Barisan Nasional tidak dapat menerima hakikat
Pada malam sabtu ( 1 hb November 2000 ) secara tak
sengaja sebelum ke masjid sementara menunggu isteri
bersiap, terpandang akan wajah( Maha**** ) yang memang
saya sudah meluat untuk melihatnya dengan menyalahi
pembangkang terutama KeAdilan menyebabkan BN
kecundang di DUN Lunas.
Dia ( Maha****) dengan egonya menayangkan gambar calon
BN kununnya telah diputar belit oleh KeAdilan dan
menuduh BA memainkan isu perkauman tetapi sebenarnya
BN yang memainkan ISU PERKAUMAN.
Sebelum pilihanraya Maha**** berkata ‘ orang cina
tidak pandai berterima kasih pada kerajaan’. Cuba
renungkan ungkapan ini.
Dalam kenyataan akhbar selepas mesyuarat MT beliau
dengan jelas mempertahankan kronisme, katanya ‘ Saya
tidak boleh terima tekanan, tekanan dari kawan-kawan
boleh tetapi orang ektremis ( Rujuk orang Cina ) ini,
saya tidak mahu terima . Saya sedia tegur siapa pun
termasuk Presiden Amerika Syarikat ‘. – Berita Harian
2 .11.2000 mukasurat 1.
Jelas kita lihat pendirian Maha**** tentang Kronisme
sebab itu walau apa pun terjadi pada kewangan negara ‘
bailout ‘ kroni tetap dilaksanakan sebab itu dia
sanggup sumbat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di penjara Sg.
Buloh.
Wahai saudara-saudaraku yang masih berada dan
menyokong UMNO / BN marilah kembali ke pangkal jalan,
tinggalkan perjuangan UMNO dan sertailah mana – mana
parti dalam Barisan Alternatif.
‘ Lawan Tetap Lawan, Berjuang untuk menegakkan
KeAdilan ‘.
Bojeng Jetat