Oleh : Cikgu Stabilizer
Tertarik dengan kenyataan Astora, PAS perlu menangani isu Suqui untuk membuktikan bahawa mereka adalah eksrimis Islam ( Utusan, 22 Disember). Seperti biasa, Astora tidak membincangkan secara rasional isu pokok. Tiada cadangan untuk menyelesaikan isu ini, sebaliknya cuba memancing PAS agar campur tangan dalam polemik assabiyah sempit ini.
Apa yang menarik, 'pancingan' Astora ini seolah-olah sebagai pengikhtirafan bahawa perlunya pengaruh PAS dalam menangani sesuatu permasaalahan negara. Ini bermaksud UMNO tidak dapat mampu menghadapi isu ini sendirian.
Apa yang menarik lagi, sekali lagi Astora menjerat diri dengan fatwanya sendiri. Dalam cuba memancing PAS, Astora telah membuat hipotesis taraf sekolah rendah. Dia memfatwakan para pemimpin PAS melanggar syariah Islam kerana kononnya membenci Mahathir. Astora tidak sedar bahawa menegur dan mengkritik adalah amalan yang dibolehkan dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila PAS mengkritik dan menegur PM bukan bermakna benci, itu adalah kehendak nilai masyarakat. Dalam mencari pengaruh politik, itulah kaedahnya. Jangan lupa mereka ( pemimpin PAS dan pemimpin UMNO )akan beramah mesra sekiranya ada pertemuan antara mereka mereka samada secara sengaja atau tidak, Ini kerana mereka adalah manusia, khasnya manusia Islam.
Kalau begitulah fatwa Astora, maka Astora seribu kali lebih berdosa dan seribu kali melanggar syariat. Apa tidaknya, dalam setiap artikelnya, ulamak PAS pasti akan diperkatakan dalam nada mengeji !. Ini boleh diandaikan juga Astora memang membenci pemimpin PAS. Orang yang membenci sesama Islam adalah orang yang tidak mengikut sunnah dan al-quran. Sedangkan Islam menyuruh umatnya saling mengasihani orang Islam lain seperti saudarak andungnya sendiri ( meminjam ungkapan Astora).
Sekali lagi Astora menggunakan isu kafir mengkafir sebagai hujah menghentam PAS, yang mana ini menunjukkan Astora bukannya orang yang perlu dilayan. Faktanya sering ketinggalan zaman dan terkeluar dari disiplin polemik. Rencana ini sebenarnya bukan reaksi dari fatwa Astora, tapi lebih kepada mengulas isu Suqiu. Reaksi di atas hanyalah untuk menyatakan siapa Astora di kalangan kami, pembaca akhbar harian di Malaysia tercinta.
Isu Suqiu, isu yang telah secara tidak disedari oleh media telah mendedahkan apa itu Barisan Nasional dan betapa mereka yang bertindak tidak rasional serta mereka yang telah diperalatkan.
Begitu hebat sejak akhir-akhir ini media memainkan isu bangsa dan dipertegaskan bahawa soal bangsa langsung tiada kompromi.Jangan lupa mereka inilah yang selalu mengeluarkan kenyataan bahawa dalam soal menegakkan syariah Islam kita perlu bertolak ansur kerana masyarakat majmuk. Islam perlu disederhanakan, itu pesan mereka. Tiba-tiba dalam soal bangsa, mereka begitu fanatik dan langsung tiada kompromi. Lihatlah siapa mereka sebenarnya, agenda bangsa lebih mulia dari agenda Islam !.
Banyak juga kenyataan yang berbahaya keluar dari mulut mereka yang sepatutnya memadamkan isu ini. Dari PM hingga menteri kabinet, api perkauman dan ugutan begitu berapi sekali. Rakyat jadi bingung, siapa sebenarnya yang perlu melindungi negara. Pemimpin sepatutnya membuat penegasan, terima atau tidak rayuan mereka.
Perlu diingat Suqiu hanya membuat rayuan. Mereka pun kemukakan dalam suasana harmoni, tanpa perarakan atau demonstrasi. Lagi pun apabila mengemukakan rayuan itu pada PM. PM berjanji akan mengkaji dan menimbangnya. Soal menarik balik rayuan tidak timbul jika mereka berpegang pada janji PM. lagipun PM belum menyatakan keputusannya menerima atau menolak.
Sepatutnya tidak patut perkara ini menjadi isu ( bagi UMNO ) sekiranya PM membuat keputusan menolak dan pastinya Suqiu tidak akan melanjutkan perkara ini. Sekarang isu ini telah menjadi soal prinsip. Suqiu bukanlah pertubuhan sembarangan untuk menarikbalik rayuan mereka, lagipun itu adalah hak mereka. Lagipun siapalah GPMS untuk mencabar Suqiu. Apa yang pasti kini Dato' Suhaimi telah mendapat balik kepercayaan PM dan yang pasti ahli GPMS tidak sedar, mereka dipergunakan oleh Dato' Suhaimi. Dato' Suhaimilah kini hero orang melayu kononnya !. Mana Pemuda dan Wanita UMNO ?.
Mengapa tiada penglibatan aktif pihak UMNO ?. Inilah yang dikatakan marahkan isteri tetapi minta kawan memarahinya. Maklumlah malam siapa nak kita peluk !. Begitulah UMNO, takut komponen BN yang lain merajuk makan sayap UMNO pun diarahkan agar jangan aktif sangat. Harap tiada lagi adegan demontrasi tanpa permit yang halal dan adegan panjat pagar berulang. Harap sikap rasional menjadi keutamaan terutama pihak UMNO.
Mengharapkan penyertaan PAS dalam isu ini adalah sesuatu yang silap. Ini adalah isu ciptaan UMNO, maka UMNO perlu selesaikan isu ini sendirian. PAS mempunyai banyak lagi isu yang perlu diselesaikan. Dari isu keadilan hingga ke isu kebajikan rakyat serta isu kemungkaran ekonomi. Percayalah sekiranya PAS melibatkan diri, ramai pemimpin PAS akan di ISAkan. Sejarah telah membuktikan.
Akhir kata, percayalah isu ini akan berakhir dengan begitu saja sama seperti isu intifadah kerana rakyat selalu membuat andaian bahawa sesuatu itu akan dikira sendiwara sekiranya ia bermula dari PM atau Menteri Kabinet yang lain. Dan, percayalah mereka yang begitu lantang memperjuangkan Melayu, kononnya dialah pelampau melayu, apabila isu ini reda akan kembali mencari tauke-tauke cina (kroni mereka) untuk membantunya dalam pilihanraya atau menjalankan sesuatu projek ekonomi, pengalaman telah mebuktikan. Selamatkan Malaysia, bertindaklah dengan rasional.
stabilizer@yahoo.com