Sila lawat :
Hackerz Paradize
Xenophoria - December 23, 2000 - 7:48 AM
Agak lama saya tidak muncul disebabkan kesibukan tugas dan soal-soal lain yang lebih penting. Bagaimanapun baru-baru ini saya sempat menjengah ke laman sahabat-sahabat lama dari puak seberang untuk bertanya khabar, maklumlah dah nak menjelang Eidul Fitri pun tak lama lagi.
Sangkakan saya mereka tentulah hebat dan gagah, apatah lagi baru berpindah server dan sesetengahnya telah punya domain name sendiri. Tapi nampaknya sangkaan saya itu meleset jauh, terutama apabila membaca keluhan Webmaster "pejuangbangsa" ataupun Aboo Jalil Backer @ kunta-kinte, sahabat lama Cyber saya di alamat http://pejuangbangsa.bizland.com/
Berikut dipaparkan statement di muka depan laman berkenaan buat tatapan pengunjung reformasi yang sememangnya agak berat untuk ke sana
Webmaster
"PEJUANG BANGSA MENUJU TITIK AKHIR!"
Laman ini dibangunkan atas keinsafan bahawa UMNO sahaja wadah perjuangan Melayu dan tunggak kemakmuran negara hari ini. Selebihnya laman ini dibangunkan atas keinsafan bahawa Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad merupakan calon terbaik Perdana Menteri Malaysia pada hari ini walaupun beliau sering disalah anggap. Pemikiran dan strategi politik beliau juga telah banyak membantu menentang pemikiran jumud PAS. Tidak ada Presiden UMNO sebelumnya yang boleh berdebat mengenai Islam dengan PAS kecuali Dr. Mahathir.
Malangnya kenyataan-kenyataan akhbar Shahrir Samad sejak kebelakangan ini memperlihatkan sebaliknya. Kita melihat masa depan UMNO makin malap apabila ada ahli MT yang mempergunakan kedudukan yang diamanahkan oleh ahli UMNO, untuk melangsaikan dendam lama.
Apa guna orang lain seperti kita, yang bukan ahli UMNO, menolong UMNO kalau di kalangan ahli MT UMNO sendiri pun dah ada yang anggap Perdana Menteri tidak berguna lagi.
Ketika kita merasakan setiap tindakan PM sehingga hari ini boleh dipertahankan, ternyata ada opportunist politik yang percaya, atau sengaja mewujudkan suasana, bahawa PM adalah punca segala keruntuhan UMNO dan BN hari ini.
Akhirnya, CUKUPLAH! Laman ini sudah letih memebetulkan segala salah tafsir yang ditimbulkan terhadap UMNO dan Perdana Menteri. Keletihan ini bukan kerana kehilangan daya juang mahu pun kelemahan mental. Sebaliknya perjuangan ini menjadi sia-sia kerana kita bukan sahaja diasak oleh musuh tetapi juga oleh orang yang kita anggap kawan.
WASSALAM
Webmaster Pejuang Bangsa sejak nov 1998.
mohon maaf sekiranya ada tersalah dan tersilap sejak dari kelahiran laman ini.
Selamat hari raya
Nota
SHAHRIR tidak pun turun ke Lunas tetapi memberi alasan yang karut marut dan jelas menampakkan kebodohan beliau. Ini sekaligus menjadi cerminan intelektual Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga ahli UMNO kebanyakkannya. SIAPA LAGI UMNO BOLEH TONJOLKAN KECUALI BADUT DAN AHLI SARKAS?
UMNO sudah tidak boleh diselamatkan lagi kalau orang macam Shahrir lebih sibuk mencari populariti murahan daripada berusaha mengukuhkan parti. Apa yang Shahrir buat untuk menarik sokongan orang Melayu kepada UMNO selain daripada membuat kenyataan akhbar yang bodoh?
KEBODOHAN SAHRIR SAMAD bila beliau mendakwa:
BN kalah di Lunas sebab PM kata Cina Komunis. Hakikatnya Isu itu tidak timbul pun di Lunas. Yang menjadi isu di lunas ialah sekolah wawasan dan pilihan raya kecil bukan faktor pembentukan kerajaan.
BN kalah di Lunas sebab Orang Melayu benci UMNO. Hakikatnya undi Melayu kepada BN bertambah walaupun calon India yang bertanding.
Anwar bukan isu di Lunas. Hakikatnya, setiap ceramah Pembangkang pastinya ada isu Anwar. Malahan gambar muka anwar yang lebam itu memenuhi setiap pelusuk Lunas. Shahrir komen dari mana?
Penggunaan Gambar PM sebagai tanda bodek. Nak kata bodoh pun dah lama join politik. Apa Shahrir tak tau ka perkara ni dah lama berlaku. Tapi masa menang tak kata pulak bodek ka apa ka.
kononnya kemenangan beliau dalam MT sebab ramai ahli UMNO tak suka Mahathir. Hakikatnya, PM menang tanpa bertanding kerusi Presiden UMNO. Pak Lah menang tanpa bertanding kerusi TPM, Tiga orang yang dicalonkan sebagai Naib Presiden UMNO oleh Bahagian Kubang Pasu menang.
Sebaliknya, tuan kepada Shahrir: KU LI gagal sama sekali walaupun digembar-gemburkan oleh Utusan (yang dipunyai oleh Orang Kelantan sekarang ini) sebagai bakal Timbalan Presiden.
CUKUPLAH SETAKAT INI MENUNJUKKAN KEBODOHAN SHAHRIR SAMAD. KALAU SHAHRIR ATAU SESIAPA SAHAJA AHLI MT MERASAKAN MENGHENTAM UMNO ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUKUHKAN UMNO, MAKA TIDAK ADA SEBAB UNTUK PECACAI MACAM WEBMASTER LAMAN INI (YANG TIDAK DAPAT SESEN PUN DARIPADA UMNO) WAJAR TERUS MEMPERTAHANKAN UMNO.
KALAU MT SENDIRI DAH ANGGAP UMNO TIDAK BERGUNA, KENAPA WEBMASTER YANG BUKAN AHLI UMNO PUN TERLEBIH
SUDU DARI KUAH PULA?
-----------------------------------
Nota Webmaster :
Xenophoria merupakan sebahagian ahli gabungan hackerzparadize yang mengishtiharkan perang cyber ke atas laman-laman pro BN@UMNO sedikit masa lalu. Mereka berdua iaitu XenoCrack dan XenoBlast telah berjaya menceroboh hampir 30 buah laman musuh di Tripod, Xoom dan Bizland termasuk E-Groups dan puluhan E-mail penyokong UMNO totok dan anti Islam.