Saya merujuk kepada wawancara di antara wartawan BH
dan juga Prof.Datuk Zainal Abidin Wahid, seorang
tokoh sejarah dan juga pengasas Universiti Kebangsaan
Malaysia ( UKM ). Wawancaranya amat menarik untuk
direnungi oleh setiap lapisan masyarakat yang
memerlukan input yang bernas di dalam hal ehwal
sejarah negara sebagai renungan untuk generasi masa
kini. Sejarah mengenai tolak-ansur di antara kaum dan
juga sejarah mengenai pasca merdeka. Sesungguhnya hak
keistimewaan orang Melayu adalah perkara yang amat
sensitif dan ia tidak boleh diperdebatkan secara
membabi-buta oleh kaum lain. Ia hanya boleh
diperdebatkan oleh orang Melayu itu sendiri. Semua
bangsa patut membaca wawancara tersebut untuk
kefahaman yang lebih mendalam.
Alasan oleh mereka yang terlalu ingin melihat hak
Melayu itu dihapuskan adalah untuk melihat perpaduan
nasional. Seperti yang telah diperkatakan oleh banyak
pihak sebelum ini, perpaduan hanya boleh dipupuk
semenjak kecil lagi dan semestinya melalui dasar
pendidikan berteraskan Sekolah Kebangsaan seperti mana
yang terkandung di dalam Penyata Razak dan Laporan
Abdul Rahman Talib. Yang menghairankan saya adalah,
mengapa jika kita sebagai bangsa Melayu cuba
mempertahankan nilai-nilai budaya, hak kita di katakan
sebagai Assabiah dan mementingkan diri sendiri ?.
Mengapa bila Suiqu dan DJZ mempertahankan nilai-nilai
budaya mereka dan juga secara sepintas lalu
mempertikaikan hak kaum lain dikatakan sebagai Untuk
PERPADUAN dan bukannya perkauman. Saya menerima
lain-lain rayuan, Cuma yang membabitkan penghapusan
Hak Orang Melayu (HOM ) sahaja yang dipertikaikan.
Sejarah telah membuktikan bahawa, mereka memang suka
mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain
untuk membuat tuntutan@rayuan. Mengapa kebanyakan
orang Melayu tidak sedar akan hal ini ?. Apa sahaja
yang dibuat oleh kita akan dikatakan sebagai
perkauman, sehinggakan untuk mempertahankan orang
Islam yang dimurtadkan supaya kembali kepada Islam
juga dikatakan sebagai perkauman, kena jaga
sensitiviti penganut agama lain. Mengapa asyik kita
sahaja yang mengalah ? Adakah kita lembik sehinggakan
hak kita ingin diinjak-injak. Apalah nak jadi dengan
bangsa kita. Sudahlah UMNO memang tak boleh diharapkan
lagi, lepas itu pula ada Melayu yang nak jadi jagoan
membela suqiu kononnya untuk kesamarataan. Buat mereka
yang bersungguh-sungguh mempertahankan Suqiu, tiada
negara di mana-mana pun yang memberikan hak kebebasan
yang sebebas-bebasnya kepada rakyatnya. Jikalau
peruntukan perlembagaan itu ada kelemahan, sepatutnya
kita perbaiki.
Sepertilah juga HOM, memang telah lama dilacurkan
oleh UMNO untuk puak mereka sendiri. Jadi, apa yang
perlu ditentang ialah pemerintah yang zalim dan
memperkotak-katikkan peruntukan perlembagaan tersebut
dan bukannya dengan menghapuskan terus. Kalau Suqiu,
DJZ & orang Cina sayang kepada bangsa, budaya dan adat
resam mereka, kita sebagai orang melayu sepatutnya
peka dan sayang kepada bangsa, budaya dan adat resam
kita yang diwarisi turun-temurun sejak zaman-berzaman.
Saya bersetuju dengan pandangan Anak Watan yang
mengatakan bahawa untuk mencapai perpaduan nasional,
dasar bahasa kebangsaan perlulah diwajibkan kepada
setiap orang yang mengaku taat setia kepada negara dan
di dalam segenap bidang.
Mengapa bila Suqiu mengatakan negara kita sudah
merdeka selama 43 tahun tetapi HOM masih lagi
dikekalkan ?, maklumbalas saya sungguh mudah mengapa
setelah 43 Tahun merdeka, masih ada lagi mereka yang
tidak tahu berbahasa Malaysia dengan betul, Menyanyi
lagu negaraku pula tonggak-terbalik. Jikalau yang
masih lagi tergagap-gagap untuk bercakap bahasa
kebangsaan itu terdiri daripada golongan tua boleh
difahami akan ketebalan lidah mereka, tetapi yang
peliknya golongan muda pula yang tidak boleh
berinteraksi di dalam bahasa kebangsaan. Kalau mereka
tidak dapat menerima bahasa yang telah diiktiraf
sebagai bahasa kebangsaan dan lebih mengagungkan
bahasa sendiri di dalam segenap urusan bukankah itu
lebih perkauman. Di manakah slogan Di mana Bumi
Dipijak Di Situ Langit Dijunjung. ?
Biarlah saya dikatakan sebagai perkauman, tetapi
hasrat hati saya ingin melihat bangsa saya maju dan
tidak ditindas di bumi sendiri, sama seperti aspirasi
bangsa lain yang suka merayu dan ingin melihat bangsa
mereka mencapai cita-cita yang diimpikan. Apa yang
pasti mereka tidak akan berputus-asa untuk merayu dan
terus merayu. Jika ada di kalangan melayu dan bangsa
lain yang mengatakan tiada tempat untuk politik
perkauman, begitu juga dengan tiada tempat juga bagi
mereka yang terang-terangan menolak perjuangan
menegakkan negara Islam. Kaum tersebut mahukan kita
mendengar rayuan mereka sahaja tetapi apakah inisiatif
mereka untuk mendengar penjelasan mengenai negara
Islam. Parti politik yang mewakili mereka sama ada di
pihak kerajaan ataupun pembangkang terang-terangan
menolak konsep tersebut.
Kerana itulah mereka inginkan apa yang di katakan
sebagai kebebasan beragama dengan mendapat hak sama
rata untuk menyebarkan agama mereka seperti penyebaran
agama ISLAM di Malaysia. Jawabnya lagi ramailah orang
yang akan murtad. Sudahlah zaman pemerintahan Mahathir
in murtad berleluasa, inikan pula nak diberikan
kebebasan penyampaian agama lagilah tiada kesudahannya
masalah tersebut. Jadi sekarang, perkara utama yang
perlu dilakukan adalah menolak kepimpinan Dr. Mahathir
dan juga menolak mengenai rayuan yang menyentuh Hak
Orang Melayu secara total.
Takkan Melayu & Islam Hilang Di dunia.
Sekian,
Cucu Hang Tuah