Ramai yang was-was, curiga dan tidak percaya tentang
berita golongan petani akan berdemostrasi di Kompleks
Bernas, Anak Bukit, Alor Setar , Kedah pada hari raya
ketiga 29/12/2000. Malah berita yang diumumkan sendiri
oleh Sdr. Ahmad Lutfi dari Kg.Raja itu hanya
menyatakan tarikh dan tempat mereka akan
berdemostrasi. Tidak pula dinyatakan masa atau waktu
rancangan itu akan dilaksanakan.
Orang Alor Setar sendiri apabila diminta pengesahan
akan berita ini hanya mampu menggelengkan kepala.
Rakan-rakan reformis di KL turut mati akal akan hal
ini. Namun demikian satu golongan yang tidak pernah
jemu-jemu dan pantang mendapat berita demonstrasi
sentiasa bersiap sedia dan setia menunggu. Siapa lagi
kalau bukan...he,he.....anjing-anjing kurap MADEY
MAHAKUTTY tu!
Selepas waktu sembahyang Jumaat mereka telah siap
berhimpun di tepi-tepi jalan sehingga sejauh beberapa
kilometer dari Kompleks Bernas itu sendiri. Gempaq
jugak mereka nak berhadapan dengan pahlawan cangkul
yek! Di kiri kanan jalan utama berhadapan dengan
kompleks Bernas telah ditutup dan dihadang agar tiada
kenderaan yang boleh diletakkan di situ dan sesiapapun
tidak boleh berhimpun. Ini menyebabkan kawasan
berhampiran lengang dengan manusia.....err....cuma
anjing-anjing kurap yang kelihatan!
Tidak lama selepas itu jalan tiba-tiba menjadi sesak.
Entah apa gerangannya. Nun jauh di hujung sana
sekelompok manusia telah berhimpun. Rupa-rupanya,
lebih kurang pukul 3.00 petang, mereka telah
menghantar 5 orang wakil golongan petani berjumpa
dengan wakil Bernas di dalam Kompleks Bernas itu.
Berjaya juga mereka menyampaikan hajat mereka biarpun
melalui 'orang tengah'. Katanya 'orang tengah' ini
memberikan jaminan akan menyampaikan permintaan
golongan petani ini kepada pihak Bernas untuk
dipertimbangkan sewajar-wajarnya......Wallahualam!
Apa pula kisah golongan petani yang nekad untuk
berdemonstrasi pada raya ketiga ini. Besar sangatkah
permintaan mereka itu sehingga terpaksa turun
ber'REFORMASI' pula kali ini?
Rasa-rasanya tidak ramai yang tahu akan kisah duka
golongan petani di Kedah ini. Kisah yang diceritakan
sendiri oleh Pak ** yang turut berdemo hari itu.
Begini kronologinya......
Beberapa tahun sebelum ini, sebelum LPN diswastakan,
golongan petani diberi potongan sebanyak 7 hingga 8
kilo bagi beras yang ditolak ke LPN. Apabila
penswastaan bermula dan Bernas mengambil alih,
potongan meningkat mendadak sehingga melebihi 20 kilo.
Ini telah menyebabkan golongan petani bangun
membantah.
Setelah beberapa kali membantah, Bernas pun menurunkan
kadar potongan kepada 12 kilo minima. Namun ini tidak
bertahan lama apabila Bernas masih tidak puas hati dan
menetapkan potongan minima 16 kilo beras pula.
Pengilang-pengilang swasta yang lain mematuhi
penetapan potongan 16 kilo itu tetapi Bernas sendiri
membuat potongan sebanyak 18 hingga 20 kilo.
Keadaan ini telah menyebabkan golongan petani sekali
lagi bangun memberontak. Peristiwa yang berlaku di
dalam tahun 1998 itu telah menyaksikan golongan petani
turun berdemonstrasi di Batu 17. Ini telah mendesak
KERAjaan berbuat sesuatu dan DSAI telah menyambut
cabaran itu. Kejadian ini berlaku tidak berapa lama
sebelum DSAI disingkirkan!
Di Ampang Jajar Alor Setar, DSAI telah bersemuka
dengan golongan petani dan satu penyelesaian yang
diterima baik oleh golongan petani telah dapat
dicapai. Penyelesaian itu merangkumi janji untuk
menetapkan potongan maksima sebanyak 12 kilo beras,
kenaikan harga padi dari $500.00/tan kepda $550.00/tan
pemberian subsidi baja buah dan penjualan padi benih
oleh Bernas kepada petani pada harga $1.00
sekilo(Bernas dapat membeli pada harga 55sen sekilo).
Namun apa yang berlaku selepas itu tidak seindah yang
dijanjikan. Bernas telah menjual padi benih kepada
petani pada harga $1.40 sekilo manakala baja buah
diganti dengan baja campuran. Ini telah menyebabkan
kemarahan golongan petani dan mereka mengadakan
beberapa siri demonstrasi selepas itu.
Hasilnya perkara ini telah dibangkitkan di Parlimen
dan akhirnya satu insentif telah diperuntukkan kepada
golongan petani. Tambahan $120.00/tan telah diberikan
oleh pengilang kepada harga asal yang ditetapkan
sebanyak $550.00/tan semasa penyelesaian di Ampang
Jajar sebelum itu. Dapatlah menarik nafas panjang
petani-petani kita.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di
tengah hari! Begitulah nasib golongan petani. Pada
musim yang terbaru ini, mereka tiba-tiba dikejutkan
dengan potongan sebanyak 16 hingga 20 kilo beras
manakala insentif tambahan $120.00/tan telah menyusut
kepada setengah darinya, malah ada yang tidak
menerimanya langsung.
Apabila ada ura-ura untuk mengadakan demonstrasi,
pihak Bernas cepat-cepat pula menurunkan potongan
kepada 14 kilo. Namun corak permainan Bernas ini amat
difahami oleh golongan petani. Mereka berazam untuk
tidak akan berganjak selagi permintaan mereka tidak
dipenuhi.
Bukannya besar mana hajat mereka itu......lebih tidak,
kurang pun tidak. Mereka hanya memohon jasa baik pihak
Bernas dan KERAjaan untuk menetapkan kadar potongan
beras pada 10 hingga 12 kilo dan mengembalikan
insentif tambahan sebagaimana yang telah diperuntukkan
sebelum ini. Itu sahaja.......susah sangat ke MADEY
woiiii?!!
Itulah sebab mereka turun berdemonstrasi pada
29/12/2000. Bukan untuk menimbulkan huru hara ataupun
untuk merusuh. Hanya mempertahankan hak yang acapkali
dicabuli oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.
Satu kenangan yang masih kukuh di ingatan Pak ** yang
turut hadir semasa sesi penyelesaian bersama DSAI di
Ampang Jajar tahun 1998 dahulu ialah kata-kata DSAI
sendiri.....'TERUSKAN TUNTUTAN, JANGAN MENGALAH!'
Kata-kata itulah yang mereka pegang sehingga ke hari
ini!
Sesungguhnya menghayati kisah perjuangan golongan
petani ini membuatkan diri ini insaf. Betapa mereka
terpaksa membayar dengan harga yang tinggi bagi tulang
4 kerat yang telah mereka kerahkan. Mengapakah
golongan penting penyumbang makanan asasi rakyat
Malaysia ini diperlakukan seperti bola...ditendang ke
sana ke mari sesuka hati. Inilah agaknya salah satu
'kebaikan' penswastaan yang diperkenalkan oleh anak
kelahiran Kedah itu. Rasanya Kedah sendiri malu nak
ngaku anak dia!
Kepada semua pejuang-pejuang reformasi, ayuh bersama
kita memberikan sokongan padu kepada golongan petani
ini. Kita gegarkan Kedah Jelapang padi ini dengan
semangat yang pernah disemai oleh DSAI sewaktu di
Baling dahulu. Satu Anwar pergi, beribu Anwar lain
yang muncul! Kita tunggu perancangan yang
seterusnya.........percayalah!
LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!
Kak Id 2000