|
Oleh : irzaimi
Tup, tup keluar dalam NTV 7 temuramah Mahathir dengan BERNAMA, soal soal beliau
yang nak bersara, katanya dia sedar yang dia satu hari nanti kena berundur juga,
tapi beliau akan terus berkhimat selagi diperlukan. Aduhai Mahathir ada hati
lagi nak berkhimat, sudah la mahathir rakyat muak dah dengan kamu, sebutir
mutiara konon, kononnya 20 tahun Mahathir telah membawa pembangunan yang maha
hebat pada Malaysia ini, hebat apanya kalau yang bolot semuanya anak anak dan
kroni beliau. Satu hari nanti nak bersara, tak tahu lagi bila, satu hari nanti 4
tahun pun suatu hari nanti, 12 tahun lagipun suatu hari nanti. Soalnya kita nak
dia bersara (letak jawatan) sekarang, sebelum rakyat beramai-ramai gulingkannya.
Apapun yang terjadi, sebelum NOV tahun depan, PM mestilah orang lain, bukan lagi
tua kutuk tak sedar diri tu.
Mimpi indah mahathir, mimpi ngeri rakyat
Dia mahu suatu hari nanti orang kata dialah hebat, kerana dialah Malaysia ini
maju, sebab itu dia jadi gila buat projek mega bukan untuk kepentingan rakyat
sebenarnya, selain dari projek tu dapat kat anak dan kroni dia, dia nak megah,
nak orang kata hebatnya Mahathir tengok KLCC, tengok MSC, tengok semua tu. Lalu
dibinanya semua dan rakyatlah yang terkorban, duit rakyat berbillion digunakan,
hutang Malaysia beratus billion kat luar, yang tanggung bukan dia, bukan anak
dia, bukan Tajudin Ramli yang kerajaan tolong beli balik MAS dengan duit rakyat
tu, bukan.! Kerana mimpi Mahathir yang susahnya rakyat, rakyatlah yang menderita
menanggung beban hutang, kerajaan yang nak bayar hutang tu, ambil duit rakyat
dengan cara kenakan cukai, kenakan denda (saman) kononya nak displinkan rakyat,
macam-macam cara digunakan nak ambil duit rakyat. Mimpi Mahathir nyatalah
menyusahkan rakyat, kerana mabuk dengan semua itu, dengan pangkat dan kemewahan,
dengan gelaran membawa kemegahan, Mahathir lupa yang dia bermimpi setelah
ditidurkan rakyat, rakyat yang angkat dia, rakyat yang menangkan dia.
Mimpi indah rakyat, mimpi ngeri Mahathir
Yang kita mimpikan adalah Malaysia ini maju dan kemajuannya dinikmati oleh
sekelian rakyat jelata, kita nak buat MSC tapi biarlah yang menjadi erkiteknya
rakyat Malaysia, yang jadi kontraktornya rakyat Malaysia, biar pelabur besarnya
rakyat Malaysia, kita nak pembangunan tapi biar bertempat dan ikut kemampuan
kita, tak payah ambil kotak untuk dilapik bagi nampak tinggi seperti orang lain,
kita impikan Malaysia ini telus kerajaannya, PM sehingga semua ahli kabinetnya
berkerja untuk rakyat, fikir setiap hari apa yang kita nak buat bagi menjaga
kebajikan rakyat. Kerajaannya dasarnya untuk kepentingan rakyat terbanyak, bukan
dua tiga kerat rakyat, semua itu mimpi indah rakyat yang menjadi mimpi ngeri
Mahathir, mahathir tidak terdaya bermimpi seperti mimpi rakyat kerana dia dah
terlajak jauh, nak patah balik dah terlalu jauh, yang tinggal hanya dia letak
jawatan tanda dia insaf atau kita gulingkan dia yang tidak sear diri itu,
kemudian kita baru mula merangka mimpi indah kita.
NOV tahun depan tarikh akhir
Untuk dia letak jawatan, kerana setelah itu andai dia masih berdegil maka
natijahnya buruk sekali, untuk Mahathir, anak anaknya, Daim, dan beberapa lagi
yang bersekongkol dengan Mahathir. Sama ada dia suka atau tidak dia tiada
pilihan, dunia luar dah pulaukan dia, rakyat Malaysia terbanyak dah bencikan
dia, bahkan dah banyak kita dengar keluhan orang UMNO yang mula bencikan
Mahathir. Mahathir berdepan dengan kemungkinan digulingkan dengan kekerasan dan
kuasa rakyat andai dia degil. Kita saksikan sahaja dan berdoa, semoga dia faham,
dan kita tak perlu guna kekerasan desak dia berundur.
Reformasi kearah Malaysia yang lebih adil
ayat@freeanwar.com
www.webreformis.com
|