Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pekeliling Timbalan Presiden: Isu Perpaduan Melayu

Assalamu`alaykum / salam sejahtera

Dilampirkan attachment berikut untuk perhatian dan tindakan.
Terima kasih.

============================
keADILan/02/01(12/00)
31 Disember 2000

Yang Berhormat/Berbahagia
Ahli-ahli MPT
Ketua Bahagian

Saudara,

Assalamu`alaykum wa rahmatuLlahi wa barakatuh / salam sejahtera

ISU PERPADUAN MELAYU

Isu perpaduan Melayu yang dihebuh-hebuhkan dalam media tempoh hari telah menimbulkan sedikit kekeliruan di kalangan ahli Parti. Ini adalah kerana media perdana memutarbelitkan beberapa ulasan dan kenyataan yang dibuat oleh saya dan Presiden Parti.

Pendirian kami atas persoalan ini yang selaras dengan dasar Parti adalah seperti mana terkandung dalam kenyataan media yang dilampirkan ini.

Adalah diharapkan bahawa Ahli-ahli MPT, Ketua-ketua Bahagian dan pemimpin-pemimpin di semua peringkat menjelaskan isu yang sebenar kepada ahli-ahli Parti kita; supaya mereka memahami pendekatan Parti dalam isu perpaduan Melayu yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO tertentu.

Sekiranya perlu penjelasan lebih lanjut, sila hubungi saya (012 - 2099 101) atau Sdr. Setiausaha Agung (012 - 355 5639).

Terima kasih.

DR. CHANDRA MUZAFFAR
Timbalan Presiden


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 31 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com