Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Antara puteri reformasi dan puteri umno

Sila lawat :
www.webreformis.com

oleh: irzaimi

Kali pertama saya melihat dengan dekat puteri reformasi adalah ketika sambutan hari raya dikampung ayahnya di Pematang Pauh Pulau Pinang,Nurul izzah telah diminta berucap dan saya lihat dengan jelas bagaimana beliau agak gugup tetapi semangatnya untuk bersama rakyat kuat sekali. Mata saya tidak lepas dari memerhati gerak gerinya, Saya lihat betapa sopannya dia melayan tetamu terutamanya dari kaum ibu, saya tersentuh melihat dia menyuapkan kuih raya ke mulut adiknya Nurul Hana. Saya kagum melihat dari usainya yang muda tetapi mampu meyembunyikan resah hati dan duka disebalik senyum manisnya. Aduh... dialah lambang gadis Malaysia abad 21 yang yang kita akan bentuk setelah mahatihir digulingkan. Dialah simbol perjuangan yang kita impikan. Ketenagan dan kematangan ucapannya dikagumi kawan dan lawan.

Disana..puteri umno

Dan kebetulan saya juga kenali si Azalina othman itu, selain dari dia adalah bekas pengacara NTV 7, saya juga beberapa kali bertembung dengannya, sama ada dikarnival membeli belah diBukit Jalil atau di Iseten, Suria KLCC juga sekali diPWTC, saya juga melihat dari jauh gerak gerinya, memerhati kelakuan dan sikapnya, aduh terasa betapa kasarnya dia, seharusnya dia bukan puteri umno tetapi ketua pemuda umno! apa yang saya saksikan dan kita semua tonton sewaktu menjadi mengacara dateline sudah cukup jelas, si Azalina yang juga ahli MT lantikan, juga seorang peguam adalah orang yang bertanggungjawab menyediakan kertas kerja penubuhan puteri umno yang bertujuan menarik sokongan orang muda terhadap umno. Umno yang terdesak terpaksa mengunakan formula syarikat kosmetik untuk menarik perhatian orang ramai terhadapnya. Namun agak malang bagi umno bila puterinya bukan selembut Tun teja atau seayu Siti Wan Kembang, tetapi puterinya lebih mirip Laksamana Hang Tuah dari segala segi.

Ketua sebagai simbol

Apabila kita nobatkan Nurul Izzah sebagai puteri kita, maka disana dilihat jelas simbol perjuangan kita, seperti Izzah yang lembut tetapi tegas, yang ayu tetapi tangkas, yang pemalu tetapi bertempat. Lalu Izzah menjadi ikon atau lambang yang kekal menjadi idola kebanyakkan golongan muda melayu. Izzah dilihat baik dari semua segi kerana ikonnya yang sopan tetapi tegas itu. Walaupun cuba difitnah kononnya ada hubungan dengan ezam, orang tidak percaya, bukan kita sahaja umno sendiri tak percaya. Lalu isunya mati. Izzah kekal menjadi ikon yang bersih. Letakkan sahaja Izzah dan Azalina diatas pentas kita akan saksikan yang mana yang kita lihat sopan dan mewarisi kesopanan wanita melayuislam zaman berzaman, dan yang mana laksana tomboy atau samseng yang mewarisi kejelekan penjajah dan berjuang untuk kebebasan wanita ala eropah. kita lihat dengan jelas andai keduanya ada dipentas. Sebab itu secara berselorah saya cakapkan pada Ezam 2 minggu yang lalu diLunas, agar suruh Hissammudin dan Azalina bertukar tempat, baru nampak bertokoh hissammudian yang lembut ditempat yang sesuai untuk kaum yang lembut dan Azalina yang kasar untuk tempat kaum yang lasak.

Antara Ezam dan Hissam

Hissamudin atau hissam juga ketua pemuda umno, bila diumumkan yang hissam menang ketua pemuda, saya dari awal lagi membayangkan umno akan punah, umno tak akan ada daya bertempur, jika sebelumnya Zahid menang ketua dan hissam menang naik ketua mengalahkan Fatah Iskandar saya masih boleh baik sangka bahawa pemuda umno akan lantang semula, ditambah pula bila zahid melantik Saifudin menjadi penolong setiusaha, saya nampak pemuda akan kembali menyinga. Bila Hissam menang, dilantiknya zulkifli alwi jadi penolong setiusaha maka saya dari awal membayangkan pemuda umno akan menjadi pemuda pondan. Mujurlah Si aziz ada juga nampak jantannya, bayangkan jika proksi awal hissam untuk ketua pemuda si zain Isma alahaiii... habis pemuda umno! ketua dan orang besarnya adalah golongan yang lembut.

Ezam kembali dari Indonesia, dan menjadi ketua pemuda pertama Keadilan, timbalannya adalah Hamdan Taha sebelum digantikan dengan Mustapa Kamil. Hamdan menjadi setiusaha dan lokman ponolongh setiusaha, semuanya berkarisma dan terbukti punya semangat juang yang tinggi, semuanya dilihat sebagai pemuda yang tahan lasak tetapi bukan ganas seperti pemuda tahan lasak umno. Ezam, Mustapa, Hamdan, lokman Nur Adam adalah ikon bagi pemuda Malaysia selepas reformasi dijalankan. Kita lihat jelas semangat dan pergorbanan mereka terhadap apa yang benar yang mereka perjuangkan. Saya secara peribadi bangun berdiri memberikan tabbik hormat kepada mereka kesemuanya. Jelas berbeza antara pemuda keadilan dan pemuda umno, seperti juga berbeza puteri reformasi dan puteri umno.

Reformasi kearah Malaysia yang lebih adil

ayat@freeanwar
www.webreformis.com


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 19 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com