Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PENDAKWAH DISEKAT MUBALIGH DIBIARKAN !

Pada 16 Disember 2000 MB Selangor, Dato' Mohd. Khir Toyo, telah mengumumkan bahawa terdapat 10 buah masjid di Selangor yang kononnya dijadikan tempat untuk ceramah politik. Menurut beliau tindakan termasuk penjara akan diambil ke atas mereka yang berceramah tanpa permit di masjid-masjid itu. Setelah amaran yang diberikan oleh beliau kepada Tuan Guru Dato ' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana berceramah di masijd dan surau di Selangor, Dato' Khir nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap masjid dan surau di Selangor memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Dato' Khir nampaknya lebih agresif menyekat dakwah Islam dari MB-MB yang sebelum ini.

Perkembangan ini tidaklah menghairankan bagi seorang MB yang telah di"parachute"kan oleh Perdana Menteri untuk menggantikan Dato' Abu Hassan. Agaknya dengan tindakan menyekat para pendakwah beliau berharapkan pujian dan sokongan yang berterusan dari Dr. Mahathir. Mungkin dengan tindakan ini beliau juga berharapkan sokongan dari UMNO di peringkat "grassroot" kerana sudah diketahui umum Dato' Khir tidak mempunyai sebarang kekuatan di peringkat "grassroot".

Tetapi di dalam keghairahan menyekat pendakwah-pendakwah Islam mengapakah Dr. Khir membiarkan mubaligh-mubaligh Kristian bebas menjalankan aktiviti di kalangan masyarakat Islam. Pada 31 Ogos lepas gabungan gereja-geraja Kristian di Ampang telah menganjurkan satu program kemasyarakatan di tengah-tengah masyarakat Islam di Kg. Berembang, Ampang Jaya. Di antara petugas-petugas Kristian itu adalah "orang-orang putih" atau Mat Salleh yang merupakan warga asing. Dengan itu umat Islam di Selangor ingin tahu kenapakah mubaligh-mubaligh ini dibiarkan bebas tanpa sekatan walhal Dato' Nik Aziz diberikan surat amaran. Adakah Dr. Khir rela orang Melayu menjadi Kristian dengan syarat mesti menyokong UMNO ? Hanya Dr. Khir yang boleh menjawab soalan ini !

Dari Laman Web PAS Kawasan Ampang Jaya
- http://members.tripod.com/pas2000


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com