Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Isu SUQUI akan berakhir dengan OPS Lalang?

Isu perkauman antara kaum Cina dan kaum Melayu yang terjadi sekarang bukanlah kali pertama. Selain 13 Mei masihkah anda semua ingat pada tahun 1987 bilamana Datuk Lee Kim Sai pada ketika telah mencetuskan satu polemik isu perkauman apabila beliau membahaskan perihal isu pribumi. Isu tersebut cukup hangat hinggakan gelaran 'Datuk' pada Lee Kim Sai ditarik balik oleh Sultan Selangor.

Cukup panas keadaan pada waktu itu. Berkokok sakan pemimpin UMNO, hinggakan perhimpunan umat Melayu yang dijadualkan sempena menyambut ulangtahun ke ? UMNO dibatalkan.

Klimaks pada isu ini ialah bilamana akhbar Watan diharamkan dan beberapa pemimpin pembangkang ditangkap. Melihat hal ini, saya menyeru kepada seluruh pemimpin dan penyokong supaya jangan bertindak terburu-buru dalam hal isu Suqui ini. Biarlah kita bertindak dengan bijak, bukan tergopoh-gapah macam si Suhaimi tu. Jangan lagi kita terperangkap dengan satu lagi sandiwara licik si Mamak tu.

Kepada mana-mana ultra-Melayu tu, bukanlah saya bermaksud untuk menyokong seluruh tuntutan (atau lebih tepat rayuan) Suqui. Tapi seperti kata paman MT, orang Melayu bukan bodoh untuk membiarkan hak-hak mereka dikacau orang lain dan kaum-kaum lain bukan bodoh untuk mengacau hak orang Melayu. Apa yang terjadi sekarang tidak lebih dari riuh-rendah orang UMNO yang sudah bankrap amalan politik mereka.

Kepada orang Melayu...teguhkan akidah saudara..kerana dengan sendiri nanti bangsa anda akan jadi teguh. Lihat pada bangsa Arab sendiri. Sebelum mereka Islam mereka bukanlah satu bangsa yang besar. Namun apabila junjungan Nabi Muhammad S.A.W membawa cahaya Islam kepada mereka, bangsa Arab telah begitu menonjol kehadapan dalam semua bidang. Namun perjalanan masa yang cukup panjang barangkali mereka 'keletihan' dalam berpaut pada ajaran Islam yang murni dan syumul hinggakan akhirnya mereka menjadi bangsa terpinggir yang menjadi boneka mainan kuasa-kuasa besar kuffar.

Fikirkan....

Maaf jika ada kata-kata yang kurang berkenan

LB


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 21 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com