Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHFUZ, CEK DET DAN ISRAEL

Dari Doha, negara yang menewaskan Malaysia sebagai tuan rumah Asiad 2006, Cek Det memberitahu bahawa Persidangan Negara-negara Islam (OIC) yang diadakan di sana membincang hangat soal Palestin. Katanya ada negara anggota yang mencadangkan supaya hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat diputuskan jikalau ia memindahkan pejabat kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

Malangnya Cek Det tidak memberitahu apa pula sikap Malaysia tentang hal ini. Cek Det memang selalu suka berpelukan dengan Yasir Arafat. Akan tetapi Arafat semakin kurang dipercayai rakyat Palestin kerana dilihat sebagai sering berlembut dengan Israel dan tunduk kepada AS.

Cek Det sekali sekala ada mengutuk kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin. Tetapi banyak pihak mengetahui Cek Det pernah membuat perhubungan sulit dengan pihak pimpinan Israel secara langsung atau melalui orang tengah. Polis Cek Det sering bertindak keras terhadap perhimpunan aman rakyat Malaysia menentang Israel.

Beberapa hari sebelum persidangan OIC bermula, mahkamah telah menghukum penjara beberapa orang, termasuk Mahfuz Omar Ketua Pemuda PAS, kerana berhimpun menentang pasukan kriket Israel yang dibenarkan datang ke mari. Tentu polis dan kerajaan BN akan memberi alasan mereka dihukum kerana melanggar undang-undang.

Tetapi, Cili Api tidak faham mengapakah tidak boleh dibenarkan perhimpunan aman menentang Israel? Siapa mahu percaya Cek Det benar-benar menentang kekejaman Zionis?

Cili Api


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 15 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com