Assalamualaikum,
Maka penuhlah komen-komen dari menteri-menteri yang
partinya baru kalah dalam pilihanraya di Lunas
baru-baru ini. Katanya pembangkang gunakan cara yang
pelampau dan ekstrim.. Siapa kata kerana rakyat
sendiri tak pernah didedahkan begitu. Pembangkang
tidak diberikan ruang dalam media utama negara.
SPR pula menekankan tatacara 'kununnya' cara berkempen
perlulah tidak menyentuh isu perkauman dan agama. Tapi
SPR seolah-olah nak menyalahkan siapa? SPR juga
menyebutkan soal pengundi hantu yang kununnya mereka
tidak boleh mengundi SEKIRANYA nama mereka tidak ada
dalam daftar pemilih... sedap jawapan tersebut.
Baiklah, Ana nak tanya dan mungkin rakyat marhain lain
pun nak tanya kepada SPR dan menteri-menteri yang
berkenaan:
1. Mengapa SPR tidak menjelaskan mengapa ada laporan
yang mengatakan ada pemilih yang nama mereka telah
bertukar ke tempat lain sedangkan mereka tidak membuat
pemohonan pertukaran tempat mengundi. Ini memang sudah
dilaporkan semasa pilihanraya di Sanggang lagi.
Dilaporkan ada pengundi yang 'hilang' nama mereka dari
daftar pemilih di Lunas DAN mereka ini adalah disyakki
penyokong BA.
2. Memang pengundi tidak boleh mengundi jika nama
mereka tidak ada dalam daftar pemilih. Tetapi
bagaimana mungkin sekiranya nama mereka tiada dalam
daftar pemilih semasa undi dijalankan dan setelah
didesak maka keluarlah senarai daftar pemilih yang
lain dari 'bawah meja' pendaftar undi. Ini dilaporkan
semasa pilihanraya sebelum ini. Tidak ada penjelasan
dari SPR tentang perkara ini. Sepatutnya SPR tidak
boleh menolak perkara ini begitu sahaja malahan SPR
perlulah membuat siasatan yang terperinci. Kewibawaan
SPR semakin diragui sekiranya perkara di atas tidak
SPR selesaikan terlebih dahulu. Tengok....dengan
'terhalaunya' berbelas bas yang dipercayai pengundi
hantu, BA beroleh kejayaan yang membanggakan.
Bayangkan sekiranya mereka ini terlepas.....demokrasi
bukan lagi cara terbaik.
3. SPR juga harus menekankan etika berkempen kepada
parti yang memerintah sekarang. Mengapa SPR tidak
menegur tentang penyalahgunaan jentera kerajaan
seperti Jabatan Penerang, penggunaan siaran TV yang
dikuasai sepenuhnya oleh pemerintah sekarang
sehinggakan wajah pemimpin pembangkang seolah-olah
diharamkan dari paparan kaca tempatan. Mengapa SPR tak
tegur! Mengapa tak komen tentang itu.
4. Parti pemerintah harus menerima kekalahan tersebut.
Janganlah menuduh BA terlalu ekstrim dan melampau. BN
menggunakan media dan seluruh saluran TV tu tak
melampau ke? Menggunakan jentera kerajaan tu tak
melampau ke? Menggunakan sekolah dalam kempen mereka
tak melampau ke?
5. Sebelum pihak BN menuduh BA melampau, kajilah
kelemah diri sendiri. Rakyat kini sudah muak dengan
sandiwara ente-ente. Semakin pihak BA tidak diberikan
ruang dalam media tempatan, semakin memuncak kemarahan
rakyat kepada pemerintah sekarang. Ingat, membenci BN
tidak bermakna menentang kerajaan. Kerajaan bukan BN
dan BN bukan mutlak kerajaan. Begitu juga Mahathir
bukannya Malaysia dan Malaysia bukannya Mahathir.
Kepada semua pengundi, tahniah ana ucapkan kepada
kebijaksaan ente semua kerana memilih parti yang ingin
menegakkan keadilan. Kita nak lihat kelangsungan
projek-projek yang dijanjikan dulu. Mana projek yang
baru di'pecahtanah', mana projek rumah kos rendah yang
dijanjikan dulu semasa kempen haruslah diteruskan
tanpa mengambil kira siapa Adun sekarang. DAN kita
juga nak lihat S.Samyvellu buat rumah di Lunas
sebagaimana janjinya jika kalah di Lunas.
REFORMASI....REFORMASI...REFORMASI..
ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...
BANJERO