Perpecahan adalah satu musibah. Tidak ada
masyarakat yang menyanggupi musibah perpecahan secara
idealnya. Pun begitu, dalam tamadun kemanusiaan/dunia-
perpecahan tak dapat dielakkan. Sayugianya ia sudah
sebati dengan sifat dan kehidupan manusia itu sendiri
samada terancang maupun secara kebetulan. Kesatuan
pula adalah lawannya yang bersifat positif dan menjadi
impian mana-mana masyarakat dan bangsa- lebih-lebih
lagi kelompok pemerintah! Pemerintah yang baik ialah
mereka-mereka yang dapat menyatupadukan masyarakat
samada sebangsa maupun yang majmuk.
Dalam Islam, perpecahan amat dilarang. Islam punyai
mekanisma yang amat efektif secara teori dan
praktikalnya dalam menghalang maupun memulihkan semula
masyarakat yang berantakan dan berpecah. Pokoknya,
setiap individu mesti patuh kepada TUJUAN KEHIDUPAN
itu sendiri. Kalau masing-masing sudah faham akan
peranan kita sebagai Khalifah Allah, makanya segala
sifat buruk dan penganiayaan sesama makhluk hanya
menjadi bahan sejarah- umpamanya cerita HABIL DAN
QABIL!! Cerita sejarah awal kemanusiaan ini amat baik
dijadikan contoh mudah dalam mencegah perpecahan. Juga
iannya menunjukkan bukti akan kecenderungan manusia
kearah samada kebaikan atau kesesatan dalam berurusan
soal dunia.
Allah yang Maha Penyayang meminta hambanya supaya
bersatu dan duduk dalam kesatuan yang mesti
bertunjangkan AGAMA.( Waktasimu bihablillah..) Itu
adalah permulaan ayat yang menyeru kita berpegang
dengan Islam, yang mana secara tuntutan Agama saja
manusia boleh bersatu. Isma-isma lain yang kononnya
boleh menyatukan dan menguatkan masyarakat adalah
tipuan semata-mata yang akhirnya seringkali lebih
teruk kesudahan cara hidup rakyat terbabit.Hanya janji
Allah saja yang boleh menyatukan hati-hati manusia.
Dengan itu barulah boleh mereka muncul sebagai umat
yang kuat dan menjadi contoh teladan sebagaimana zaman
Nabi, sahabat, solafusaleh, tabiin dsbnya.
Dalam hidup ini,jika bertuankan dan berTuhankan
Allah nescaya selamat semua makhluk yang bernaung di
bawahNya sepertimana di zaman Saidina Ali KWJ
sehinggakan serigala liar pun tak mengganggu kambing
peliharaan. Jika pemimpin sedar bahawa mereka hanya
pemegang amanah, nescaya tak berlaku segala kerosakan
dan perpecahan dalam masyarakat. Apabila segala
kepatuhan itu hanya untuk Allah, barulah kesatuan
hakiki tercapai. Kerana Allah sudah memberi jalan
keluar samada melalui Al Quran maupun sunnah RasulNya
yang teragung dan terakhir-- Muhammad Ibn Abdullah,
sebaik-baik ikutan dan contoh sehinggakan syaitan dan
iblis laknatullah pun takut menghampirinya.
Perpecahan dalam masyarakat boleh disebabkan oleh
berbagai faktor dan alasan. Jika sesuatu sistem
masyarakat yang berjalan tiba-tiba didatangi pula
pendekatan baru, maka pasti timbul pertentangan
pendapat. Masalah sebegini lah yang sering membibitkan
perpecahan. Seringkali pendekatan baru itu yang
terbaik, tetapi mengundang perpecahan mayarakat kerana
kejahilan atau sikap tak ambil kisah yang dijiwai
turun temurun.
Masyarakat Arab Jahiliah juga merupakan kelompok
yang sudah 'moden' dengan struktur hieraki masyarakat
seperti yang kita ada sekarang. Ia juga punya Perdana
Menteri, kabinet,Majlis tertinggi' hatta ke jawatan
kecilnya seperti JKKK. Mereka juga ada pasar,kelab2
hiburan,kedai arak,judi,sundal dan bank.Mereka juga
punya Tan Sri2, Tun2,Datok Seri2 dan berbagai lagi
penarafan sosial. Ahli
sastera,perubatan,korporat,politik dan sebagainya pun
ada. Cumanya segala sistem itu berjalan dengan tidak
berpaksikan kepada ketuhanan Allah yang sebenar.SIAPA
YANG KUAT DIA BERKUASA. Kekuasaan dan keturunan
menjadi ukuran dan timbangan dalam masyarakat. Kabilah
yang punya sejarah menetap yang lama dan punya
kekuasaan menjaga tempat ibadat iaitu Kaabah akan
menjadi tumpuan dan meraih penghormatan yang bukan
sedikit dari masyarakat jahiliah.
Dalam suasana begitulah Nabi Muhammad membesar dan
terpelihara pula ia dari kekotoran noda atas limpah
kurnia Yang Esa. Sebagai seorang yang bakal memimpin
Umat manusia, baginda tercari-cari Ketuhanan yang
sebenar. Lalu pada kemuncaknya, tatkala berumur 40
tahun; sampailah seruan wahyu yang pertama dengan
surah IQRA'. Ayat ini sekaligus menjadi hujah akan
peri pentingnya menimba ilmu dan pengetahuan supaya
kita terbebas dari kejahilan dan tipuan orang.
Muhammad yang terkenal dengan jolokan AL AMIN
tiba-tiba menjadi sebutan dan buah bicara seluruh
warga kota Mekah. Seruan pertama Nabi SAW untuk kaum
kerabatnya sudah menjadi cemuhan dan momokan terutama
pembesar dan penguasa termasuk kerabat sendiri. Lalu
Nabi dituduh sebagai pendusta, penipu, ahli sihir,
pensyair dsbnya. Logiknya Allah yang mengekalkan UMMI
nya Rasullallah itu adalah sebagai benteng kebal yang
melindungi Al Quran dari tuduhan kepalsuan ataupun
ciptaan Nabi Muhammad SAW.
Lalu terjadilah perpecahan dalam masyarakat Arab
jahiliah. Perpecahan ini tidak dipinta oleh Rasul
mahupun Yang Maha Esa. Namun sejarah menyaksikan
perpecahan terus berlaku. Nabi tetap istiqamah dalam
perjuangan kerana baginda tahu akan kebenaran Agama
yang dibawanya itu adalah kesinambungan Agama Tauhid
yang bermula dari Adam AS,Ibrahim AS,Musa AS, Isa AS
dan terus kepada baginda. Baginda tahu ia sebagai
Utusan akhir zaman dan untuk semua manusia. Tawaran
harta,saham,wanita dan pangkat langsung tak dapat
mempengaruhi perjuangan dan penyebaran Islam yang
wajib baginda lakukan demi keselamatan manusia secara
amnya.
Berpecahnya bangsa ketika itu ialah kerana
kejahilan dan sifat sayang dunia dan pangkat yang
berakar umbi dalam masyarakat. Mereka mempertahankan
fahaman bangsa (asobiah) dan cuba mengadu-dombakan isu
itu dan mengugut KETUANAN KABILAH (macam Ameno
amalkan) Sedang Islam membawa ajaran murni dan adil
yang memecah benteng kesombongan kaum, pangkat dan
darjat. Maka itu lah golongan kuffar (Ameno Makkah)
yang diketuai antaranya Datok Seri Abu Lahab,Tun Utbah
dan rakan-rakan kroni mengambil pendekatan diluar
kemanusiaan seperti menyeksa, memulau ekonomi,
perniagaan hatta bekalan makanan pun disekat atas nama
menghalang pengembangan Islam (PAS Makkah). Bukannya
mereka tak tahu betapa mulia dan indahnya pekerti Nabi
s.a.w. Dek kecintaan kepada dunia dan jijiknya
perasaan samataraf antara bangsawan dan hamba, lalu
mereka meneruskan agenda Ameno Makkah. Sejarah juga
menunjukkan betapa golongan yang kuffar sanggup
mencetuskan kemusnahan jiwa dan akhirnya membawa
kepada peperangan yang semua orang Islam maklum
akannya.(Perhatian: tiada perkaitan antara Ameno dan
Pas Mekah dengan yang ujud di Malaysia.Barangkali
secara simbolis ataupun wadahnya berhubungkait.Pihak
SB diminta mendalami sejarah Islam sebelum menyaman
penulis)
Kemudiannya setelah mendapat penentangan yang
semakin keras datang perintah Allah yang menganjurkan
Hijrah demi Agama yang dipertahankan. Dengan ikatan
Ukhwah Islamiah yang hebat antara Golongan Ansar dan
Muhajirin lalu terbentuklah kerajaan Islam yang
pertama dengan Nabi junjungan sebagai pemimpinnya.
Negara Islam Madinah yang rakyatnya terdiri dari orang
Islam dan bukan Islam dari kaum Yahudi,Nasrani dan
Mushrikin.
Sejarah menunjukkan Piagam Madinah yang diguna pakai
adalah tatkala Islam adalah golongan
minoriti.!!.(Kelompok Yahudi dan musyrik adalah
majoriti)
Kita juga mula didedahkan dengan satu golongan yang
sering disebut Allah iaitu MUNAFIK yang sentiasa
menjalankan kerja memusuhi Islam walaupun didepan Nabi
dan Sahabat bukan main lagi dilakonnya keislaman
mereka.Mereka memakai jubah serban sama seperti muslim
lain.Malah mereka juga membina masjid yang besar dan
cantik (setara masjid Putrajaya) untuk menarik orang
melebihi dari masjid yang Nabi bina.
Setelah itu berlakulah berbagai peristiwa yang kita
boleh baca dari buku-buku sejarah Islam yang
menunjukkan naik turunnya Islam sehinggalah sekarang.
Dalam sejarah tamadun manusia moden berbagai
doktrin atau isma muncul, yang kononnya dapat
menyatupadukan dan mensejahterakan masyarakat. Ada
Komunis,kapitalis,autokrasi dan demokrasi.Ada juga
yang mengatakan kaum keturunan atau agama boleh
menyatupadukan masyarakat. Masing-masing menegakkan
hujah dan pandangan serta bukti yang menyokong
pegangan dan hujah mereka. Lalu berserakan dan
digunapakai segala sistem yang ada dalam usaha
menyatupadukan manusia mengikut pilihan rakyat maupun
pemerintah. Namun sejarah membuktikan apa saja isma
yang diamalkan pasti kecundang kerana unsur
penyelewengan dan tak dapat mengikat manusia
sepenuhnya untuk patuh.Kejatuhan Komunis,kebobrokan
demokrasi,kezaliman autokrasi dan ketamakan
kapitalisma adalah bukti betapa lemahnya isma ciptaan
manusia biar sehebat mana pun ia.
Setelah kejatuhan kerajaan Othmaniah di Turki
angkara Mustafa Kamal Attartuk(MKA), Dunia Islam
runtuh dan satu persatu jatuh menjadi tanah jajahan
Bangsa Eropah Kristian .Orang Islam Turki terpedaya
oleh Shahadah MKA yang ternyata seorang Munafik ulung
yang terus menghancurkan Islam dan warisannya atas
alasan mengejar kemajuan dan kemodenan.Pelbagai hujah
logik akal digunakan untuk mencapai tujuan
jahatnya,hatta membunuh golongan ulama dan rakyat yang
menentang perancangannya.Maka sejarah mencatatkan
bagaimana rosak segala sistem Islam yang berjalan
lancar sebelumnya.Apa saja lambang dan syiar Islam
dihancur dan diubah.Masjid menjadi muzium,azan
berbahasa Turki,pemakaian cadur diharamkan ,janggut
menjadi haram dan tak terkecuali kopiah serban.
Tidak terkecuali rantau Asia Tenggara, Tanah Melayu
dijajah silih berganti oleh Kristian Eropah yang
akhirnya dimerdekakan atas dulang emas kepada Kerajaan
Perikatan yang Ameno menjadi tunggaknya setelah mereka
menerimapakai syarat yang ditetapkan penjajah melalui
kontrak sosial dalam perlembagaan. Ini adalah
bertujuan menyekat kebangkitan golongan Ulamak dan
cendikiawan Islam yang banyak mendokongi Persatuan
Kebangsaan Melayu Muda yang mengangkat senjata
menentang penjajahan semula British selepas tamat
Perang Dunia kedua.Setelah British menghancurkan
gerakan bersenjata menuntut kemerdekaan oleh pejuang
Melayu melalui ISA dan penjara barulah ujudnya
PAKEMBAR(PARTI KEBANGSAAN MELAYU BERSATU= UMNO)DALAM
TAHUN 1946 yang menggunakan slogan 'Hidup Melayu'yang
akhirnya setelah 43 tahun memegang tampuk kuasa
memusnahkan segala dasar dan keistimewaan Melayu dalam
perlembagaan.Keadaan ini begitu ketara sekali dalam
era kuku besi Diktator Mahathir sejak 18 tahun yang
lalu.
Negara kita Malaysia memilih demokrasi berparlimen
sebagai asas pemerintahan negara setelah memperolehi
kemerdekaan dar British. Pilihanraya diadakan 5 tahun
sekali untuk memilih wakil ke Parlimen dan juga Dewan
Negeri. Selama 43 tahun kita telah menempuh berbagai
peristiwa suka duka
yang akhirnya mematangkan rakyat dan negara pun
berkembang maju seiring dengan kemajuan dunia.
Ketidakadilan dalam agihan ekonomi dan jurang pemisah
antara si miskin dan si kaya menyaksikan negara
terjerumus dalam pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969.Lalu
negara bangun terus ke hadapan dengan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang sepatutnya menyaksikan pemulihan
ekonomi rakyat terutamanya Orang Melayu tanpa
mengabaikan kebajikan kaum-kaum lain.
Kekuasaan mutlak BN hanya tergugat dalam 2 pemilu
iaitu tahun 1969 dan yang terbaru tahun lepas 1999.
Walaupun dapat mengekalkan 2/3 majoriti, kita
menyaksikan senario peralihan sokongan orang
Melayu/Islam kearah Barisan Alternatif (BA) yang
ternyata lebih menarik dan logik perjuangannya.
Hilangnya beberapa kerusi Parlimen dan DUN Ameno
kepada BA amat menggusarkan Puak Asobiah ini tambahan
lagi beberapa kerusi pula lain dimenangi dengan
majoriti berskala kecil (kecil konet kata anak
saya!!). Perubahan drastik kaum yang menunjangi
politik negara ini menghantar signal yang menyeramkan
sehingga ke tulang som-som Ameno.
Apa yang dibuat serba tak menjadi. Pelbagai isu dan
sandiwara pun dibentang tengah masyarakat untuk
memikat dan menarik kembali sokongan yang hilang.
Namun ianya tak memberi kesan malah menjadi bahan
lelucuan dan topik sementara menunggu nasi lemak
sampai ke meja di kedai-kedai kopi`. Dengan kekuasaan
politik korup dan pemerkosaan sistem perkhidmatan
awam yang seolah-olah milik peribadi, kita melihat
bagaimana tingkah laku dan kelayak pimpinan Ameno cuba
mengenakan Pihak BA dalam isu Sauk dan Almaunah.Mereka
menggunakan pendekatan yang sama dengan kes Mantan
Timbalan Perdana Menteri dengan mengharap BA membuat
laporan Polis!!! Lalu akhirnya kita akan menyaksikan
satu lagi episod Mahkamah Kanggaroo Pengkhianat Melayu
(PM) itu.Setelah tewasnya Ameno Terengganu kepada BA
yang diterajui Pas,kita menyaksikan pula era politik
balas dendam oleh kerajaan Pusat pimpinan Ameno.Rakyat
dapat menilai bagaimana rakus dan zalimnya Ameno
kepada bangsa Melayu dan Islam di negeri Kuwait
Malaysia ini.Pelbagai helah dan tektik kotor mereka
lakukan untuk menekan kerajaan pilihan rakyat
Terengganu.Setelah melewatkan Geran Wajib tahunan,isu
royalti minyak yang bertukar menjadi wang Ehsan pula
ditimbulkan.Sedang kerajaan BN lah yang mengamalkan
penyelewengan dan rasuah,kini mereka cuba menonjolkan
seolah-olah kerajaan BA Terengganu adalah korup dan
menyalahgunakan wang rakyat.Pendekatan berhemah
kerajaan pimpinan TG HAJI HADI AWANG yang mesra rakyat
menyeramkan Ameno.Rakyat dapat melihat bagaimana dalam
masa yang pendek memerintah,PAS sudah boleh melega dan
meringankan beban rakyat.Penghapusan tol,cukai
pintu,menaikkan elaun imam dan bilal,bantuan orang
miskin dan perumahan rakyat.Wang 200 juta dari royalti
yang diterima,kerajaan PAS peruntukkan rumah kos
rendah.Begitu jua kemudahan lain seperti pinjaman
tanpa faedah dan tabung bantuan usahawan.Semua ini
memberi manafaat untuk semua rakyat tanpa mengira
parti atau kaum.Ini yang menggerunkan KERAjaan zalim
dan pengkhianat bangsa pimpinan Mamak Usang.Keasdaan
ini jika dibiarkan berterusan alamat
melepaslah...Ameno nak rampas Terengganu!! Lalu
pendekatan menghukum dan menindas sesama bangsa
seperti yang diamalkan puak Asobiah kuffar Makkah pun
ditiru tanpa sedar!!Pada mata kasar dan akal yang
senteng,nampak seolah-olah akan membuahkan hasil yang
lumayan!!.....hakikatnya KERAjaan dangkal Melayu
minoriti ini tidak belajar dari kesilapan lalu semasa
mereka menekan kerajaan PAS Kelantan.Bukannya mereka
dapat memperbaiki prestasi,bahkan mencorot habis
dengan 'batu nisan' dalam DUN dan satu kerusi
Parlimen,sebagai menjaga airmuka KU LI.
Bagi pemimpin Khurafat Ameno ini,jika sokongan
Melayu lari dari mereka,maka dikatakanlah orang Melayu
berpecah!!Ini hujah orang kurang berakal dan rendah
pula akalbudinya.Walhal yang sebenarnya orang
Melayu/Islam mencari payung lain untuk berteduh
sesudah koyak rabaknya payung kertas Ameno yang
ironisnya dirosakkan oleh pemimpinnya sendiri. Secara
nyatanya orang Melayu biasa saja,biar pun dia BA
maupun BN. kehidupan diteruskan macam biasa samada
melibatkan sakit demam ataupun khenduri kendara. Yang
nampak berpecah ialah kepimpinan Ameno sendiri dan
rakan-rakan BN nya.Inilah sifat munafik pada Ameno,
penuh dengan penipuan dan kepura-puraan. Paku dulang
paku serpih..kata orang ,dia yang lebih. Perpaduan
dalam BN tak lain hanyalah lakonan bak wayang Cina
ataupun bangsawan melayu maupun filem Tamil.
Masing-masing menjadi jaguh untuk kaum sendiri, tiada
agenda perpaduan yang hakiki. Dasar PECAH DAN PERINTAH
terus berjalan seiring dengan pembangunan negara.Isu
perpaduan bagi mereka hanyalah sebagai satu senjata
ampuh untuk menggertak rakyat dari bersatu secara
hakiki dan memberi ruang untuk mereka mengsonglapkan
harta milik rakyat dan negara!!
Ameno semenjak di kepalai oleh seorang Ultra Melayu
berketurunan mamak Kerala ini tidak pernah sunyi dan
aman dari perpecahan. Sejak dari zaman ia menjadi
Timbalan Perdana Menteri lagi sudah dicocoknya budaya
berpecah dan mengadudomba. setelah berkuasa penuh,
maka mudahlah bagi dia menjalankan perancangan jahat
dan merugikan orang Melayu/Islam di sebalik topeng
Ketuanan Melayu dan Hak Istimewanya.Ucapan Parlimen
yang pernah dibuatnya pada era 60 an menjadi bukti
kuat akan niat jahat dan iltizam serongnya pada hak
orang Melayu.Sistem pecah dan perintah yang disokong
pula ahli yang membuta-tuli setianya begitu mudah di
putarbelitkan oleh mamak ketua Parti Melayu ini.Lalu
terjadilah seperti apa yang ada sekarang ini.Habis
segala peruntukan keistimewaan dan dasar perlindungan
orang Melayu yang tercatat dalam perlembagaan diliwat
dan ditiadakan.Ironisnya...tanpa segan dan bermaruah
Mamak seorang ini terus-terusan menggunakan segala
jasa baik dan budi pemimpin terdahulu sebagai bukti
Ameno membela orang-orang Melayu.Mungkin sudah menjadi
sunatullah, yang bathil tetap akan tersungkur dan
terbongkar. Segala kepura-puraan dan silapmata ala
David Copperfield tiba-tiba dipecahkan oleh kebenaran
yang tentu saja diterima mudah akal- kerana setiap
hujah yang dibentang disokong pula oleh fakta yang
berjela jumlahnya.Perlakuan yang menjolok mata tanpa
silu ini amat dibenci oleh orang Melayu dan terus
mereka luahkan dalam peti-peti undi.Dasar pengkhianat
bangsa dan agama ini tentu saja ditolak oleh anak bumi
yang menyayangi bangsa dan agamanya. Orang Melayu yang
antara ciri pentingnya ialah beragama Islam tentu saja
bangkit dan menentang kezaliman yang merupakan sesuatu
yang asing dan dibenci.Berpecah Melayu harus
dilihatsecara yang positif,iaitu kearah masyarakat
madani.Sebenarnya adalah satu hijrah jua, keluar dari
parti Asobiah yang keji,hina lagi zalim kepada satu
parti yang berteras agama yang menjamin dan menyelamat
kita di dunia dan akhirat......
Wallahhualam....
Dr NOLOGARENG