Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Terengganu tubuh dua Jawatankuasa khas untuk tindakan undang-undang kepada Petronas

KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Bernama) -- Kerajaan PAS Terengganu menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas berhubung royalti petroleum yang kini digantikan dengan pemberian wang ihsan. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Mustafa Ali berkata, salah satu jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Menteri Besar Abdul Hadi Awang.

"Manakala sebuah lagi jawatankuasa diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas, Tun Salleh Abas," katanya pada majlis Pertemuan, Dialog dan Ramah Mesra anak-anak Terengganu di perantauan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berhubung tindakan Kerajaan Negeri mengenai isu royalti petroleum.

Terdahulu, Menteri Besar ketika menjawab soalan mengenai isu yang sama berkata telah tiba masanya bagi Kerajaan Negeri mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno bersedia untuk duduk bersama PAS dan Keadilan ke arah perpaduan orang Melayu lebih bersifat kepada kepentingan politik.

"PAS lebih mementingkan perpaduan Islam dan bukan perpaduan berasaskan kaum kerana ianya lebih adil termasuk kepada orang bukan Islam," katanya.

-- BERNAMA


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 30 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com