yang sama, Kaum melayu yang masih ketinggalan harus ditolong, Suqui menyokong membantu kaum yang lemah bukan hanya melayu sahaja. Lihatlah perutusan Suqui sempena Krismas dan Hari raya, Suqui sekali lagi menegaskan yang mereka menyokong apa yang telah ditetapkan oleh pelembagaan berhubung dengan hak istimewa melayu. Gelisah diktator tua itu benar benar terasa apabila memanggil MT UMNO tanpa egenda sekadar membincangkan bagaimana UMNO mahu meraih kembali sokongan kaum melayu dan kaum cina juga.. Selepas itu diktator tua itu bercakap tentang perlunya berunding dengan Pas dan Keadilan, dan bercakap yang dia tidak menolak semua rayuan Suqui selain hak keistimewaan kaum melayu, yang lain itu boleh dibincangkan. Sandiwara terahir si diktator barangkali.

Irama sumbang cuba dilagukan

Dengan harapan kita yang selama ini agresif menentangnya boleh berlembut kembali, dan semoga semangat rakyat yang meruap mahu melihat Mahathir digulingkan atau sekurang-kurangnya meletak jawatan dapat dikendurkan. Namun dia silap hitungan, irama sumbang yang cuba dilagukan tidak mendapat sambutan, Pas dan Keadilan arif bahawa ini hanyalah sandiwara, untuk si diktator terus hidup sekurang kurangnya sehingga UMNO dapat pulihkan imejnya yang terjejas teruk gara-gara kelakuan sumbang si diktator memecat timbalannya dengan hujah hujah kerekaan. Namun kita lebih bijak menilai lakonan dan sandiwaranya, kita terus menerus menekan dan memberi penjelasan dengan harapan sandiwara terahir si diktator ini tidak menjadi dan berkuburlah sidiktator bersama nostagia indah yang dilembah puaka.

Reformasi kearah malaysia yang lebih adil

ayat@freeanwar.com
www.webreformis.com


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com