Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Ucapan Pemimpin Negara yang perlu dinilai !

Berikut ini adalah pandangan yang disuarakan oleh pemimpin negara untuk kita nilai bersama.

1. Negara akan huru-hara jika undang-undang Islam dilaksanakan. (Najib Tun Razak - liputan oleh media massa, 20 April 1993)

2. Apabila hukum rejam dengan batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan....(Mahathir Mohamad - Interview dengan media massa, 14 Julai 1992)

3. Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. (Mahathir Mohamad - ucapan di Pusat Bahasa Arab Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)

4. Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini. (Mahathir Mohamad - ucapan di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)

5. Saya memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintahkan Barison Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud. (Mahathir Mohamad - interview selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994)

6. Hukum rejam kepada penzina adalah primitif. (Mahathir Mohamad - interview di Nilam Puri, 3 Mac 1994)

7. Kita (kerajaan pusat) akan mengambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud. (Mahathir Mohamad - ucapan di Nilam Puri, 3 Mac 1994)

8. Al-Quran mestilah ditafsir semula untuk disesuaikan dengan zaman dan keadaan. (Mahathir Mohamad - majlis IKIM, 10 Ogos 1994)

9. PAS tidak akan melaksanakan hukum hudud kerana ia jelas bertentangan dengan Perlembagaan Lord Reid. (Syed Hamid Albar - wawancara dengan wartawan, 11 April 1992)


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 22 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com