Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Re: Jawapan kepada isu KFC

Assalamualaikum wbt

Kalaulah benar sebagaimana yang dikatakan oleh Haji Mohamad bin Haji Shafie, Penasihat Hal Ehwal Awam, KFC Holdings (Malaysia) Bhd bahawa ayam KFC halal, maka alhamdulillah, kerana kalau anak kita terguling-guling depan KFC di pasaraya yang kita kunjungi kerana nak makan KFC, bolehlah kita heret masuk untuk menyelamatkan keadaan dan air muka yang tebal setelah memberi adegan drama percuma kepada pengunjung lain.

Bagaimanapun perlu diingati bahawa halal atau haram KFC itu tidak relevan kerana dalam jihad kita sekarang ialah memboikot segala jenama barangan Amerika dan Yahudi yang terang-terang membantu Israel dalam mengganyang rakyat Palestin. Setiap ummat Islam di Malaysia patut malu kepada Allah swt, rakyat Palestin dan diri sendiri jika dalam hal jihad seringan ini, iaitu memboikot barangan pun kita tak mampu lakukan. Jangan sebutlah nak mengangkat senjata di medan pertempuran.

Sekarang ini bulan puasa tentu lebih menyenangkan usaha kita kerana kedapatan ratusan pilihan makanan alternatif yang boleh dibuat juadah di bulan mulia ini. Anggaplah Ramadhan ini sebagai permulaan latihan untuk mengawal dan menguatkan diri untuk menegakkan pendirian supaya bila Ramadhan berakhir nanti, kita dapat meneruskan boikot dan jihad ini.

Ingatlah dalam kita enak-enak berbuka puasa dengan juadah mewah bersama anak isteri, rakyat Palestin mungkin tidak ada apa-apa untuk dimakan kerana dikepung askar Yahudi semasa menentang regim tidak berhati perut itu.

Dan ingatkan nasihat Dr. Yusuf Qardhawi, setiap sen yang kita belanjakan untuk KFC dan barangan Amerika dan Yahudi lain bermakna kita menyumbang secara langsung kepada penyembelihan rakyat Islam di Palestin.

Ayuh saudaraku, teruskan boikot kita.


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 2 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com