Beberapa laman web melaporkan bahawa Hospital Selayang memusnahkan semua
rekod scan Imej Magnetik Resonan (MRI) yang menunjukkan kesan kesakitan
tulang belakang yang dihadapi oleh Anwar tanpa mendapat persetujuan
daripada beliau dan ahli keluarganya.
Justeru, ahli keluarganya berpendapat, Anwar sewajarnya menjalani
pembedahan di luar negara bagi mengelak sebarang unsur sabotaj dan
kesihatannya tidak seharusnya diletakkan dalam keadaan meragukan.
Pengarah HKL, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik memberi alasan bahawa HKL mempunyai
tenaga kepakaran untuk merawat dan menjalankan pembedahan ke atas Anwar
malah dakwaan mengatakan Hospital Selayang sengaja memusnahkan rekod
scan MRI adalah tidak tepat Menurutnya, pemeriksaan MRI dilakukan ke
atas Anwar di Hospital Selayang pada 24 November lalu kerana mesin
MRI di HKL tidak berfungsi dengan baik.
''Oleh kerana Anwar bukanlah pesakit di hospital berkenaan, imej yang
direkodkan dihapuskan bagi mengelak daripada ruang pelayan (server)
untuk daftar pesakit hospital itu penuh.
Alasan yang diberikan adalah suatu yang meragukan kalau kita kaji tentang keupayaan
yang ada pada HKL.
Apakah ini satu pembohongan pihak atasan... Sama-samalah kita fikir bersama.
Oleh : Pemberita TranungKite