Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Beli balik MAS : Bukti BN selamatkan kroni

Petikan Berita :
Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 22 Disember (Hrkh) - Parti Keadilan Nasional menerima dengan perasaan amat kesal berita keputusan kerajaan untuk membeli balik ekuiti MAS yang dimiliki oleh Tan Sri Tajuddin Ramli pada harga yang begitu tinggi berbanding nilai pasarannya.

Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dengan keputusan itu, kerajaan BN tetap berdegil mahu menyelamatkan Tan Sri Tajuddin Ramli lebih daripada menyelamatkan MAS dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Katanya, KeADILan melihat episod malang ini daripada beberapa sudut, pertama ; ia adalah contoh terkini penyelewengan yang serius dalam perlaksanaan dasar ekonomi negara.

"Ia menunjukkan bahwa BN telah mengenepikan semua prinsip-prinsip asas seperti ketelusan, pertanggungjawaban awam (public accountability) dan pengurusan ekonomi yang berhemat. Sebaliknya BN menunjukkan bahawa ia begitu konsisten dalam menjaga kedudukan kroni-kroni tertentu," katanya.

Tambah beliau, pemimpin-pemimpin BN sebelum ini segaja mengapi-apikan sentimen perkauman dalam masyarakat kita yang berbilang etnik. Ini katanya sebagai taktik BN untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu sebenar seperti: penyelewangan kuasa, rasuah, kronisme, nepotisme dan otoritarianisme.

"Bantuan kepada kroni BN dalam kes MAS ini adalah satu bukti bahawa kedudukan istimewa telah menjadi alasan kerajaan BN untuk menyelamatkan kroni-kroni mereka.

"Kerajaan BN telah mengamalkan dasar ekonomi pilih kasih di kalangan korparat-korporat. Banyak lagi perlaksanan ekonomi atas nama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) sebenarnya hanya mengutamakan sekelompok kecil elit, termasuk Bumiputra dan bukan-Bumiputra yang kaya-raya. Ujar beliau seterusnya, epidos ini juga menandakan kegagalan perlaksanaan dasar penswastaan ala-BN yang tidak dilaksanakan dengan pertimbangan yang mencukupi dan perhitungan yang objektif. Sebaliknya yang menjadi perkiraan adalah ‘siapa dapat apa’ yang akhirnya menyebabkan pelbagai perkhidmatan dan syarikat awam diswastakan dengan mengenepikan kepentingan awam.

"Apabila menemui jalan buntu, sekali lagi berbilion wang tabungan rakyat seperti Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dalam kes ini, dikorbankan," katanya.

Beliau mengulangi kenyataan supaya kumpulan Rayuan Suqiu tidak dijadikan sebagai mangsa politik perkauman UMNO.

"Kita sepatutnya menghargai kepelbagaian kaum dalam masyarakat kita sebagai aset dan suatu sumber kekuatan, dalam masyarakat demokratik, perbezaan pandangan harus ditangani dengan berlapang dada dan dalam suasana saling menghormati.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com