Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pegawai JPNT yang tidak berhati mulia

Slogan sekolah-sekolah di seluruh negeri Terengganu ialah SEKOLAH ITU MULIA.

Malangnya hati dan perasaan segelintir pegawai yang diamanahkan bertugas di JPNT sangat bertentangan dengan sikap dan slogan itu sendiri.

Malah menyanggah hasrat Y.Bhg Tuan Pengarah JPNT untuk mempermudahkan guru-guru serta kakitangan pendidikan bagi mempasti proses Pembelajaran dan pengajaran tidak terganggu.

Tapi malangnya pegawai ini cuba menyanggah hasrat murni Pengarah dengan bertindak sewenang-wenangnya "bertuhankan" bapak konspirator Timbalan Menteri Pendidikan untuk bertindak ke atas guru-guru yang di 'cop' sebagai 'anti kerajaan pusat'

Tapi yang bengongnya, pegawai ini dengan begitu keghairahan untuk bertindak terhadap guru yang dikatakan anti kerajaan pusat, sehingga tidak menyemak dengan betul adakah tindakan yang dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya, sehingga kandungan surat arahan pertukaran tidak mengikut formatnya yang sebenarnya.

Ini boleh dilihat pada ayat perenggan ke-4 (lihat salinan surat di bawah) yang menyatakan pertukaran tidak diminta itu tidak layak menuntut bayaran perpindahan dan pertukaran.

Setelah mangsa meminta kepastian, barulah pegawai itu tersedar atau buat-buat 'baru sedar', sesungguhnya surat berkenaan tersilap cetak yang sepatutnya ayat berkenaan ditiadakan bagi kes arah bertukar.

Amat menyedihkan guru yang sebelum ini bertungkus lumus berkhidmat tanpa mengira waktu semata-mata meningkatkan prestasi yang merosot di sekolah sebelumnya, juga terlibat dengan kes arah pertukaran ke destinasi yang jauh dari kediamannya.

Maka timbul persoalan di sini, apakah jenis kualiti perkhidmatan yang dikehendaki oleh pegawai ini...sama-samalah kita tunggu respon segera darinya, jika dia memiliki hati perut dan sifat berwajahkan manusia bukan 'binatang'...

Ini juga dilihat sebagai tindakan yang mundur ke belakang, di mana zaman celik IT dan serba canggih ini, masih ada pegawai yang bertindak secara kuno atau purba demi melampiaskan nafsu serakah taukeh mereka....

=======================================================
"Berkerja seolah-olah untuk hidup selama-lamanya, beramal ibadat seolah-olah akan mati keesokannya"


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 14 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com