Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Salam Aidil Fitri dari PAS Parit Buntar

Assalamu'alaikum wbth

Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw, keluarganya dan sahabatnya serta para pejuang Islam seluruhnya.

Marilah kita bersyukur kehadrat Allah swt yang telah memanjangkan umur kita sehingga kita bertemu Ramadhan Al-Mubarak tahun ini. Untuk tahun hadapan entah siapa antara kita yang mungkin tidak dapat bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak. Moga-moga Ramadhan kali ini banyak menyedarkan kita tentang tanggungjawab kita kepada agama Allah yang suci ini.

Kini 1 Syawal menjelang lagi. Kita di Malaysia sedang bergembira menanti ketibaan syawal, tapi bagaimanakah rakan-rakan kita di Palestin, Ambon Maluku dan negara-negara lain yabg ditindas dan diburu oleh kezaliman kuffar.

Muslimin dan Muslimat sekelian,

Berapa ramaikah dikalangan kita yang dapat menghayati lafaz-lafaz takbir dan tahmid di hari raya walaupun diulang-ulang setiap kali tibanya Hari Raya. Sekadar untuk renungan bersama marilah kita teliti antara maksud takbir dan tahmid Hari Raya.

"Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepadaNya, dengan ikhlas untuk agama (Islam) walaupun dibenci oleh golongan yang menyekutukan Allah." "Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa. Yang benar janjiNya yang memuliakan tentera-tenteraNya, yang menolong hambaNya dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaanNya." "Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah Maha Besar dan untukNya segala puji-pujian."

Andainya umat Islam menginsafi maksud ucapan takbir dan tahmid ini, mengapa pula mereka menjadi hamba kepada tuhan-tuhan lain ciptaan manusia? Jika benar umat Islam menghayati kalimah takbit dan tahmid ini, mengapa ada dikalangan mereka bersekutu dengan golongan kuffar untuk memerangi umat Islam yang berusaha menegakkan Agama Allah yang suci ini.? Jika benar umat Islam memahami maksud kalimah takbir dan tahmid ini mengapa hari raya menjadi pesta hiburan?

Jika demikian sesungguhnya ucapan takbir dan tahmid sekadar senandung pilu di pagi Raya lantas mengalirkan air mata sedangkan maksudnya terus dilupakan.

Oleh yang demikian saya berpesan kepada diri saya dan mengajak seluruh ahli dan penyokong Gerakan Islan PAS untuk sama-sama kembali menghayati kalimah takbir dan tahmid ini.

Akhir kata saya bagi pihak kepimpinan PAS Kawasan Parit Buntar Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepad semua Pimpinan PAS Pusat, Dewan-dewan, pimpinan Kawasan-kawasan, pimpinan Cawangan-cawangan, ahli-ahli dan penyokong PAS istimewa buat YB Dato' Dr Hassan Ali ahli dan YB Ahmad Azhar Sharin. PAS Parit Buntar masih mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar dari YB Dato'. Kami masih sayang...... dan harap 2004 Dato' masih di Parit Buntar.

Salam Hormat dari

ASRANI SHAMSUDIN
Setiausaha
(email : digisemat@yahoo.com)
Serta semua AJK PAS
Kawasan Parit Buntar


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 25 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com