Assalamualaikum,
Bertemu lagi. Tajuk saya ialah tentang kekeliruan GDP. Kenapa semua economists
(aka ahli nujum) suka sangat dengan istilah GDP? Apa ada pada GDP sehinggakan
ianya selalu sangat disebut-sebut? Mengapa semua orang 'obsessed' sangat dengan
GDP ni?
Saya bagi pihak engineers di merata tempat sedih tengok perangai mereka yang tak
tau pasal ekonomi, tapi bergelar economist etc. Sebenarnya GDP (Gross Domestic
Product) tu bermakna, "MEASURE OF ECONOMIC ACTIVITY - IN A COUNTRY". Economic
activity tu maknanya ialah segala urusan jualan, pengeluaran, perbelanjaan, gaji
dll di dalam sesebuah negara. Tetapi tidak boleh dikira dua kali, contohnya si
A jual kepada si B topi Reformasi berharga RM50 (GDP Malaysia meningkat sebanyak
RM 50) tetapi bila si B jual balik pada si A dengan harga yang sama, GDP
Malaysia tidak berubah.
Bila keluar laporan masuk bakul angkat sendiri mereka itu, mereka mengatakan GDP
Malaysia yang meningkat sebanyak 7.8 % itu ialah satu pencapaian yang
memberangsangkan. Benarkah begitu?
Saya ajak semua pembaca berfikir kembali, mengapa itu semua tidak benar. Betul
measure of economic activity meningkat, tapi apakah asas yang menyebabkan
peningkatan yang sebegitu baik itu? Ini yang diorang tak tahu, tapi economist
luar negara tahu.
Kenaikan GDP tidak membawa apa-apa makna jika asas-asasnya tidak baik. Ianya
sama sahaja seperti 'bubble economy' yang boleh meletup bila-bila, ataupun sama
sahaja dengan GDP = Inflation rate.
Pertama sekali ialah, kalau GDP yang sentiasa meningkat itu bagus, MENGAPAKAH
ekonomi Malaysia yang sentiasa berkembang puratanya 8 % setahun selama 8 tahun
itu, merudum dan negara hampir bangkrap? Di sinilah kesilapan economist
Malaysia (aka Ahli Nujum sebab cakap BSKL nak naik 1200 end of 2000 tapi turun
jadi 670 pulak) dan KERAjaannya.
Disebabkan semua orang asyik dok fokus kat GDP figures, semua orang tak nampak
pasal imbangan pembayaran, Hutang-hutang, productivity level dan trade balance.
Semua ini adalah faktor terpenting (LEBIH PENTING DARIPADA GDP sebenarnya!).
Ini yang Soros pakai, tahniah kepada beliau kerana sungguh pandai. Kepada
pak-pak Nujum kita tu, berhentilah menilik sebabnya aku boleh tilik lagi bagus
dari kome. Berhenti menilik dan pi balik belajar dulu.
Yang kedua ialah Jepun. Sudah sepuluh tahun GDP Jepun tidak berkembang.
"Stagnant". Mengapa? Cuba fikir. Adakah sebab orang Jepun semakin malas?
Tidak pula. Jadi apakah sebabnya? Jika kita teliti betul-betul, ekonomi Jepun
seolah-olah sudah berada di kemuncaknya sehingga ianya tidak boleh berkembang
lagi. Mereka sudahpun menjadi negara yang TERKAYA di dunia, maknanya
productivity mereka cukup tinggi. Dengar kata 8 orang pekerja Malaysia terpaksa
bekerja bertungkus lumus untuk menyamai seorang sahaja pekerja Jepun. Dah nak
naik productivity banyak mana lagi kalau dah kerja sehebat tu?
Lagi pulak pertumbuhan GDP bergantung secara langsung kepada pertumbuhan
penduduk dan productivity mereka. Kan kadar kelahiran Jepun sangat rendah
sekali (0.2+ % or so). Kalau dulu ada sorang saja nak beli topi reformasi tu,
tapi sekarang ni ada dua, tiga dsb sebab penduduk bertambah, maka GDP dengan
sendirinya meningkat kalau penduduk semakin bertambah.
Memanglah orang Jepun gusar dengan ekonomi mereka yang tak nak tumbuh itu,
tetapi, kan mereka sudah menjadi yang paling kaya di dunia. Nak kaya macam mana
lagi. Mereka banyak duit. Peduli apa GDP itu naik atau tidak. Sebab itu saya
tegaskan di sini, GDP is not everything dalam menilai sesuatu ekonomi. Yang
penting taraf hidup rakyatnya tinggi, dan kekal tinggi (malah makin tinggi sebab
deflation - barang makin murah di Jepun).
Cukup dengan dua point itu sahaja. Sekarang ini saya nak terangkan kepada anda
bagaimana nak menilai sesuatu ekonomi itu, serupa macam Soros sendiri (ahli-ahli
nujum, pay attention!).
Jawab soalan-soalan berikut dengan data yang ada.
Adakah GDP meningkat?
Adakah Productivity meningkat?
Adakah inflasi menurun?
Adakah hutang-piutang menurun?
Imbangan Pembayaran Positif?
Trade in Surplus?
Gov Budget in Surplus?
Jika semuanya jawapan adalah YA, maka ekonomi itu cukup mantap dan hebat sekali.
Mari kita lihat ekonomi Malaysia sewaktu awal 90an dahulu ketika ekonomi
(sebenarnya GDP) mula meningkat.
Adakah GDP meningkat?
Ya.
Adakah Productivity meningkat
Ya.
Adakah inflasi menurun?
Tidak.
Adakah hutang-piutang menurun?
Ya.
Imbangan Pembayaran Positif?
Ya.
Trade in Surplus?
Ya.
Gov Budget in Surplus?
Ya.
Sungguh canggih sekali ekonomi Malaysia dikala itu. Disebabkan ianya sungguh
mantap, kita perasan kita banyak duit (walhal hutang lapuk tak abih bayar lagi
dari zaman merdeka).
Keperasanan itu menyebabkan PM nak pembangunan yang macam-macam dan memakan
belanja besar. Tetapi PM ni pun pandai, tak moh suruh Gov buat, disuruhnya
private companies buat. Sebab tu Gov Budget sentiasa surplus. PM nak rumah
baru dan ofis baru, diarahnya PETRONAS buatkan (15 billion!!). Kalau Gov buat
sendiri, alamat budget deficit sokmo. Dia nak tunjuk dia pandai berbelanja,
sentiasa positif konon. Tapi untuk negara as a whole, tiada bezanya siapa yang
belanja wang itu. Kalau banyak sangat, negara akan terjejas juga.
1997 sebelum krisis ekonomi melanda, mari kita lihat status ekonomi Malaysia
masa tu.
Adakah GDP meningkat?
Ya.
Adakah Productivity meningkat
Ya, tapi sikit sangat macam tak naik aja.
Adakah inflasi menurun?
Tidak.
Adakah hutang-piutang menurun?
Tidak. Malah meningkat dengan banyaknya dek company-company yang meminjam
keliling pinggang.
Tidak.
Trade in Surplus?
Tidak. A small trading nation macam Malaysia mana boleh tahan kalau yang ini
negative. Sewaktu sebelum krisis, ini menjadi negative yang amat besar kerana
kerja-kerja pembinaan yang mega-bega.
Gov Budget in Surplus?
Ya.
Jika dilihat, ekonomi Malaysia sebenarnya dalam keadaan bahaya. Malah semua di
dalam ASEAN kecuali Singapura dan Brunei. Saya terbaca majalah ASIA Inc.
keluaran 1996 pasal ekonomi Thailand yang mana hutangnya meningkat, eksportnya
stagnant, defisitnya besar. Ditulis oleh Economist mat salleh tu lebih kurang
begini, "Kalau macam ni alamat krisislah". Tapi tiada yang ambil peduli.
Nah betul-betul krisis. Kalau nak cerita balik pasal krisis ni, boleh baca
Majalah Asiaweek etc. utk reasoning nya.
So nak tau ekonomi Malaysia sekarang ni tengah ok atau tidak? Mari kita check.
Nujum-nujum semua, meh check prediction kita ngan kome semua sapa betul.
Adakah GDP meningkat?
Ya.
Adakah Productivity meningkat?
Ya, tapi sikit sangat macam tak naik aja.
Adakah inflasi menurun?
Tidak. (jangan percaya dengan data kerajaan pasal yang ni)
Adakah hutang-piutang menurun?
Tidak. Malah meningkat dengan banyaknya. Malah lebih tinggi daripada GDP
growth rate yang cuma 7 % sahaja tu.
Imbangan Pembayaran Positif?
Ya. Tahniah kepada rakyat Malaysia bukannya Kroni-moni.
Trade in Surplus?
Ya. Sekarang ni surplus yang agak besar. Kenapa? Sebabnya tiada projek-projek
mega-bega.
Gov Budget in Surplus?
Tidak. Malah defisit yang besar sekali (on paper of course. Kalau betul-betul,
entah besar mana).
So melihat kepada semua data yang ada, nampaknya ekonomi sudah pasti akan
meleset dengan segeranya bila semua fiscal stimulus sudah habis. Saya
sebenarnya menyokong fiscal stimulus strategy ini, tetapi dengan resources yang
sangat limited, kita mesti membelanjakannya dengan cara yang terbaik contohnya
untuk pendidikan dan penyelidikan, bukannya untuk bailout kroni-moni dan projek
mega-bega.
Anda mesti ingat bila kerajaan spend extra untuk meningkatkan ekonomi, contohnya
5 billion ringgit (budget 2001) maka kesannya ialah Total money created = 5
billion X velocity multiplier of money in the economy. Katakan si A tadi jual
dapat RM 50, dia spend duit tu beli goggle (untuk hadapi FRU dan Harakah), orang
yang dapat duit goggle lak pi spend duitnya beli topi reformasi daripada si B.
Duit dalam ekonomi telah meningkat sebanyak RM 50 X 3 = RM 150 hanya daripada
economic activity. So kalau Gov inject 5 billion, maka ekonomi akan 'ternaik'
dengan berbelas-belas billion dengan cukup senang sekali. So tricknya menjadi
yang seolah-olah ekonomi kita meningkat kerana GDP indicator akan menunjukkan
peningkatan. Tetapi 'underlying'nya ialah tetap, duit itu ialah duit defisit
(maknanya duit hutanglah).
Sampai bila KERAjaan boleh menyuntik duit kita tidak tahu. Sekarang ni PETRONAS
ialah institusi yang paling kerap digunakan selain KWSP untuk membuat
suntik-menyuntik ni. Bagaimanakah kadar simpanan mereka? Sudah pasti semakin
menurun (nasib baik harga minyak sungguh tinggi bagi Petronas). KWSP pulak
sebab net contributionnya melebihi net withdrawal, so camana nak abis duit.
Akhir sekali suka saya nyatakan sekali lagi, jangan mudah tertipu dengan istilah
GDP ini. Pakar ekonomi yang bijak boleh menilai dengan tepat dengan panduan
saya di atas (bukan courtesy of G.Soros).
Saya bagi contoh yang terakhir ini sebagai perumpamaan sahaja. Bila kita tengok
jiran sebelah semakin besar rumahnya, semakin luas tanahnya, semakin besar dan
banyak keretanya, tidak semestinya dia semakin kaya daripada kita. Checklah
dulu status pendapatan dan hutang piutangnya. Mungkin dia cuma meminjam duit
dari bank sahaja. Net nya ialah negative, bukannya positive. Tetapi kalau kita
tanya balik ahli-ahli nujum dalam bakul tadi, sudah pasti mereka akan sepakat
berkata, "Economic activity of your neighbor had increased 10 % per year thus
the GDP is increasing at that rate and he is doing great". Tetapi realitinya,
kita tau semakin banyak duit kena bayar interest dan hutang piutang,
penyelenggaraan dsb.
Wassalam,
Engineer Terengganu
tolong@freeanwar.com
"It is not the GDP stupid! It is how much of disposable income we have, how
good is our living standard. That is all that matter"