Petikan Berita :
Harakah Daily
Oleh Mohd Sabri Said.
KULIM, 22 Dis (hrkh) - KeAdiLan kutuk tangkapan Oleh Mohd Sabri Said Kulim Parti KeAdILan Nasional (KeAdilan) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menggunakan polis untuk menangkap dua orang kepimpinan tertinggi KeAdiLan semalam dan empat orang petugas Barisan Alternatif (BA) sehari sebelum itu.
Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Pusat, Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan berkata, tangkapan terbaru melibatkan Naib Presiden KeADILan, Saudara Tian Chua dan Ketua Penerangan KeADILan, Haji Roslan Kassim sekitar pukul 2.00 sehingga3.30 awal pagi ini.
"Parti KeAdiLan mengutuk tindakan kerajaan BN yang menggunakan pihak polis untuk terus melakukan tangkapan berhubung peristiwa di hari mengundi dalam Pilihan rayaKecil Dun Lunas pada 29 November lalu, " ujarnya.
Tindakan itu katanya, hanya meningkatkan kemarahan dan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk terus menentang kezaliman BN.
KeADIlan percaya tindakan itu, sambungnya, ekoran BN tidak dapat menerima kekalahan mereka di Lunas setelah berbagai kaum menolak akibat amalan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan politik adu domba perkauman yang menjadiamalan politik sempit BN.
"Kita tahu kes Lunas cuba dijadikan alasan untuk menangkap lebih ramai lagi sebagaimana 'Operasi Lalang'," tegasnya.
Sikap itu katanya, bertentangan dengan prisip demokrasi yang membenarkan rakyat membuat pilihan secara terbuka.
"Bebaskan segera Tian Chua dan Haji Roslan Kasim jika BN menggangap mereka melaksanakan prinsip demokrasi sebenar dan jangan cuba jadikan pertelingkahan Umno dan Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Siqiu) untuk memerangkap pembangkang," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas.
Sehari sebelum itu, empat orang petugas BA ditahan dan dibawa ke MahkamahMajestrik Kulim kerana dituduh di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan keranamelucutkan hak pemandu dan penumpang lima buah bas menuju ke Markaz BN di Taman Seladang, Kulim di hari pilihan raya tersebut.
Keempatnya dikenakan ikat jamin RM5 ribu setelah permintaan peguam telah diturunkan daripada RM8 ribu dengan seorang penjamin.