Bersempena ketibaan Syawal ini, saya sebagai Dato Seri serta Datin Seri, ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Puasa kepada semua rakyat jelata berbilang bangsa.
Hari Raya ini rakyat digalakkan ziarah-menziarahi. Datanglah beramai-ramai ke mahligai kami tapi pastikan anda mengesat kasut sebelum masuk. Al-maklumlah, lumpur-lumpur sawah mana layak pijak karpet dan mozek kami. Kalau kru TV dan press hadir, anda akan berpeluang bersalaman dengan kami. Jika tidak, anda akan berpeluang bersalaman dengan orang gaji kami.
Dalam merayakan lembaran ini masih ada rakyat Malaysia yang masih ingin menziarahi ...apa nama...bekas timbalan saya, saya minta maaf kerana tidak dapat benarkan melainkan keluarganya. Tapi jangan risau apabila orang suruhan saya berjaya cari jalan untuk meracun beliau tanpa pengetahuan ramai, mereka bolehlah menziarah kubur beliau. Negara kita tidak akan mencapai wawasan 2020 selagi rakyat masih mengharap kepada bekas timbalan itu.
Di satu syawal ini, Beta…ops..saya juga mahu nasihatkan semua supaya menjauhi mercun dan meriam buluh. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini hanya saya restui jika adik-adik masuk pDr.M. Anggota polis dan FRU digalakkan main water canon, tear gas dan pistol-pistolan jika perlu. Sesungguhnya tugas mereka mulia dalam menentang penjajah orde baru, pengkhianat negara, komunis baru, dan juga suara-suara pembangkang. Kita tidak mahu negara kita dipenuhi orang yang tidak hormatkan parti pemerintah(Diam sekejap). Mereka tidak habis-habis memperjuangkan hak asasi yang tidak sesuai di Malaysia (Tunjuk muka sebak). Tidakkah mereka tahu keadilan dan negara Islam yang mereka laungkan melanggar budaya dan kontrak sosial. (Tangisan diikuti dengan tepukan)
Ekonomi negara yang lembab ini perlu dijana melalui pengaliran wang secara aktif di dalam negara. Aidilfitri ini memberi peluang untuk kita membantu negara. Pandulah kereta melebihi hadlaju untuk membantu kutipan wang saman. Gunakanlah lebuhraya bagi membantu kutipan tol. Saya juga sudah bagi bonus untuk anda MegaShopping. Bagi pihak kami anak beranak dan kroni, kami baru saja memulakan raya shopping dengan membeli MAS & LRT.
Akhirkata, saya mohon maaf zahir batin kepada semua ulama yang saya hina, orang berpendidikan pro-Inggeris seperti saya dan mereka yang berpendidikan pro-Islam tidak boleh duduk sebumbung. Saya susun sepuluh jari kepada keluarga Anwar, apa boleh buat saya tidak suka orang lain lebih popular dari saya. Ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada Suqiu, hanya dengan meniup setimen Melayu dan Anti-Cina saya harap Melayu kembali sokong UMNO. Kepada semua rakyat Malaysia, halalkanlah duit yang saya gunakan untuk selamatkan syarikat anak dan kroni saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Ehsan:Harimau Jadian
Pada: Sunday, December 24, 2000
http://lawaktanpapermit.blogspot.com/