Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Patutkah Bersalam Dengan FRU?

Artikel saya kali ini membincangkan tentang peristiwa keganasan oleh polis & Fru pada perhimpunan 100.000 rakyat dahulu dan penyerahan memorandum kepada Daim berkenaan royalti minyak. Mungkin agak terlewat, tapi masih menarik utk dibincangkan. Say baru saja menonton vcd perhimpunan tersebut. Memang jelas kezaliman yg dilakukan oleh polis dan FRU. Tanpa hati perut mereka memukul para roformis dan merosakkan kereta dan motorsikal mereka. Semuanya jelas. Mendidih darah saya setiap kali menontonnya. Perbuatan mereka tidak berubah langsung sejak demostrasi pada 1998 & 1999 di mana pernah seorang pemuda ditendang bertalu-talu dikepala dgn but keras mereka. Saya masih meyimpan video tersebut. Dan kesimpulannya mereka ini sememangnya dari golongan manusia yg jahat dan tidak berhati perut seperti tuan mereka, Mahafiraun. Jika mereka menyatakan terpaksa berkawal kerana mengikut arahan, tak perlulah mereka bertindak membabi buta memukul org awam dan memusnahkan kenderaan yg merupakan perbuatan org yg tak bertamadun dan bersifat kebinatangan.

Bagaimanapun saya merasa sgt kecewa apabila membaca berita tentang perhimpunan aman menyerahkan memorandum kepada Daim tempoh hari di mana pihak pengajur pada akhir perhimpunan telah mengarahkan org ramai bersalaman dgn pihak fru. Maka berderetan para reformis yg beratur bersalaman dgn mereka. Seolah -olah mereka itu raja dan kita hamba rakyat yg bodoh sanggup merendah kan diri bersalaman dgn mereka. Saya bukan ingin menyemaikan sifat permusuhan, tetapi pihak penganjur harus memikir kan perasa para reformis yg telah diderakan sebegitu rupa hanya beberapa minggu sebelumnya. Ada yg hampir hilang penglihatan, ada yg dibogelkan. Tiba-tiba kita seolah-olah dgn mudah memaafkan mereka. Bukan kita yg bersalah tapi mereka yg sebenarnya berdosa kepada rakyat. Tetapi pada hari itu kita seperti org salah beratur utk bersalaman dgn anjing kerajaan ini. Seolah-olah pengorbanan para reformis 2 minggu seblm itu tidak dihargai. Sepatutnya memadailah pihak pengajur mengucapkan terimakisah di atas kerjasama mereka yg tidak mengganas pada hari itu.

Lagipun kita tak boleh percaya pada anjing kerajaan ini. Pada hari ini nampak bukan main mesara tapi percayalah, bila ada perhimpunan lagi, mereka tak akan teragak-akak utk mendera para reformis lagi, mungkin lebih teruk.

Saya harap para reformis dan pemimpin perhimpunan, tidak lagi mengarahkan org awam untk bersalaman dgn anjing kerajaan ini lagi. Jaga lah hati para reformis yg setengah mati dikerjakan dgn harta benda dan kenderaan mereka yg telah dirosakkan, Kita tidak bersalah, tapi mereka yg melakukan dosa. Mereka yg sepatutmya meminta maaf kepada reformis. Biar kita berpada-pada jgn sampai kita nampak seperti org bodoh dan boleh dipijak kepala.

Kpeada anggota FRU, ingatlah segala perbuatan anda akan dibalas dgn setimpalnya oleh Allah. Wang yg anda dpt dari gaji anda belum tentu halal utk anak isteri anda. Puak FRU ni kalau tak diarahkan berkawal dlm keadaan macam tu, mereka biasanya hanya duduk lepak kat HQ. Bila time kerja mereka ni pegi main bola, karom dan sebagainya, itulah kerja mereka Memang makan gaji buta. Ingatlah ,satu hari nanti kau org semua pasti dpt balasan. Tunggu…

Kalau ada para reformis yg nak respond pada artikel ini, silakan, kita sama-sama berbincang.

Lawan tetap lawan.

Allahuakhbar.

Dr. Muda.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 3 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com