Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Dua cara untuk ajar Fed gov

Assalamualaikum,

Saya nak cadangkan dua lagi cara nak ajar Federal gov pasal royalti kita tu. Cara pertama ialah, dengan tidak membayar hutang piutang peninggalan kerajaan kuno BN yang lepas. Dalam account book Terengganu, buat sahaja 'deduction' dari royalti sebanyak yang Fed gov patut bayar (Petronas is owned by Fed gov). Katakan tahun ini Fed gov mesti bayar 900 juta, ditolak dengan berapa yang sudah dibayar iaitu 432 juta, tinggallah 468 juta lagi. So tolak aja hutang Terengganu yang lebih kurang 700 juta tu dengan 468 juta. Tak sampai dua tahun, langsailah hutang kita ngan Fed gov dan tak payah dah nak buat 'appropriation' lagi.

Cara ini akan memberi kerajaan Terengganu lebih kurang setahun untuk membuat persiapan rancangan selanjutnya. Janganlah takut dengan fed Gov tu sebab memang dia tak akan bagi kita pinjam duit daripada dia lagi dan kalau dia nak marah marah pun, tak ada apa dia boleh ambik daripada kita. So nothing to lose. Tak payah kita membuang masa ke mahkamah sebabnya tak akan menang punyalah. So kita ada setahun untuk planning sebaik-baiknya counter attack kita. Mana tau orang tua tu mati dulu sebelum tu, so ada chance nak dapat balik duit kita.

Bila habis sahaja hutang kita kat Fed gov, setiap tahun, kita jangan lupa masukkan jumlah royalti yang patut diterima di dalam 'account book' kerajaan Terengganu. Tulis sahaja,"Money lent to Fed Gov = XXX juta". Maknanya di sini, Fed. Gov sedang meminjam duit kita sebanyak XXX juta pada tahun ini.

Bila orang Fed Gov dah bertukar nanti, kita minta baliklah duit ini. Kalau state boleh pinjam duit dari Fed Gov, kenapa pulak Fed Govtakleh pinjam daripada state? Tu yang Fed Gov buat sekarang ni under PM tu.

Inilah rahmat bagi kita pasal hutang 700 juta tu. It is a bargaining chip. Bila hutang kita dah habis nanti, masa tu barulah kita start charge Petronas sebanyak mana yang kita nak (land title etc.). Lepas tu kita jemput lah company-company lain untuk melawan Petronas nie.

Akhir sekali, saya cuma nak bagi tau, saya ni dari dulu lagi dah boikot Petronas. Sebabnya, bagi dia duit banyak-banyak, dia pi buat menatang tak berfaedah seperti Puteri Jaya tu, Formula 1, Twin towers dan banyak lagi yang aku tau. Dah lah bagi mat salleh banyak tul duit melalui projek-projek yang semi terbengkalai tu. Kita sebagai consumer, ada power nak buat apa kita nak. Style aku, kalau tak suka, jangan beli. Pi tempat lain sampai takde alternatif lain. Itu aja cara dia kita ajar mereka ni. Benda yang sama juga patut di buat untuk kroni-kroni tu. Biar mereka berkubur.

Sehingga lain kali,

Engineer Terengganu
tolong@freeanwar.com


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 10 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com