Oleh : irzaimi
Apakah Tindakan kita
1. Sebarkan rencana ini. Membantu mengedar risalah dan tape reformasi agar semua
rakyat mendapat maklumat secukupnya.
2. Menulis surat dan memorandum kepada wakil rakyat dan Ahli Parlimen tempatan
untuk menyokong Reformasi.
3. Meminta pertubuhan tempatan membantah tindakan Mahathir dan menulis surat
menentang penangkapan pimpinan di Lunas dan menyokong Reformasi.
4. Berhimpun apabila diminta oleh GERAKAN REFORMASI atau pimpinan BA
5. Menziarahi keluarga mereka yang ditahan. Memberi nama dan alamat keluarga
mereka yang ditahan atau cedera kepada pertubuhan yang menyokong GEREKAN
REFORMASI atau BA
6. Bagi ahli UMNO, nyatakan pendirian kepada Ketua Cawangan dan Bahagian.
7. Bagi Pemuda UMNO, buktikan pemuda mahu mahathir berambus seprti kata aziz
adik kadir(naik ketua pemuda)
8. Membuat Solat hajat dan bacaan Yasin. Lakukan sekurang-kurangnya selepas
Solat Jumaat dan Yassin pada malam Jummat. Berbincanglah kepada Imam di Masjid
saudara. Bacaan khutbah Jumaat yang sesuai dengan perjuang juga dapat membantu.
9. Ambil maklumat dari pelbagai sumber termasuk sumber luar negara.
10. Berkeyakinan dalam perjuangan kerana Mahathir bersama kroninya menggunakan
media dan agensi kerajaan yang kita membayar gaji mereka melalui cukai
pendapatan untuk melemahkan serta menghancurkan agenda menegakkan KEBENARAN dan
KEADILAN melalui reformasi. Beristikhfar dan sentiasa merujuk kepada Al Quran
dan Sunnah serta perjuangan Rasulullah dan para sahabat jika timbul keraguan.
11. Bantulah penangkapan dengan menderma mengikut kemampuan.Terdapat NGO (contoh
SUARAM)yang bersama dengan GERAKAN REFORMASI ditempat saudara yang boleh
menguruskan kutipan derma ini. Dengan hanya satu ringgit ia memberi erti yang
besar untuk menguruskan keluarga, anak-anak mangsa serta lain-lain tahanan yang
dikenal pasti semasa perhimpunan..
12. Doa khas untuk mereka yang dianiaya dan agar kemenangan di pihak Islam
selepas Solat Isya’ setiap malam.
13. Takbir Allahuakbar dan berselawat selepas selesai Solat Isya' setiap malam
sebagai mengingati perjuangan belumaysia dengan tentera untuk mengalih perhatian
rakyat agar bersatu menentang musuh yang satu serta melupakan Konspirasi
Politiknya menjatuhkan Sdr. Anwar Ibrahim dan Islam di Malaysia.
Bersedialah kearah mengulingkan Mahathir dari tampuk pemerintahannya, dengan
azam dan usaha yang gigih, doa dan harapan..kita mampu jatuhkan mahathir,
bersama dengan kami di www.webreformis.com yang akan melaporkan terus kepada
anda setiap pekembangan dipusingan akhir ini. Kami mendapat maklumat terus dari
GERAKAN REFORMASI dan pimpinan BA yang lainnya.
Reformasi kerah Malaysia yang adil
ayat@freeanwar.com
www.webreformis.com