Sila lawat :
NTzalim
Umno bukan sahaja perlu sedia keluar daripada kebencian umat Melayu seperti yang
diwar-warkan,
tetapi Umno dan pimpinannya perlu menerima hakikat bahawa umat Melayu ingin
kembali kepada Islam.
Melihat kepada reaksi kalangan beberapa pimpinan dan ahli Umno samada melalui
media cetak mahupun
elektronik setelah BN tewas di Lunas, disimpulkan bahawa sebenarnya Umno bersama
pimpinannya
sudah hilang arah dan tujuan di dalam melaksanakan dasar yang diperjuangkan.
Kalau dahulu Umno kuat
dan diterima oleh orang-orang Melayu adalah kerana pada pendapat mereka dan
dengan apa yang
mereka lihat hanya Umno lah satu-satunya parti yang ingin memperjuangkan hak
orang-orang melayu,
ketuanan melayu, agama orang-orang melayu, negara yang majoritinya orang melayu
dan survival
bangsa melayu.
Oleh kerana itulah orang-orang melayu melihat Umno melaksanakan teras dan dasar
yang dislogankan
iaitu untuk agama, bangsa dan negara. Meskipun teras dan dasar perjuangan mereka
berasaskan
semangat kebangsaan atau nasionalisma itu tidak menggambarkan kehendak Islam
sebenarnya, namun
persepsi atau tanggapan orang-orang melayu pada ketika itu sudah cukup
meletakkan hanya Umno yang
mampu mempertahankan survival mereka sekaligus menjadi tonggak kepada ketuanan
melayu di negara
ini.
Di dalam kaji selidik yang dilakukan (daripada laporan media), mendapati bahawa
beberapa faktor telah
dikenalpasti telah menyumbang kepada kalahnya BN di Lunas. Di antara pendapat
dan pandangan umum
mereka mengatakan bahawa di antara sebab BN tewas adalah kerana 'taktik kotor'
pembangkang di
dalam kempen mereka. Dan tidak kurang segelintir pimpinan Umno sudah mula
melihat dan melakukan
kajian mereka tersendiri lalu membuat beberapa kesimpulan di antaranya kerana
orang melayu telah
membenci Umno, perlunya perubahan jentera dan kepimpinan dalam Umno, generasi
muda tidak melihat
Umno sebagai wadah perjuangan, orang melayu tidak berterima kasih dan bersyukur
kepada Umno,
pimpinan Umno tidak mendengar nasihat orang-orang melayu dan berbagai-bagai lagi
teori yang
dilontarkan seolah-olah di kalangan mereka sudah tidak sehaluan dan sependapat
lalu masing-masing
menuding jari sesama mereka. Ada pula segelintir yang lain di kalangan pimpinan
Umno mengambil
peluang dari kemelut yang berlaku dengan mengisi di ruang-ruang akhbar melalui
bicara dan temubual
juga wawancara bagi membicarakan krisis keyakinan yang berlaku terhadap Umno
oleh orang-orang
melayu.
Samada tindakan tersebut berdasarkan komitmen dan keperihatinan sebenar mereka
terhadap
permasalahan Umno dan orang-orang melayu atau sebaliknya cuba meraih simpati dan
sokongan
kembali orang-orang melayu yang sealiran pandangan dan pendapat yang
dikemukakannya, itu yang
menjadi persoalannya dan sekaligus orang-orang melayu tetap meletakkan diri dan
pandangan mereka
di dalam zon keraguan. Apakah mereka benar-benar ikhlas untuk mengembalikan
martabat Umno atau
ingin menunjukkan kepada orang-orang melayu bahawa, "Akulah sebenarnya pemimpin
Umno yang layak
menerajui kepimpinan Umno dan orang-orang melayu dan bukan orang itu...."
Sungguhpun demikian kita tertarik dengan satu daripada kesimpulan hasil dari
analisa dan kajian yang
dilakukan seperti yang tersiar di media cetak perdana, mereka mengatakan
bahawa," Umno perlu mesra
diri dengan agama dan budaya; mengemukakan gagasan agama yang besar dan tepat;
menukar taktik
bengis kepada kasihkan agama; mengangkat al-Quran dan Hadis untuk perjuangan;
tetapkan pendirian
terhadap yang haram dan halal."
Kesimpulan tersebut sebenarnya telahpun berada di minda dan pemikiran sebilangan
besar ahli-ahli
Umno terutamanya mereka yang berada di peringkat bawahan. Hasil dari kesedaran,
keinsafan dan
hasrat di hati kecil mereka untuk kembali kepada Islam berserta peraturannya
telah mengakibatkan
mereka menolak Umno secara perlahan-lahan apabila mengetahui kehendak dan hasrat
mereka tidak
dipedulikan oleh kalangan pimpinan tertinggi mereka. Maka di sinilah sebenarnya
dilema keyakinan
terhadap Umno, kepimpinan dan perjuangannya. Samada dilema itu berlaku di
kalangan orang-orang
melayu dalam Umno tidak terkecuali sebenarnya itulah juga dilema sebahagian
besar umat melayu di
negara ini yang ragu dan tidak lagi mehu menyokong dan berdiri teguh di belakang
Umno yang suatu
ketika dahulu adalah sebuah parti melayu terbesar di negara ini.
Kalaulah sedemikian hasrat umat melayu termasuk kalangan ahli Umno, maka Umno
harus mengorak
langkah dan melakukan perubahan segera terhadap seluruh dasar, jentera dan
kepimpinan parti mereka
sekiranya mereka masih mahu meletakkan sisa pengharapan mereka di dalam meraih
kembali sokongan
orang-orang melayu. Dan kepimpinan Umno perlu segera memenuhi kehendak ahli
mereka yang lebih
ramai dan bukan memenuhi kehendak individu-individu yang berkepentingan samada
dalam parti
mahupun kerajaan. Perlu diingat juga bahawa sebarang perubahan yang ingin
dilakukan terhadap parti
Umno mestilah meletakkan Islam sebagai dasarnya sebagaimana yang dimahukan oleh
orang-orang
melayu dan bukan perubahan seperti 'mengekalkan Presiden parti' atau 'menghadkan
kempen dalam
pemilihan kepimpinan' seperti yang berlaku sebelum ini.
Sekiranya enggan dan tidak mahu kembali kepada kehendak orang-orang melayu,
adalah lebih baik
diBUBAR'kan sahaja Umno kerana parti seperti itu sudah tidak releven dan tidak
boleh dijadikan dahan
tempat bergantung lagi!!
Ntzalim
5.30pm